sidang kemuncak | persidangan atau mesyuarat yg diadakan pd peringkat tertinggi (oleh ketua-ketua negara dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sidang kemuncak | sidang yg diadakan pd peringkat tertinggi (dihadiri oleh ketua-ketua negara dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menelurkan | 1. mengeluarkan telur, bertelur; 2. ki bp menerbitkan, menciptakan, meng-hasilkan, mewujudkan: percubaannya itu tidak ~ hasil; perbincangan antara menteri-menteri luar tiga kuasa besar mungkin akan ~ suatu sidang kemuncak; 3. menggugurkan (menjatuhkan) bom, mengebom. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sidang | 1 = persidangan perjumpaan utk membincangkan sesuatu: Dewan Rakyat telah menangguhkan ~nya sehingga hari esok. 2 seluruh yg ada (dlm sesuatu majlis dll); para: ~ pendengar sekalian yg mendengar. ~ jemaah sekalian yg berjemaah. ~ kemuncak sidang yg diadakan pd peringkat tertinggi (dihadiri oleh ketua-ketua negara dsb). ~ video perbincangan di kalangan sekumpulan orang di tempat yg berlainan, yg dilengkapi alat komunikasi yg membolehkan mereka berbincang dan melihat wajah antara satu sama lain. bersidang bertemu utk berunding; mengadakan sidang: Usul itu telah dibawa ke majlis mesyuarat Raja-Raja Melayu yg ~ dlm tahun 1920. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
persidangan | perjumpaan utk membincangkan sesuatu: Dewan Rakyat telah menangguhkan ~nya sehingga hari esok. 2 seluruh yg ada (dlm sesuatu majlis dll); para: ~ pendengar sekalian yg mendengar. ~ jemaah sekalian yg berjemaah. ~ kemuncak sidang yg diadakan pd peringkat tertinggi (dihadiri oleh ketua-ketua negara dsb). ~ video perbincangan di kalangan sekumpulan orang di tempat yg berlainan, yg dilengkapi alat komunikasi yg membolehkan mereka berbincang dan melihat wajah antara satu sama lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sidang | ~ kemuncak sidang yg diadakan pd peringkat tertinggi (dihadiri oleh ketua-ketua negara dsb). | Kamus Pelajar |
telur I | benda yg mengandungi lembaga anak (bkn beberapa jenis binatang spt unggas, serangga, ikan, reptilia, dll) yg umumnya bersalutkan kulit yg keras: ~ ayam; ~ ikan; ~ katak;~ asin = ~ masin telur ayam (itik) yg diasin-kan; ~ belangkas sj kuih; ~ bungkus = ~ kemungkus = ~ tembelang telur yg tidak dapat menetas dan menjadi busuk; ~ busuk = ~ selasih sebarang telur yg busuk; ~ cacak = ~ joran = ~ merah bunga telur (dlm majlis perkahwinan); ~ dadar telur (ayam dll) yg diaduk lalu digoreng; ~ gabus a) telur ikan gabus; b) sj penganan yg dibuat drpd tepung beras (terigu) dan rupanya spt telur ikan gabus; ~ kubis (kol) bakal bunga yg ada dlm kubis; ~ kemeruk = ~ kemuruk = ~ sembohok telur yg menjadi busuk setelah lembaganya terjadi; ~ mata sapi = ~ mata lembu telur ayam yg digoreng bulat-bulat (tidak dipecahkan merahnya); ~ rebus telur yg direbus sehingga keras isinya; ~ separuh masak telur yg dimasak dgn cara merendamnya dlm air mendidih selama lebih kurang 7 minit (supaya tidak masak keras spt telur rebus); ~ terubuk telur ikan terubuk; masih dlm ~ a) masih dlm kandungan ibu; b) belum wujud lagi (masih dlm rancangan dll);ibarat ~ sesangkak, pecah satu pecah semuanya = spt ~ dua sebandung, pecah satu pecah keduanya prb orang yg semuafakat itu sama hidup sama mati dan tidak berubah setianya; spt ~ di hujung tanduk prb orang yg dlm keadaan yg amat sulit (salah sedikit dapat bahaya); bertelur, menelur ark 1. mengeluarkan telur: sungguhpun katak hidup di darat, tetapi biasanya ia kembali ke air utk mengawan dan ~; 2. bp buang air besar, berak; 3. ki menggugurkan bom (dr kapal terbang), mengebom; 4. ki mendatangkan hasil (keuntungan); menelurkan 1. mengeluarkan telur, bertelur; 2. ki bp menerbitkan, menciptakan, meng-hasilkan, mewujudkan: percubaannya itu tidak ~ hasil; perbincangan antara menteri-menteri luar tiga kuasa besar mungkin akan ~ suatu sidang kemuncak; 3. menggugurkan (menjatuhkan) bom, mengebom. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sidang I | 1. seluruh ahli (majlis, badan, dewan mesyuarat, dll), sekalian anggota: ~ mesyuarat; ~ majlis semua orang yg hadir dlm majlis; 2. sekalian, para, segala (utk menyatakan banyak): ~ pendengar; 3. = persidangan perjumpaan (utk membincangkan sesuatu), mesyuarat, rapat: masing-masing yg hadir dlm ~ tersebut mempunyai tafsirannya tersendiri terhadap dasar itu; Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menangguhkan ~ yg sedang membahaskan krisis di Timur Tengah; 4. ark dewan, majlis; ~ perang majlis perang; ~ (persidangan) akhbar penerangan atau penjelasan yg diberi oleh seseorang (menteri, pegawai kerajaan, dll) kpd pemberita akhbar; ~ jemaah a) = ~ Jumaat orang yg bersembahyang Jumaat; b) Id segolongan drpd masyarakat Kristian; ~ kemuncak persidangan atau mesyuarat yg diadakan pd peringkat tertinggi (oleh ketua-ketua negara dll); ~ pembaca segala orang yg membaca, para pembaca; ~ pengarang setiap anggota pengarang (pd sesebuah penerbitan dll), anggota redaksi; ~ pengurus a) badan atau majlis yg mengurus sesuatu perniagaan (penerbitan dll); b) setiap anggota pengurus; ~ pleno sidang lengkap (drpd seluruh ahli); ~ ramai orang ramai, masyarakat seluruhnya; ~ tergempar mesyuarat yg diadakan secara tergempar (utk menyelesaikan sesuatu); ~ tertutup sidang utk para ahli sahaja; ~ video perbincangan dsb yg menggunakan alat komunikasi yg membolehkan dua individu atau lebih dr tempat yg berlainan berbincang dan melihat wajah antara satu sama lain; bersidang mengadakan sidang atau persidangan, bertemu utk berunding, bermesyuarat: pahlawan-pahlawan Melayu sedang ~ utk menyusun langkah menyerang musuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |