Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perkataan dll yg digunakan utk mengatai (mengeji, mengejek, mencela) orang tidak dgn terus terang, kiasan: banyak­nya ~ kedengaran; mereka terdiam kerana mendengar percakapanku yg mengandungi sindiran itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perkataan yg di­ucapkan utk mengatai atau utk mengejek orang dgn cara tidak terus terang; ejekan yg tidak langsung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sindir
Kata Terbitan : menyindir, sindiran,

Peribahasa

Menyinggung mata bisul orang.

Bermaksud :

Menyakiti hati seseorang dengan sindiran (perkataan, perbuatan dan sebagainya) dalam sesuatu pertemuan. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggetil puncak kedal orang).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sindir= sindiran perkataan dll yg digunakan utk mengatai (mengeji, mengejek, mencela) orang tidak dgn terus terang, kiasan: banyak­nya ~ kedengaran; mereka terdiam kerana mendengar percakapanku yg mengandungi sindiran itu; ~ kiasan = sindir-sindiran bermacam-macam sindir (sindiran): tiap-tiap kali balik dr situ, ada-ada sahaja pem­bawaannya, baik barang-barang mahupun ~ kiasan kpd Ramlah dan suaminya; menyindir mengatakan sesuatu (utk men­cela, mengejek, mengeji) tidak dgn terus terang: dia selalu ~ anak-anak dara yg mandi berkemban di situ; pukul anak sindir me­nantu prb mengata-ngatai orang tetapi per­kataan-perkataan itu ditujukan kpd orang lain; sindir-menyindir saling membalas sindiran, saling menyindir: mereka mengambil ke­sempatan utk ~ antara satu sama lain; tersindir (sudah) disindir (diejek): aku cukup berasa ~ oleh kata-kata Normah itu; penyindir orang yg (suka) menyindir.Kamus Dewan Edisi Keempat
sindiran yg halussindiran yg tidak terang-terang (tersembunyi atau secara berkias);Kamus Dewan Edisi Keempat
sindir kiasan= sindir-sindiran bermacam-macam sindir (sindiran): tiap-tiap kali balik dr situ, ada-ada sahaja pem­bawaannya, baik barang-barang mahupun ~ kiasan kpd Ramlah dan suaminya;Kamus Dewan Edisi Keempat
sindiranperkataan yg di­ucapkan utk mengatai atau utk mengejek orang dgn cara tidak terus terang; ejekan yg tidak langsung.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sindir-sindiranbermacam-macam sindir (sindiran): tiap-tiap kali balik dr situ, ada-ada sahaja pem­bawaannya, baik barang-barang mahupun ~ kiasan kpd Ramlah dan suaminya;Kamus Dewan Edisi Keempat
gambar ejekan (sindiran)gambar orang yg dibuat ganjil dgn sengaja sbg sindiran;Kamus Dewan Edisi Keempat
sindiranperkataan dll yg digunakan utk mengatai (mengeji, mengejek, mencela) orang tidak dgn terus terang, kiasan: banyak­nya ~ kedengaran; mereka terdiam kerana mendengar percakapanku yg mengandungi sindiran itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
halus1. tidak besar (kasar), kecil-kecil: tepung yg ~; daging itu dicencang ~; gula ~; garam ~; 2. sangat kecil ukuran kelilingnya (bkn jarum, benang, dll), lwn kasar: dawai yg ~; 3. tidak kesat (kasap), lembut, licin: kulit mukanya ~; papan itu diketam sehingga ~; 4. berbudi bahasa yg baik, beradab, bersopan-santun: budi pekerti yg ~; dgn lemah-lembut lagi ~ ia mengeluarkan kata-katanya; 5. kelihatan elok dan rapi (hasil drpd kerja yg teliti), sempurna (hasilnya): raga itu ~ buatannya; 6. dgn teliti, dgn cermat atau hati-hati, secara terperinci: dia tahu apa yg perlu dilakukannya secara ~ tanpa me­nyinggung sesiapa; 7. tidak langsung atau terang-terangan tetapi dalam atau tajam maksudnya (bkn percakap­an, sindiran, dll); sindiran yg ~ sindiran yg tidak terang-terang (tersembunyi atau secara berkias); perintah ~ perintah dlm bentuk nasihat (tidak terang-terang); 8. tidak garau tetapi tinggi (bkn suara dll): suaranya ~; 9. tidak dapat dilihat (diraba) spt roh; orang ~ orang bunian; suara ~ a) suara yg tinggi; b) ilham; halus-halus dgn meneliti segala butir yg berkaitan, dgn teliti, secara terperinci: undang-undang yg telah didebat serta difikir ~ oleh ahli-ahli parlimen yg dipilih oleh rakyat; berhalus (bercakap dsb dgn) bersopan-san­tun, berlembut: kalau bercakap biarlah ~ sedikit; menghalusi 1. memperlakukan dll dgn halus (tidak dgn keras dll): budak nakal itu tidak boleh dihalusi sepanjang masa; 2. menipu dgn cara yg sangat licin; ~ musuh menipu musuh; 3. mengkaji (menyiasat, menyelidiki, memeriksa) dalam-dalam atau secara terpe­-r­inci: perkara itu tidak perlu dihalusi lagi; sesudah kita rakamkan rumus-rumus yg di atas, kita perlu ~ beberapa perkara lagi; menghaluskan menjadikan halus; memperhalus 1. menjadikan lebih halus: ia ~ alis matanya; 2. menjadikan lebih sempurna: cara penyampaiannya perlulah diperhalus, disisip dan dijalin melalui bahasa atau dialog yg menarik; kehalusan keadaan yg halus (perbuatan, sifat dll): ~ bahasa; penghalusan perihal (perbuatan dsb) meng­halusi, menghaluskan, atau memperhalus.Kamus Dewan Edisi Keempat
perlisindiran, ejekan, cemuhan: kata-kata ~ itu kian lama kian terasa menggores hatinya; memerli, memperli 1. menyindir, meng­ejek, mencemuh: kalau isterinya ~ begitu, lebih-lebih lagi mempermainkan soal agama, sudah tentu tapak kaki naik ke mukanya; 2. menyindir seseorang: dia berasa jengkel kerana abangnya ~nya; memperlikan mempersendakan sesuatu: Siti Salina kali ini ~ bahasa Melayu Kurupaya itu; perlian ark perli, sindiran.Kamus Dewan Edisi Keempat
kias IAr 1. ibarat, teladan atau pengajaran (yg terkandung atau ternyata dlm cerita dll): disiarkan cerita-cerita yg (di dalamnya) penuh ~, ibarat dan pengajaran; 2. teguran yg tidak dgn terus-terang, sindiran; 3. per­bandingan dgn contoh yg telah ada atau dgn hal yg telah berlaku: ulama-ulama itu menjalankan tugas mereka dgn berdasarkan Quran, hadis, ~ dan ijmak; mengambil ~ mengambil contoh (teladan); ahli ~ ahli hukum Islam yg berdasarkan kias; manusia tahan ~, binatang tahan palu prb manusia boleh diajar dgn sindiran sahaja tetapi binatang hendaklah dipukul; berkias berkata-kata dgn menggunakan kias (sindiran), beribarat: aku tak pandai ~, tak pandai beribarat; berkias-kiasan sindir-menyindir: Hajah Sainah turut ~ utk mengusik anak angkatnya; mengias 1. menyindir: tidak aku sangka budak semuda itu pandai benar ~; 2. mem­perbandingkan dgn perkara yg telah ada atau telah berlaku: khalifah-khalifah itu menyelidiki hukum-hukum bagi perkara baru itu dgn jalan dikias dgn sesuatu hukum yg seumpamanya; kias-mengias berkias-kias, sindir-menyindir; mengiasi menyindir kpd; mengiaskan 1. mengenakan kias (perbandingan, persamaan) pd: ~ satu fasal undang-undang kpd suatu keadaan yg tertentu; 2. menunjukkan (mengemukakan) sesuatu dgnperbandingan (persamaan), mengibaratkan: pepatah Inggeris ~ orang bodoh yg banyak cakapnya sbg tong yg tidak berisi; 3. mem­buat sindiran (ibarat dll) yg ditujukan kpd: ayahnya pernah juga ~ kpd dia supaya membuat amal ibadat; kiasan 1. pertimbangan (perhitungan) me­ngenai sesuatu perkara dgn perbandingan (persamaan) perkara yg lain; 2. ibarat, perum­pamaan; 3. sindiran; 4. pengajaran atau con­toh (yg terdapat dlm cerita dll), teladan; 5. lambang; 6. a) = erti ~ erti yg tersembunyi (lain drpd erti yg ternyata); b) = kata ~ kata yg mengandungi (mempunyai) erti kiasan; berkiasan memakai (menggunakan) kiasan, mengandungi kiasan.Kamus Dewan Edisi Keempat
123456789

Kembali ke atas