skrip filem | skrip yg disediakan utk sesebuah filem, termasuk arahan kerja kamera dsb, lakon layar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
skrip I | cerita dll yg bertulis (bertaip dsb); ~ filem skrip yg disediakan utk sesebuah filem, termasuk arahan kerja kamera dsb, lakon layar; penskripan hal (proses) penulisan skrip: memanglah drama Melayu sebelum ini tidak ada tradisi ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
skrip II | sijil sementara (dlm urusan saham) yg membolehkan pemiliknya menukarkannya menjadi wang atau sijil saham biasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
transkripsi | 1. (penyediaan) skrip atau teks yg penuh atau lengkap berdasarkan catatan-catatan trengkas dll atau drpd rakaman ucapan dll; 2. penukaran bahan bertulis drpd sesuatu bentuk ke dlm bentuk lain (mis yg menggunakan sistem fonetik, huruf dlm abjad lain, dll); ~ fonemik (Lin) transkripsi yg menggunakan lambang fonem, mis /pokok/ dan /nyanyi/; ~ fonetik (Lin) transkripsi yg menggunakan lambang fonetik, mis [poko/]; mentranskripsikan membuat (menyediakan) transkripsi (sesuatu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penskripan | hal (proses) penulisan skrip: memanglah drama Melayu sebelum ini tidak ada tradisi ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
autokiu | alat yg memaparkan skrip (tidak dapat dilihat oleh penonton) yg boleh dibaca oleh seseorang semasa rakaman rancangan televisyen, mis siaran berita atau ucapan di khalayak ramai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seni drama | seni mengenai sandiwara (spt cara menyusun skrip, latar, hiasan pentas, dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
produktif | 1. berupaya atau boleh mengeluarkan hasil yg banyak: perumahan boleh dianggap sbg industri ~ negara; penulis skrip yg ada sekarang adalah dlm peringkat umur yg ~; 2. mencapai banyak hasil, berhasil: perbincangan kami pd petang itu sangat ~; 3. berupaya membiak, melahirkan anak atau menyebabkan kelahiran, subur: umur ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
naskhah | 1. karangan dll yg bertulis tangan, manuskrip; 2. Id karangan asal (yg akan dicetak atau diterbitkan), manuskrip, skrip; 3. penjodoh bilangan utk buku (majalah, surat khabar, dll), buah: majalah itu berharga RM1.50 se~; 4. rang (undang-undang, perlembagaan, dll), rancangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemanggungan | kegiatan (usaha) mempersembahkan sandiwara di panggung, pementasan (sandiwara) di panggung: di tangannya sudah ada tradisi penulisan skrip, pengarahan, ~, dan aspek-aspek pementasan yg lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |