Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sistem (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan aturan: peraturan, susunan, struktur, kaedah, prosedur, metode, teknik, cara, fesyen, stail, polisi, panduan, tertib, ketetapan, ketentuan,

2. Bersinonim dengan proses: metodologi, strategi, pendekatan, aliran, perjalanan, pelaksanaan, perancangan, penilaian, pemantapan, penerapan,

3. Rujuk undang-undang 2

Kata Terbitan : bersistem,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
siar I; ~ raya alat utk membuat peng­umuman, mis pembesar suara (dlm majlis, perayaan dsb). menyiarkan 1 memberitahukan (sesuatu) kpd orang ramai dgn menggunakan radio (surat khabar dll); menghebahkan; mengumumkan: Radio Malaysia telah ~ berita ttg peperangan Pakinda. 2 me­nyebabkan sesuatu agama atau pendapat tersebar merata-rata; me­nyebarkan: Orang yg mula-mula sekali ~ agama Islam ke Tanah Melayu tidak diketahui dgn pasti. 3 memancarkan cahaya dll. tersiar telah diumumkan ke merata-rata tempat melalui radio (surat khabar dll); telah diterbitkan dan disebarkan. siaran sesuatu yg disiarkan atau yg dihebahkan utk pengetahuan umum: surat ~ surat yg berisi berita dll yg disebarkan kpd orang ramai. bersiaran mengendalikan siaran di televisyen atau radio: Penyiar radio itu mendapat penghargaan kerana ~ 24 jam tanpa henti. penyiaran perbuatan atau hal menyiarkan (sesuatu): meninggikan sistem pendidikan dan ~ Islam. penyiar orang yg menyiarkan: ~ berita; ~ agama.Kamus Pelajar Edisi Kedua
siar I; ~ raya alat utk membuat pengumuman, mis pembesar suara, dlm sesuatu majlis, pe­rayaan dsb; menyiarkan 1. menghebahkan kpd orang ramai (melalui radio, televisyen, surat khabar, dll), mengumumkan: berita itu telah disiarkan melalui radio; 2. memasukkan (gambar dll ke dlm majalah, surat khabar, dll) dan me­nerbitkannya: majalah itu ~ gambar dan kisah jenayah; 3. memperkembangkan atau menyebarkan (agama, pendapat, dll); 4. me­mancarkan (cahaya dll); 5. membawa ke serata tempat, menyebarkan, menyeratakan; tersiar 1. telah dihebahkan (diumumkan, di­khabarkan ke merata-rata), tersebar ke mana­mana: khabar telah ~ bahawa peperangan telah berakhir; 2. telah diterbitkan dan dijual (buku, majalah, dll): kesemua cerpen dlm kumpulan ini telah ~ dlm mingguan Utusan Zaman; siaran sesuatu yg disiarkan atau diterbitkan (pengumuman, berita, dll): aku hendak mendengar semua ~ radio hari ini; surat ~ surat yg disebarkan kpd orang ramai; bersiaran mengendalikan siaran di tele­visyen atau radio: penyair radio itu mendapat penghargaan kerana ~ 32 jam tanpa henti; persiaran ark pengumuman, pemberitahuan; penyiaran 1. perbuatan menyiarkan: ~ agama Islam di Tanah Melayu; 2. (Kom) aktiviti mengadun dan memancarkan ran­cangan radio dan televisyen kpd khalayak di sekitar kawasan yg dapat diliputi oleh alat penerima siaran dgn menggunakan sistem analog, satelit atau kabel; penyiar 1. orang yg menyiarkan, pengem­bang (agama); 2. alat pemancar (radio dll); 3. penerbit dan penjual (buku dll); 4. petugas radio dan televisyen yg terlibat secara langsung dlm aktiviti penyiaran rancangan me­dia elektronik.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas