Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
siluman
1. Bersinonim dengan ghaib
( tidak kelihatan, tersembunyi, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan orang halus
( halimunan, orang bunian., )
(kata nama:)



Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
siluman1 makhluk spt manusia tetapi tidak kelihatan; orang halus; orang bunian. 2 ki tidak kelihatan; ghaib.Kamus Pelajar Edisi Kedua
siluman1. orang halus, orang bunian; 2. ki tidak kelihatan, tersembunyi, ghaib.Kamus Dewan Edisi Keempat
siluman1 makhluk spt manusia tetapi tidak kelihatan; orang halus; orang bunian.Kamus Pelajar
hantu I1. ciptaan khayalan manusia yg menakutkan atau menggerunkan; bahasa ~ bahasa yg dipakai oleh pawang; jari ~ jari tengah; kena ~ = dirasuk ~ sakit kerana diganggu hantu; disapa ~ = tersapa ~ = ditegur ~ demam kerana ditegur hantu; 2. ki pengintip rahsia; ~ mata-mata pengintip rahsia bagi polis; 3. ki orang yg sangat jahat (buruk dll): ~ judi orang yg sangat suka berjudi; anak ~ anak yg sangat jahat; rupanya spt ~ rupanya tersangat buruk; 4. yg tumbuh liar, yg tumbuh dlm hutan: kacang ~; limau ~; pisang ~; ~ air hantu yg terdapat di air (di sungai dll); ~ angin hantu yg boleh mengaramkan kapal; ~ aru-aru hantu hutan; ~ bungkus hantu yg berupa mayat berbungkus; ~ bunian siluman (orang halus yg tinggal di hutan); ~ gunung (laut, rimba, sungai) hantu yg menjaga (menghuni) gunung (laut, rimba, sungai); ~ jembalang, ~ puaka, ~ tanah hantu-hantu penunggu; ~ raya hantu peliharaan utk menjadi pengawal (suruhan) tuannya; ~ toyol hantu peliharaan utk disuruh mencuri; takut di~ terpeluk ke bangkai prb mendapat kesusahan kerana takut akan sesuatu yg tidak patut ditakutkan; berhantu ada hantunya, kemasukan (kera­sukan) hantu; menghantu 1. menjadi hantu; 2. ki menimbulkan rasa takut (gelisah, resah, dsb): malam tambah ~; dia bersiar-siar ke luar kota utk melupakan kesibukan kota yg ~; menghantui 1. ki mengganggui (fikiran), mengusik (jiwa): peristiwa ngeri itu terus ~ fikirannya; 2. mempengaruhi (dgn cara menakut-nakutkan): dgn sikapnya yg agresif dia ~ manusia ke arah kekacauan dgn semboyan revolusi proletariat; kehantuan sifat atau perbuatan yg dikaitkan spt hantu: ia disejajarkan dgn sifat-sifat ~, kejelikan, dan kejahatan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas