Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.si.han] | سيسيهن

Definisi : (Mat) perbezaan antara nilai ke­putusan sesuatu uji kaji dengan nilai keputusan min beberapa uji kaji; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sisihan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sisihan(Mat) perbezaan antara nilai ke­putusan sesuatu uji kaji dengan nilai keputusan min beberapa uji kaji;Kamus Dewan Edisi Keempat
ralat jam(clock error)Ralat akibat sisihan pada masa isyarat jam berbanding dengan isyarat jam rujukan.Kamus Komputer
gelinciran jam(clock slip)Anjakan atau sisihan yang wujud antara jam sistem dan isyarat yang seharusnya segerak. Jika gelinciran ini terlalu besar, sistem tidak lagi segerak dan akan mengalami kegagalan.Kamus Komputer
isyarat pembetulan(correcting signal)1. Isyarat khas dalam sistem segerak yang dihantar untuk membetulkan ralat sisihan. 2. Isyarat yang dikirim untuk membetulkan ralat dalam kawalan.Kamus Komputer
ralat mutlak(absolute error)Ralat sebenar yang diperoleh selepas mengambil magnitud data dengan membuang tanda data dan menentukan beza sisihan daripada data sebenar.Kamus Komputer
sistem gelung tertutup(closed-loop system)1. Sistem pemprosesan yang tidak memerlukan campur tangan manusia. 2. Sistem kawalan yang mempunyai kemudahan suap balik bagi membolehkannya membetulkan dirinya sendiri apabila berlaku sisihan matlamat, tanpa campur tangan manusia.Kamus Komputer
sisih; bersisih berpisah, berasing; ~ antah dgn beras prb berasingan orang kaya dr orang miskin; menyisih 1. beralih ke samping atau ke tepi (utk memberi jalan lalu dll), menepi, me­nyamping: dia ~ ke tepi memberi jalan kpd ibunya mendapatkan adiknya; 2. meng­asingkan atau menjauhkan (diri) dr, meng­hindar, menyendiri: selesai sahaja majlis khatam, Bidin ~ hampir ke tangga; 3. = menyisihkan mengasingkan, memisahkan, menceraikan, memencilkan; disisih bagai antah prb a) diasingkan dr yg lain kerana tidak disukai; b) tidak boleh ikut campur ke­rana miskin; menyisihkan 1. mengasingkan (diri dll), memencilkan, menjauhkan: perasaannya yg berkecamuk itu hanya dapat ditenangkan jika ia ~ diri ke tempat yg sunyi; 2. me­misahkan, mengetepikan: pentingnya bahasa sbg alat dlm sastera memang tidak dapat disisihkan kerana kalau tidak ada bahasa, sastera juga tidak ada; 3. Id menyebabkan lawannya tidak dapat memasuki pertandingan selanjutnya kerana sudah kalah (dlm per­mainan dll), menyingkirkan (lawan); tersisih (sudah) diasingkan atau dipisahkan, terasing, terpisah: dia berasa dirinya ~ dr kawan-kawan yg telah lama bekerja di sana; hidupnya ~ dr kaum keluarga; sisihan (Mat) perbezaan antara nilai ke­putusan sesuatu uji kaji dengan nilai keputusan min beberapa uji kaji; penyisihan perbuatan menyisihkan: ~ diri dan perasaan kecewa terhadap penderitaan manusia.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas