[si.sih] | سيسيه
Definisi : ; bersisih berpisah, berasing; ~ antah dgn beras prb berasingan orang kaya dr orang miskin; menyisih 1. beralih ke samping atau ke tepi (utk memberi jalan lalu dll), menepi, menyamping: dia ~ ke tepi memberi jalan kpd ibunya mendapatkan adiknya; 2. mengasingkan atau menjauhkan (diri) dr, menghindar, menyendiri: selesai sahaja majlis khatam, Bidin ~ hampir ke tangga; 3. = menyisihkan mengasingkan, memisahkan, menceraikan, memencilkan; disisih bagai antah prb a) diasingkan dr yg lain kerana tidak disukai; b) tidak boleh ikut campur kerana miskin; menyisihkan 1. mengasingkan (diri dll), memencilkan, menjauhkan: perasaannya yg berkecamuk itu hanya dapat ditenangkan jika ia ~ diri ke tempat yg sunyi; 2. memisahkan, mengetepikan: pentingnya bahasa sbg alat dlm sastera memang tidak dapat disisihkan kerana kalau tidak ada bahasa, sastera juga tidak ada; 3. Id menyebabkan lawannya tidak dapat memasuki pertandingan selanjutnya kerana sudah kalah (dlm permainan dll), menyingkirkan (lawan); tersisih (sudah) diasingkan atau dipisahkan, terasing, terpisah: dia berasa dirinya ~ dr kawan-kawan yg telah lama bekerja di sana; hidupnya ~ dr kaum keluarga; sisihan (Mat) perbezaan antara nilai keputusan sesuatu uji kaji dengan nilai keputusan min beberapa uji kaji; penyisihan perbuatan menyisihkan: ~ diri dan perasaan kecewa terhadap penderitaan manusia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[si.sih] | سيسيه
Definisi : ; menyisih 1 beralih ke tepi utk memberi jalan kpd orang lain; menepi: Kalau ada kereta, ~lah. 2 menjauhkan atau mengasingkan diri ke; menyendiri: Apabila orang datang, dia segera ~ ke dlm bilik. menyisihkan meletakkan ke tepi; mengasingkan; mengesampingkan: ~ diri mengasingkan diri. tersisih sudah diasingkan atau dipisahkan dr yg lain; terasing: Dia berasa dirinya ~ dr masyarakat kampungnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)