repot | /répot/ 1 sibuk; banyak yg mesti dibuat; ribut: Semuanya ~ pd hari pertama persekolahan. 2 dlm kesukaran; kelam-kabut: Mereka mulai ~ apabila harga minyak naik. merepotkan menjadikan repot. kerepotan kesibukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyibukkan | 1. menjadikan sibuk, menyebabkan sibuk, menghibukkan; 2. bersibuk tentang: apa yg kau sibukkan benar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sibuk I | 1. banyak yg dilakukan atau diurus, asyik mengerjakan sesuatu, giat dan rajin (mengerjakan sesuatu), hibuk: di rumah, ibu sedang ~ memasak, menyediakan makan tengah hari; 2. banyak kenderaan lalu-lalang (bkn jalan raya), banyak kapal (kapal terbang) keluar masuk (mendarat dan berlepas) (bkn pelabuhan, lapangan terbang): jalan raya itu ~ apabila pekerja-pekerja mulai pulang dr pejabat; kenderaan di Jalan Ampang ~ mundar-mandir; 3. suka mengambil tahu (mencampuri, mengganggu) hal (urusan) orang lain: dia ~ bertanya ke sana ke mari tentang skandal artis tersebut; bersibuk sedang sibuk (asyik) mengerjakan sesuatu: mereka berpura-pura ~ dgn benda-benda di atas meja; menyibukkan 1. menjadikan sibuk, menyebabkan sibuk, menghibukkan; 2. bersibuk tentang: apa yg kau sibukkan benar; kesibukan 1. perihal (keadaan dsb) sibuk, perihal (keadaan dsb) menghadapi atau dibebani banyak kerja (urusan dsb): usaha itu terbengkalai utk beberapa ketika kerana ~ kerja; 2. perihal keadaan sibuk dgn kenderaan dll, kesesakan, keributan: semakin jauh ia meninggalkan ibu kota, semakin reda pulalah ~ yg menggila itu; penyibuk orang yg suka mengambil tahu, mencampuri atau mengganggu hal orang lain: jangan suka jadi ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sibuk | banyak yg dikerjakan; asyik mengerjakan sesuatu; sentiasa membuat kerja (sehingga tidak ada waktu terluang): Sehari sebelum raya, kaum ibu ~ memasak. bersibuk sedang sibuk melakukan sesuatu: Pagi-pagi lagi mereka ~ membuka kedai. menyibukkan 1 menjadikan atau menyebabkan sibuk: Urusan harian ~nya sepanjang hari. 2 sibuk ttg sesuatu: Dia ditegur kerana selalu ~ hal orang lain. kesibukan keadaan sibuk; keributan: Aku naik pening melihat ~ kenderaan di jalan raya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyibukkan | 1 menjadikan atau menyebabkan sibuk: Urusan harian ~nya sepanjang hari. 2 sibuk ttg sesuatu: Dia ditegur kerana selalu ~ hal orang lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kesibukan | 1. perihal (keadaan dsb) sibuk, perihal (keadaan dsb) menghadapi atau dibebani banyak kerja (urusan dsb): usaha itu terbengkalai utk beberapa ketika kerana ~ kerja; 2. perihal keadaan sibuk dgn kenderaan dll, kesesakan, keributan: semakin jauh ia meninggalkan ibu kota, semakin reda pulalah ~ yg menggila itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ribut II | 1. banyak yg harus dikerjakan, sibuk sekali, hibuk: entah apa yg diserukan, ia tidak mengerti, kerana ia terlalu ~ utk menangkapi kata-kata itu; buat ~ buat sibuk, pura-pura sibuk; 2. bising, gaduh, hingar, huru-hara, ramai, recok, rusuh: mereka ~ malam kelmarin kerana kehilangan wang; di pelabuhan sangat ~ bunyi berbagai-bagai gerobak dan sorak pekerja; 3. marah-marah, mengamuk: ~, kelam-kabut, bertunda-tunda, sedang sepak terajang, tinju tampar berdambun-dambun bunyinya; meributkan 1. menjadikan ribut, mengacaukan, menggemparkan; 2. menimbulkan huru-hara (gaduh dll), merusuhkan; keributan 1. kesibukan, kegiatan (kerja): ~ di jalan raya sungguh memeningkan kepala; 2. kegemparan, kekacauan, kekecohan, kekecokan, kerusuhan: soal yg ditimbulkannya itu telah mencetuskan satu ~ besar di rapat pemuda; peribut pengacau, pengganggu (keamanan), perusuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lengang | 1 tidak sibuk; sepi: Rumah itu ~ saja kerana penghuninya balik ke kampung. 2 sunyi atau sepi: Dia berasa ~ apabila anak-anaknya pergi ke sekolah. melengangkan menjadikan lengang; menyepikan: Perpindahan belia-belia ke bandar telah ~ kampung tsb. kelengangan keadaan lengang; kesunyian; kesepian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lengang | 1. tidak sibuk, tidak ramai orang, sepi: penduduk tempat itu amat ~ , barangkali hanya dua orang dlm kawasan satu batu persegi; 2. (berasa) sunyi atau sepi, berasa tersendiri: ia bersama-sama keluar mencari kekandanya itu kerana merasai ~ hidup dgn kehilangan saudara; melengangkan menjadikan lengang, menyepikan: pemindahan beramai-ramai oleh penduduk kampung itu telah ~ suasana kampung tersebut; kelengangan perihal lengang (sunyi, sepi), kesepian, kesunyian: hanya suara keridik dan belalang daun sahaja yg kedengaran mendesing memecahkan ~ itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
repot /répot/ | 1 sibuk; banyak yg mesti dibuat; ribut<i>: Semuanya ~ pd hari pertama persekolahan.i> 2 dlm kesukaran; kelam-kabut:<i> Mereka mulai ~ apabila harga minyak naik.i> merepotkan menjadikan repot. kerepotan kesibukan. | Kamus Pelajar |