personifikasi | 1. pemberian (penyerapan) sifat-sifat manusia kpd benda tak bernyawa atau sesuatu yg abstrak dll utk mendapatkan kesan sastera atau seni, 2. pelambangan atau pengemukaan benda tidak bernyawa atau sesuatu yg abstrak sbg mempunyai sifat-sifat manusia; mempersonifikasikan melambangkan atau mengumpamakan sesuatu benda yg tidak bernyawa (atau abstrak) sbg manusia atau mempunyai sifat-sifat manusia: dia ~ Kuala Lumpur dgn kata-kata yg terpilih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
resmi | sifat semula jadi, sifat khas (benda, adat, perangai, tabiat): kanak-kanak dr kecil lagi telah memiliki ~ atau kelakuan serta pembawaan yg tersendiri; apabila menerangkan sifat-sifat sesuatu benda, eloklah dikumpulkan sifat-sifat atau ~-~nya ke dlm dua kategori; baik membawa ~ ayam betina prb lebih baik merendahkan diri (supaya selamat dlm hidup), resam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengenal | 1. ciri (tanda-tanda, sifat-sifat) utk mengetahui: tanda ~ pokok ini ialah daun kecil yg menyelimuti kuntum bunganya itu; ilmu ~ penyakit Id ilmu tentang menentukan jenis sesuatu penyakit berdasarkan gejala-gejala (tanda-tanda) yg terdapat mengenainya; zat ~ Id pergabungan (persenyawaan) benda atau zat utk mengetahui sifat-sifat pergabungan kimia benda atau zat yg lain; 2. Mn ingatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencirikan | 1 merupakan sifat atau sifat-sifat sesuatu: Kepelbagaian ~ masyarakat dan budaya Asia Tenggara. 2 membuat sesuatu mempunyai ciri: Penyakit itu dicirikan oleh rasa gatal-gatal pd kulit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ego | /égo/ 1 sifat-sifat seseorang sbg individu (kelakuannya, keupayaannya berfikir dsb); keperibadian. 2 perasaan mementingkan diri atau menganggp diri sendiri lebih (mulia, istimewa dsb) drpd orang lain; perasaan megah akan diri sendiri: Dia tidak mengaku bersalah kerana ~nya terlalu tinggi. keegoan keadaan atau sifat mementingkan diri sendiri; sifat bermegah akan diri sendiri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kewanitaan | perihal wanita, sifat-sifat wanita, keputerian: Rohaya mempunyai sifat ~ yg cukup lemah-lembut serta paras yg cantik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
manusia | makhluk yg mempunyai akal budi, insan, orang: ada pun jenis yg tinggi sekali antara segala haiwan ialah ~; ~ utama manusia yg terbaik; memanusiakan menjadikan seseorang mempunyai sifat-sifat manusia yg mulia: peranan sastera adalah utk ~ manusia dan menim-bulkan keindahan dlm jiwa mereka; kemanusiaan perihal manusia, sifat-sifat manusia: tetapi sekarang ia pandai berhujah tentang manusia dan ~, tentang dunia dan keduniaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelelakian | 1 sifat lelaki; tingkah laku lelaki: Encik Ramli memiliki sifat-sifat ~ yg tulen. 2 keberanian; ketangkasan; kegagahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kewiraan | sifat-sifat seorang wira; kepahlawanan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kewanitaan | sifat-sifat wanita; perihal wanita. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |