jantur I | Jw ilmu sihir, sulap; menjantur membuat sihir, menyihir, menyulap; terjantur terkena sihir, tersihir, tersulap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pesona | 1. guna-guna, mantera, sihir: ~, serapah dan pantun hukum diajarkan oleh pawang itu; ilmu ~ ilmu sihir, ilmu guna-guna; kena ~ kena guna-guna (sihir); membuat (mengenakan) ~ kpd mengenakan guna-guna (sihir) kpd; tukang ~ a) tukang (ahli) sihir; b) ark bp pemimpin rakyat (yg kurang jujur); 2. = pesonaan kata-kata jahat utk menyusahkan (mencelakakan) orang, fitnah: orang yg berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan; fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pd masa itu di kalangan masyarakat kita; segala godaan dan ~ syaitan utk menyesatkan manusia drpd jalan Allah; mempesona memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: kejelitaannya ~ setiap lelaki yg melihatnya; ia mempunyai suara merdu yg ~; mempesonakan 1. mengenakan pesona (sihir); 2. mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan: lukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia; terpesona 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu; keterpesonaan keadaan terpesona: kekaguman dan ~ orang lain sahaja tidak cukup jika kita tidak dapat memanfaatkan makna yg tersirat di dalamnya; kepesonaan perihal (keadaan) pesona: pengetahuan jenis ini lahir dan berkembang dgn penuh keghairahan dan ~ sehingga sukar disekat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sihir | , = ilmu ~ ilmu ghaib yg dpt menyakiti atau dpt mempesona orang: ahli (orang, tukang) ~ orang yg pandai menggunakan sihir. menyihir mengenakan sihir pd. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sihir | perbuatan (atau kejadian) luar biasa yg dilakukan oleh manusia secara tersembunyi (ghaib) yg melibatkan makhluk halus; menyihir 1. menggunakan sihir: dia pandai ~; 2. mengenakan sihir pd, mempesona: mengapakah jadi begini, adakah saudara telah ~ saya?; menyihiri menjadikan seseorang seolaholah terpukau (oleh seni, kecantikan dsb): manusia pd zaman itu disihiri oleh seni; menyihirkan menjadikan sesuatu sbg bahan utk membuat seseorang terpukau: di sinilah ketakutan atau kengerian disihirkan kpd penonton; tersihir kena sihir atau disihir, terpesona, terpukau: suasana dlm bilik itu kaku, seolaholah ~ menyaksikan drama kehidupan yg tak terduga itu; jari-jarinya tidak bergerak lagi, seakan-akan ~ , lalu kaku di mata mesin taip; penyihiran perihal atau perbuatan menyihir, menyihiri atau menyihirkan; penyihir orang yg mengenakan (ilmu) sihir terhadap orang lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sihir, = ilmu | menyihir mengenakan sihir pd. | Kamus Pelajar |
tukang sihir | orang yg pandai membuat sihir, | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ahli (orang, tukang) sihir | orang yg pandai menggunakan sihir. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyihir | 1. menggunakan sihir: dia pandai ~; 2. mengenakan sihir pd, mempesona: mengapakah jadi begini, adakah saudara telah ~ saya?; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sijundai | Mn ilmu sihir yg dapat menggilakan orang (orang yg kena sihir itu beryanyi-nyanyi); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jundai | ; sijundai Mn ilmu sihir yg dapat menggilakan orang (orang yg kena sihir itu beryanyi-nyanyi); bersijundai bernyanyi-nyanyi tanpa sedarkan diri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |