skuasy | sj permainan memukul bola ke dinding dgn raket (dimainkan di dlm gelanggang yg berdinding). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
skuasy II | minuman yg diperbuat drpd jus buahbuahan yg ditambah air atau gula: ~ oren; ~ lemon. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
skuasy I | sj permainan memukul bola ke dinding dgn raket (dimainkan di dlm gelanggang yg berdinding). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
servis | 1. hantaran (pukulan atau tamparan) pertama bola dlm permainan badminton, tenis, skuasy, dsb; 2. bp khidmat, perkhidmatan: ~ mereka akan ditamatkan tidak berapa lama lagi; 3. tindakan memeriksa, mencuci, memperbaiki, menyenggara dsb sesebuah jentera, kereta, dsb supaya dapat beroperasi dgn baik dan selamat: pusat ~ kereta; syarikat itu akan memberikan ~ percuma utk ~ pertama bagi kereta-kereta yang dibeli drpd syarikatnya; ~ kilas servis yang dilakukan dlm permainan badminton, pingpong dsb dgn bahagian belakang tangan yang memegang raket atau pemukul menghala ke pemain lawan; ~ kuda teknik hantaran (sepakan) pertama bola dlm permainan sepak takraw dgn menggunakan bahagian atas kaki; menservis membaiki keadaan sesuatu (spt perkakas elektrik, jentera, kenderaan, dsb) dgn mencuci bahagian-bahagiannya (menukar bahagian yg perlu, mengganti minyak, dsb): keretanya sudah perlu diservis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gimrama | akronim bagi gimnastik berirama (iaitu suatu persembahan gimnastik yg biasanya menggunakan alat tertentu spt tali, reben dan bola dgn iringan irama muzik): sekolah itu banyak melahirkan jaguh negara dlm acara skuasy, boling dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rali | 1 perlumbaan (jarak jauh) kenderaan bermotor di tempat tertentu, spt di kawasan berbukit-bukit atau di jalan raya: Dia berminat utk menyertai ~ yg akan diadakan itu. 2 pertukaran pukulan antara pemain (spt dlm permainan badminton dan skuasy) yg berlaku berturut-turut dan agak lama hingga satu mata diperoleh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rali | 1. perlumbaan kenderaan bermotor di tempat tertentu, spt di estet, jalan raya dsb: dia pernah menyertai ~ kereta klasik antarabangsa Bejing-Paris; 2. (Eko) kenaikan harga saham dsb secara keseluruhan selepas mengalami suatu kejatuhan; ~ teknikal kenaikan secara menyeluruh sesuatu saham atau sekumpulan saham utk jangka masa pendek dlm pasaran semasa pasaran menurun; 3. (Suk) pertukaran pukulan antara pemain dlm beberapa siri sehingga satu mata diperoleh spt dlm permainan badminton dan skuasy. | Kamus Dewan Edisi Keempat |