siasatan | 1. hasil drpd menyiasat, kajian, siasat: lima puluh tahun dahulu sudah ada beberapa kertas ~ bkn dgn atom itu; 2. perihal menyiasat (menyelidik, mengusut): ~ ini dijalankan dgn bertanya kpd beberapa orang yg tahu sedikit sebanyak tentang pembunuhan itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siasat I | 1. pemeriksaan (yg teliti), penyelidikan: mereka menjalankan ~ berhubung dgn keselamatan dlm negeri, sama ada perkara itu benar atau tidak; terlalu sangat periksa dan ~nya; badan ~ badan penyelidik (mencari keterangan); 2. teguran, celaan, kecaman, kritik; 3. segala sesuatu yg bersangkutan dgn kenegaraan (pemerintahan negeri), siasah, politik: campur tangan Belanda dan Inggeris dlm ~ Alam Melayu juga dikisahkan dlm buku tersebut; 4. kebijaksanaan (kebolehan, kecekapan, dll) mengerjakan sesuatu (mencapai sesuatu maksud), muslihat, taktik: ahli negara Byzantium telah menjalankan suatu ~ licin utk melemahkan kaum Muslimin di Timur dan orang Kristian di Eropah Barat; ~ bumi hangus tindakan memusnahkan segala yg dianggap penting bagi musuh; ~ dunia politik dunia; ~ kura-kura bp tindakan yg diambil mengikut keadaan; ~ luar negeri politik luar negeri; ~ perang muslihat dlm peperangan; ~ perniagaan hal (ilmu pengetahuan, putar belit) dlm perniagaan; bersiasat 1. membuat penyelidikan (pemeriksaan) dgn bertanya dll; 2. menggunakan siasat (taktik, kebijaksanaan, muslihat, dll) utk mencapai sesuatu maksud, berdiplomasi; menyiasat, menyiasati 1. menyelidiki (memeriksa) sesuatu perkara yg belum terang, mencari keterangan bkn sesuatu perkara, mengusut: kerajaan berjanji akan ~ aduan-aduan itu; kalau disiasati dgn lebih teliti, agaknya mudahlah dijejaki pembunuh-pembunuh itu; 2. menghuraikan (sesuatu perkara dll), menyelidiki (utk mengetahui kebenaran dll), menelaah: doktor sedang ~ apa jenisnya penyakit itu; mereka mempercayai apa sahaja yg didengar dgn tiada ~ atau menguji kebenarannya; 3. menanyai atau menyoal (utk mengetahui sesuatu), menemu duga: mereka telah dibawa ke Ipoh utk disiasat; siasatan 1. hasil drpd menyiasat, kajian, siasat: lima puluh tahun dahulu sudah ada beberapa kertas ~ bkn dgn atom itu; 2. perihal menyiasat (menyelidik, mengusut): ~ ini dijalankan dgn bertanya kpd beberapa orang yg tahu sedikit sebanyak tentang pembunuhan itu; penyiasatan perbuatan menyiasat (menyelidik), pemeriksaan, penyelidikan: pihak-pihak berkuasa cuba mengadakan ~ tentang harta, tanggungan, dan pendapatan ahli-ahli yg hendak meminjam; penyiasat orang yg menyiasat, penyelidik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
BSN | kep 1. Bank Simpanan Nasional; 2. Biro Siasatan Negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ada | 1 hadir: Emak saya tidak ~ di rumah. 2 mempunyai: Orang itu ~ harta. 3 benar; sungguh: Saya ~ menerima surat drpdnya. ada-ada; ~ saja selalu saja ada yg dikatakan atau yg diminta. adalah 1 (digunakan pd permulaan cerita) ada: ~ seorang pemuda yg miksin. 2 (digunakan utk menghubungkan subjek atau benda dgn predikat atau ceritanya): Kemalangan itu ~ yg paling ngeri yg pernah kulihat. adapun perihal; ttg hal: ~ anak raja itu tersangatlah buas serta nakal. berada 1 hadir atau ada (di): Ketika peristiwa itu berlaku, saya ~ di Kota Bharu. 2 berharta; kaya: Drpd lagak dan pakaiannya, dia pasti anak orang ~. keberadaan keadaan atau hal berada (di sesuatu tempat); kehadiran: Dlm siasatan itu, ~nya di tempat kejadian menimbulkan tanda tanya. mengada-ada 1 berbuat sesuatu (spt meminta, berkata, berfikir) yg bukan-bukan. 2 berbuat sesuatu kerana hendak menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah. mengadakan 1 menjadikan ada; mewujudkan: Tuhanlah yg ~ alam ini. 2 menyebabkan ada; menyediakan (wang, tempat dll); menubuhkan (persatuan dsb): Mereka berusaha ~ kelas bimbingan utk ahli-ahli persatuan itu. keadaan 1 suasana yg meliputi sesuatu masa (peristiwa dsb): ~ darurat di Tanah Melayu telah diisytiharkan tamat dlm bulan Julai 1960. 2 rupa atau sifat sesuatu benda yg dpt dilihat: ~ dlm bilik itu sangat bersih dan teratur. berkeadaan berada dlm keadaan: Perabot dan barang-barang dlm rumah itu ~ baik. pengadaan perihal atau perbuatan mengadakan: ~ institusi tempat menimba ilmu dpt membantu anak-anak muda mendapatkan ilmu pengetahuan. seadanya 1 mana-mana yg ada saja: Jemputlah makan ~. 2 dlm keadaan yg sedia ada: Si gadis sanggup menerima jejaka itu ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |