tiub | 1 silinder yg dibuat drpd kaca, getah dll dan berlubang di tengah-tengahnya. 2 bahagian dlm tayar yg diisi angin. 3 struktur yg berbentuk silinder dan berlubang di tengahnya yg terdapat dlm badan atau dlm tumbuh-tumbuhan. ~ Eustachio ist tiub yg menghubungkan telinga tengah dgn farinks. ~ Fallopio ist tiub yg membawa ovum yg dihasilkan oleh ovari ke dlm rahim. ~ pengering ist tiub yg diisi dgn bahan pengering spt kalsium klorida, dan digunakan utk mengeringkan gas atau wap. ~ sinar katod ist tiub vakum yg di dlmnya terdapat sinar elektron yg difokuskan pd skrin utk menampakkan pancaran cahaya, dan digunakan dlm osiloskop, televisyen dsb. ~ vakum ist tiub yg divakumkan dan mengandungi beberapa elektrod utk mengawal pengaliran elektron. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
silinder | 1 benda yg berbentuk bulat panjang. 2 bentuk bulat torak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
silinder | 1. bulat torak; 2. sesuatu yg berbentuk bulat torak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tiub | 1 silinder yg dibuat drpd kaca, getah dll dan berlubang di tengah-tengah. | Kamus Pelajar |
kanister | 1 bekas drpd logam berbentuk silinder yg berisi bahan letupan atau gas pemedih mata yg meletup apabila mengenai sasaran selepas dilemparkan atau ditembakkan dr senapang. 2 bekas kecil drpd logam berbentuk silinder yg berisi ubat sedut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
silinder | 1 benda yg berbentuk bulat panjang. | Kamus Pelajar |
kartrij | 1. kelongsong (spt bentuk silinder) biasanya drpd logam yg berisi ubat bedil atau penabur, sarung peluru; 2. sarung berserta filem fotograf yg boleh dimasukkan terus ke dlm kamera; 3. alat yg berisi pita bermagnet (saiznya lebih besar drpd kaset) utk rakaman suara atau video; 4. bekas perisian dakwat yg boleh ditukar ganti utk pen mata bulat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
roket | (rokét) 1. sj pesawat berbentuk silinder yg dilancarkan dgn ledakan; 2. sj senjata (peluru) yg dilancarkan dgn ledakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tabung I | 1. bekas drpd ruas buluh dll (utk menyimpan sesuatu), bumbung: ~ air; 2. bekas yg berbentuk silinder: ~ gas oksigen; 3. peti atau kotak (utk surat dll); 4. tempat menyimpan wang (drpd buluh dll), celengan; 5. sesuatu yg berbentuk bulat torak (dlm enjin dll), silinder; 6. wang yg dikumpulkan (dgn mengutip derma dll) utk maksud tertentu, dana: T~ Pertahanan Negara; ~ damak tabung (drpd buluh) tempat menyimpan damak; ~ darah badan yg mengumpul dan menyimpan darah (di hospital dll); ~ didih sj tabung kaca yg berdinding tebal (digunakan dlm makmal utk mendidihkan bahan cecair); ~ empar sj tabung kaca berdinding tebal, kecil, dan digunakan sebagai bekas utk bahan campuran dlm alat pengempar; T~ Haji Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji; ~ kimia Id = ~ uji tabung (bekas berbentuk silinder) drpd kaca utk mengadakan percubaan atau ujian makmal; ~ madat sj paip utk menghisap madat; ~ pekak tabung wang yg biasanya dibuat drpd buluh; ~ pemilihan a) bekas tempat memasukkan lidi yg digunakan sbg ganti surat undi; b) kotak utk memasukkan surat undi; ~ seruas ki tidak dapat menyimpan rahsia; ~ surat peti surat; ~ tablet tabung pil; tinggal di ~ dituntungkan, tinggal di aweh dikiraikan prb telah diberikan atau diserahkan semuanya (pengajaran); menabung menyimpan wang (di bank, dlm tabung, dll): aku mulai ~ dan ~ terus dan ketika wangku terkumpul delapan rupiah, kubeli sepeda keluaran negeri Belanda; menabungkan memasukkan wang dll ke dlm tabung, menyimpan dlm tabung (bank dll): mereka ~ wang syiling atau ringgit lama dlm tin-tin susu yg ditebuk; tabungan 1. tempat menabungkan wang, celengan (drpd buluh dll); 2. = wang ~ wang yg disimpan, simpanan (wang); ~ masjid wang yg dikumpulkan utk keperluan masjid; ~ pos (akaun) simpanan wang di pejabat pos; penabungan perihal menabung wang, penyimpanan wang; penabung orang yg menabung (wang), penyimpan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
silo | 1. (Tani) lubang, parit atau silinder tinggi (drpd kayu atau konkrit) tempat membuat (menyimpan) makanan ternakan; 2. binaan bawah tanah yg menyimpan peluru berpandu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |