akaun simpanan | simpanan wang di bank dsb yg boleh dikeluarkan dr semasa ke semasa tetapi masih mendapat faedah tahunan berdasarkan baki simpanan yg ada. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
akaun | 1 penyata ttg wang yg dibayarkan atau yg diterima (kerana pembelian, penjualan, perkhidmatan dll). 2 simpanan wang di bank dsb: membuka ~ di bank (mula) menyimpan wang di bank. 3 catatan ttg pembelian atau perbelanjaan (di kedai tertentu) yg harganya akan dibayar kemudian. ~ bank akaun yg dibuka oleh individu atau institusi bagi tujuan urus niaga kewangan yg menggunakan perkhidmatan sesebuah bank. ~ beku akaun yg urus niaganya dihentikan berikutan perintah mahkamah atau kematian pemegang akaun yg berkenaan. ~ lapuk akaun pinjaman yg tidak dibayar, dan kemungkinan utk mendapatkan kembali bayarannya amat tipis sehingga akaun pinjaman tsb terpaksa dihapus kira. ~ semasa simpanan wang di bank yg boleh dikeluarkan dgn cek. ~ simpanan simpanan wang di bank dsb yg boleh dikeluarkan dr semasa ke semasa tetapi masih mendapat faedah tahunan berdasarkan baki simpanan yg ada. ~ untung rugi penyata yg menunjukkan keuntungan atau kerugian sesuatu urus niaga. perakaunan hal mengenai akaun: ilmu ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
simpanan | 1 apa-apa yg disimpan: wang ~. 2 tempat menyimpan: Kain bajunya habis rosak dlm ~. 3 apa-apa yg disimpan dan digunakan hanya apabila perlu: pemain ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
simpanan | 1. sesuatu yg disimpan (wang, barang makanan, dll): wang ~ wang yg disimpan; 2. sesuatu yg disimpan dan digunakan apabila diperlukan (pemain, tentera, dll), cadangan; tentera ~ tentera (bukan tentera biasa) yg dipanggil utk berkhidmat apabila diperlukan; 3. = tempat ~ = persimpanan tempat menyimpan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
simpanan | 3 apa-apa yg disimpan dan digunakan hanya apabila perlu: pemain ~. | Kamus Pelajar |
simpanan | 2 tempat menyimpan: Kain bajunya habis rosak dlm ~>. | Kamus Pelajar |
simpanan | 1 apa-apa yg disimpan: wang ~. | Kamus Pelajar |
bank simpanan | bank yg menerima deposit dan membayar faedah terhadap simpanan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
deposit | (déposit) 1. simpanan wang di bank atau institusi yg serupa; ~ tetap simpanan wang yg tertentu lamanya (atau utk jangka masa yg ditetapkan) dgn mendapat bayaran faedah; 2. wang yg disimpan di bank atau institusi yg serupa; mendepositkan menyimpan wang di bank atau institusi yg serupa utk mendapatkan faedah atau utk keselamatan; pendeposit penyimpan wang di bank: pekerja yg diberhentikan kerja mempunyai hak yg sama spt ~ CCB. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buku simpanan bank | buku yg dikeluarkan oleh bank kpd pelanggannya, yg mengandungi rekod kira-kira simpanan pelanggan di dlm bank; | Kamus Dewan Edisi Keempat |