solo | nyanyian, permainan muzik dll yg dinyanyikan, dimainkan dll oleh seorang saja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
solo | 1. nyanyian atau lagu muzik yg dinyanyikan (dimainkan) oleh seorang sahaja; 2. (tugas, persembahan, dsb) dilakukan secara berseorangan: penerbangan ~; nyanyian ~; 3. sendirian (spt melakukan sesuatu seorang diri): dia membuat larian ~ meninggalkan lawannya jauh di belakang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
solo | nyanyian atau permainan muzik yg dinyanyikan atau yg dimainkan oleh seorang saja. | Kamus Pelajar |
sunan | Jw raja (di Solo dll); kesunanan daerah kekuasaan sunan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kacuca | (Muz) 1. sj tarian solo Sepanyol yg gemalai; 2. muzik utk tarian 1. di atas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
konserto | (Muz) gubahan muzik yg menampilkan persembahan pemain solo dgn iringan orkestra. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
resital | (résital) (Muz) persembahan muzik dsb oleh pemain, penyanyi dsb solo atau oleh kumpulan kecil: ~ piano. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tarian serimpi | sj tari yg dipertunjukkan oleh perempuan (di istana Jokja, Solo); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kantata | (Muz) sebuah gubahan muzik yg pendek yg dinyanyikan oleh penyanyi solo dan koir dgn iringan orkestra. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menilik | 1. melihat (mengkaji) dgn teliti, mengamat-amati: dibukanya album itu, ditilik-nya gambar-gambar di dalamnya satu per-satu; 2. melihat nasib (untung malang orang dll), merenung, meramalkan sesuatu, menelah: ia konon pandai ~, kita suruh lihat benarkah khabar orang itu; 3. mengawal, mengawasi, mengendalikan, menjaga: lembaga pengelola ~ perjalanan badan itu; 4. menganggap (sbg), menyifatkan (sbg); 5. = ~ kpd = ditilik drpd (kalau) memandang (mengingat) ..., (kalau) diperhatikan (ditinjau, diperhitungkan) drpd ...: ~ mukanya, begitulah tapi kalau umurnya tidak mungkin; kalau ditilik sepintas lalu memang benar perkataan engku-engku tadi; 6. menengok, mengunjungi: aku datang ~ ke sini, ke Solo sudah sampai khabar-khabar-nya kamu berdua sudah tidak berbaik lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |