sikap II | ®sigap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
majlis II | 1. cantik, elok, indah: sikap ~ tidak terkira; 2. Mn bersih, apik, rapi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sekah II | (sékah) sl segak dan pantas (sikap), sajak, bergaya: dia menari terlalu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
raut II | = rautan bentuk, potongan, roman, tampang; ~ badan bentuk (sikap) tubuh; ~ muka (wajah) tampang muka, roman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
biah II | Ar persekitaran: ~ mereka itu besar sekali pengaruhnya terhadap sikap; ~ solehah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kompleks II | /kompléks/ ist keadaan fikiran seseorang yg dipengaruhi perasaan megah, rendah diri dll yg menyebabkan sikap, perangai atau keperibadian seseorang menjadi tidak wajar: Setelah mencapai kejayaan, timbullah ~ ‘aku pengarang’ atau ‘aku wartawan’. ~ rasa bersalah keadaan fikiran seseorang yg diganggu perasaan bersalah kerana telah terlanjur melakukan sesuatu kesalahan. ~ rendah diri keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang berasa dirinya kurang penting, tidak bijak dsb hingga boleh mendorong dia menyisihkan diri atau melakukan sesuatu yg tidak wajar. ~ tinggi diri keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang berasa dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dsb drpd orang lain dan cenderung utk bersikap sombong atau angkuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bangun II | 1. bentuk, tokoh: ~ badannya sesuai dgn suaranya yg besar itu; 2. = bangun-bangun rupa, perawakan, sikap: ~nya baik; 3. susunan, susuk (sesuatu benda dll): mempelajari ~ permukaan bumi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sajak II | segak (orang), bergaya, tampan (laki-laki), padan atau cocok: sangat tampan Wan Derus dgn pakaian itu, nampak benar ~ Wan Derus sbg seorang panglima; manis sikap dan ~; bersajak ark padan, sesuai, cocok: mendapat isteri yg ~; menyajak menghias (memakai dll) supaya kelihatan sajak: Norman seorang pemuda Melayu yg sajak dan lawa, payah ditandingi dlm ~ badan; penyajak orang yg suka menyajak (supaya kelihatan sajak). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
acu II | mengacu membentuk (kuih, peluru, dll) dgn menuang bahan cecairnya ke dlm sesuatu bekas atau acuan, mencetak (peluru, roda kereta api, dll); acuan 1. bekas yg mempunyai bentuk tertentu utk dituangkan sesuatu bahan cecair: ~ kuih; ~ agar-agar; ~ peluru; 2. alat (spt kerangka, pemidang, dsb) utk sesuatu: ~ sepatu; 3. ki sesuatu yg dapat membentuk atau mencorakkan sesuatu: proses pembesaran kanak-kanak akan menjadi ~ kpd sikap sebenar yg akan diwarisi; ~ kalimat pola kalimat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
undang II | ; undang-undang 1. sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yg digubal (dibuat) oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yg berkenaan: dlm sesebuah negara demokrasi, parlimen membuat ~ yg mesti diikut oleh setiap orang; 2. peraturan yg digubal utk sesuatu perbadanan (perkumpulan, persatuan, dll) oleh orang-orang tertentu: tiap-tiap ahli hendaklah patuh kpd ~ persatuan ini; 3. Id rumusan yg dibuat berdasarkan hukum alam (dlm ilmu sains dll), hukum: ~ Boyle; ~ Newton; ~ adat amalan yg diikuti turun-temurun di sesebuah kawasan atau dlm sesuatu masya-rakat, yg diterima sbg undang-undang di kawasan atau dlm masyarakat tersebut; U~ Anak Negeri undang-undang yg berkaitan dgn peribumi di Sabah dan Sarawak mengikut konteks Perlembagaan Persekutuan; ~ antara-bangsa undang-undang yg mengatur per-hubungan antara negara; ~ awam undang-undang yg berlaku utk seluruh rakyat (tidak berkaitan dgn jenayah); ~ darurat undang-undang yg dikuatkuasakan dlm masa berlaku-nya keadaan darurat sahaja; ~ dasar Id perlembagaan; ~ hukum pidana Id undang-undang yg menentukan hukuman utk perbuatan jenayah; ~ jenayah undang-undang mengenai perbuatan jenayah (spt bkn perbuatan me-rompak, membunuh, dll); ~ kecil undang-undang atau peraturan yg dibuat oleh pihak berkuasa atau agensi pentadbiran, mis pihak berkuasa tempatan, perbadanan dsb, yg diberi kuasa berkanun atau kuasa undang-undang; ~ pentadbiran undang-undang yg berhubungan dgn kuasa, kewajiban dan tatacara sesuatu agensi pentadbiran; ~ tubuh peraturan dasar yg mesti dipatuhi oleh ahli sesuatu pertubuhan dll; berundangan; pandai ~ Mn a) mengerti benar (memahami benar-benar) tentang adat; b) pandai berbicara; mengundangkan 1. menjadikan sbg undang-undang, menentukan atau menetapkan sesuatu berdasarkan undang-undang; 2. mengumum-kan undang-undang kpd orang ramai, menye-rantakan undang-undang; memperundangkan menjadikan sesuatu undang-undang: segala hukum yg diper-undangkan oleh Allah ke atas hambanya; undangan; majlis (dewan) ~ majlis (dewan) yg menggubal undang-undang; perundangan 1. yg berhubungan (berkaitan) dgn atau berasaskan undang-undang: meng-gunakan Bahasa Melayu sepenuhnya termasuk bidang ~ dan kehakiman; suatu sistem ~, ekonomi, dan politik yg menyeluruh; Islam ialah agama ~; 2. kumpulan undang-undang, keseluruhannya yg berkaitan dgn undang-undang: Yang di-Pertuan Agong sbg lambang sumber segala ~ Malaysia; sikap sedemikian adalah bertentangan dgn ~ Islam; perundang-undangan perundangan; pengundang-undang orang yg menggubal undang-undang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |