sulap I | = sulapan permainan silap mata, sunglap; tukang ~ orang yg bermain sulap; main ~ = bermain ~ memberi pertunjukan silap mata; bersulap main sulap; menyulap 1. bermain sulap, bermain silap mata; 2. ki, bp menggelapkan (wang dll), menyelewengkan: ~ gaji pekerja; 3. ki, bp memalsukan (surat dll); 4. ki, bp mengubah dgn cepat (keadaan yg buruk menjadi baik dll); penyulapan perihal menyulap; penyulap orang yg menyulap, pemain silap mata, tukang sulap; sunglap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tukang silap mata | pemain silap mata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tambul II | ark; bertambul, menambul 1. bermain silap mata (sihir dll); 2. menunjukkan kepandaian gerak badan (melompat, meniti kawat, dll); penambul 1. pemain silap mata; 2. pelawak, tukang lawak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
silap mata | sj permainan yg mengelirukan pandangan orang lain (utk membuat sesuatu yg aneh). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
silap mata | a) sj permainan yg mengelirukan pandangan orang lain (membuat sesuatu yg aneh-aneh dll), sulap, sunglap; b) salah pandangan; c) silau; d) agak lupa, tidak sedar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sunglap | silap mata; ®sulap I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sulapan | permainan silap mata, sunglap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penambul | 1. pemain silap mata; 2. pelawak, tukang lawak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menambul | 1. bermain silap mata (sihir dll); 2. menunjukkan kepandaian gerak badan (melompat, meniti kawat, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertambul | 1. bermain silap mata (sihir dll); 2. menunjukkan kepandaian gerak badan (melompat, meniti kawat, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |