Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sidang I 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sidang1 = persidangan perjumpaan utk membincangkan sesuatu: Dewan Rakyat telah menangguhkan ~nya se­hingga hari esok. 2 seluruh yg ada (dlm sesuatu majlis dll); para: ~ pendengar sekalian yg mendengar. ~ jemaah sekalian yg berjemaah. ~ kemuncak sidang yg diadakan pd peringkat tertinggi (dihadiri oleh ketua-ketua negara dsb). ~ video perbincangan di kalangan sekumpulan orang di tempat yg berlainan, yg dilengkapi alat komunikasi yg membolehkan mereka berbincang dan melihat wajah antara satu sama lain. bersidang bertemu utk berunding; mengadakan sidang: Usul itu telah dibawa ke majlis mesyuarat Raja-Raja Melayu yg ~ dlm tahun 1920.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gemparheboh, gaduh, huru-hara, riuh-rendah, rusuh (kerana berita buruk, letupan, dll): maka orang pun ~lah berlarian ke sana sini; menggemparkan, mempergemparkan ark 1. menghebohkan, meriuhkan, merusuhkan: berita ini ~ seluruh dunia; 2. Pn menakutkan, mengancam: tidak ada gunanya awak ~ saya lagi; tergempar dgn mendadak, dgn sangat tiba­tiba: sidang ~; kegemparan 1. perihal atau rasa gempar; 2. mengalami keadaan gempar: dia tersungkur di hadapan orang ramai yg ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
tertutup1 sudah ditutup; terkunci: Tingkapnya ~ saja kerana hari hujan. 2 ki tidak bebas; terhad: Pintu rezeki mereka belum ~ lagi. 3 ki bukan utk umum: sidang ~ sidang mesyuarat utk anggota-anggota saja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
redaksi(rédaksi) 1. sidang pengarang (pd per­surat­­khabaran, majalah, dll): ~ majalah Dewan Sastera dan Dewan Masyarakat; cerpen terus sampai ke meja ~ setiap hari; 2. gaya penyusunan kata dan ayat dlm se­suatu pengumuman (undang-undang dll): ~ resolusi itu masih harus dibaiki.Kamus Dewan Edisi Keempat
rapat II= kerapatan perkumpulan, per­him­punan (utk membicarakan sesuatu), majlis, mesyuarat, sidang: ~ selesai lebih cepat drpd yg diduga; ~ anggota Id sidang yg dihadiri oleh ahli-ahli perkumpulan; ~ besar Id perhimpunan agung; ~ kilat sidang yg diadakan dgn tiba-tiba (mendadak) sahaja, sidang tergempar; ~ lengkap (pleno) Id sidang yg dihadiri oleh segenap bahagian dll, sidang pleno; ~ raksasa (samudera) rapat besar utk orang ramai (biasanya diadakan di padang atau lapangan yg luas); ~ terbuka rapat yg boleh dikunjungi oleh sesiapa sahaja (bukan utk ahli semata-mata); ~ tertutup rapat yg hanya utk para anggota; ~ umum rapat utk semua orang; berapat berhimpunan (dlm sidang), menga­dakan rapat, bermesyuarat, bersidang; merapatkan 1. menjemput berapat (ber­sidang): banyak ahli yg meminta supaya jawatan­kuasa segera dirapatkan; 2. menge­mukakan sesuatu dlm sidang, membincangkan sesuatu dlm sidang: soal ini dapat saya putus­kan sendiri, tidak perlu dirapatkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
merapatkan1. menjemput berapat (ber­sidang): banyak ahli yg meminta supaya jawatan­kuasa segera dirapatkan; 2. menge­mukakan sesuatu dlm sidang, membincangkan sesuatu dlm sidang: soal ini dapat saya putus­kan sendiri, tidak perlu dirapatkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
lebat1. banyak dan rapat tumbuhnya (rambut, bulu, buah, daun, dll): rambutnya ikal, ~ dan hitam; kian lama kian jauh perjalanan kita, kian lama kian ~ rimba yg dituju; pokok ini ~ buahnya; 2. banyak lagi tebal (hujan, embun, dll): hujan yg turun dgn ~nya pd pagi itu masih belum sidang-sidang lagi; 3. banyak lagi penuh (bkn corak kain dsb): dia boleh menyiapkan sehelai kain songket yg ~ corak emasnya dlm masa dua belas hari sahaja; melebat menjadi lebat (hujan, buah-buahan, dll): hujan mula ~ kembali; melebatkan menjadikan atau menyebabkan lebat: minyak yg dikatakan dapat ~ rambut; sj baja yg digunakan utk ~ buah mangga setiap kali musim berbuah; kelebatan perihal lebat (hujan); pelebat (bahan) yg melebatkan: lemak udang pula boleh dijadikan bahan ~ rambut atau bulu roma.Kamus Dewan Edisi Keempat
sidang I1. seluruh ahli (majlis, badan, dewan mesyuarat, dll), sekalian anggota: ~ me­syuarat; ~ majlis semua orang yg hadir dlm majlis; 2. sekalian, para, segala (utk me­nyatakan banyak): ~ pendengar; 3. = persidangan perjumpaan (utk membincangkan sesuatu), mesyuarat, rapat: masing-masing yg hadir dlm ~ tersebut mempunyai tafsir­annya tersendiri terhadap dasar itu; Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menangguhkan ~ yg sedang membahaskan krisis di Timur Tengah; 4. ark dewan, majlis; ~ perang majlis perang; ~ (persidangan) akhbar penerangan atau penjelasan yg diberi oleh seseorang (menteri, pegawai kerajaan, dll) kpd pemberita akhbar; ~ jemaah a) = ~ Jumaat orang yg ber­sembahyang Jumaat; b) Id segolongan drpd masyarakat Kristian; ~ kemuncak persidangan atau mesyuarat yg diadakan pd peringkat ter­tinggi (oleh ketua-ketua negara dll); ~ pem­baca segala orang yg membaca, para pembaca; ~ pengarang setiap anggota pengarang (pd sesebuah penerbitan dll), anggota redaksi; ~ pengurus a) badan atau majlis yg mengurus sesuatu perniagaan (penerbitan dll); b) setiap anggota pengurus; ~ pleno sidang lengkap (drpd seluruh ahli); ~ ramai orang ramai, masyarakat seluruhnya; ~ tergempar mesyua­rat yg diadakan secara tergempar (utk me­nyelesaikan sesuatu); ~ tertutup sidang utk para ahli sahaja; ~ video perbincangan dsb yg menggunakan alat komunikasi yg memboleh­kan dua individu atau lebih dr tempat yg ber­lainan berbincang dan melihat wajah antara satu sama lain; bersidang mengadakan sidang atau per­sidangan, bertemu utk berunding, berme­syuarat: pahlawan-pahlawan Melayu sedang ~ utk menyusun langkah menyerang musuh.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengikuti1. turut di belakang orang, menurut apa yg telah terjadi atau ada: ia ~ aku keluar; sidang di Pulau Pinang tahun 1960 diikuti oleh sidang di KL tahun 1961; 2. turut sbg yg telah dilakukan orang, mencontohi apa yg dibuat orang sebelumnya: inilah jalan yg diikuti oleh umat Islam; 3. turut hadir (dlm pelajaran, kursus, kuliah, latihan, dll): dia pernah ~ kuliah Hamka mengenai tasawuf; 4. memerhatikan (mendengarkan, membaca, melihat, dll) dgn bersungguh-sungguh: telah lama aku ~ perkembangan politik negeri ini; dgn matanya, dia ~ suaminya meninggalkan rumah;Kamus Dewan Edisi Keempat
sidang III1. berhenti (hujan dll), reda; 2. Kl berkurang (sakit dll), beransur pulih.Kamus Dewan Edisi Keempat
123456

Kembali ke atas