Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[som.bong] | سومبوڠ

Definisi : tinggi hati, angkuh, bongkak, cong­kak, pongah: hanya orang yg ~ dan bong­kak sahaja yg suka berkata begitu; hendak ~ berbini banyak, hendak megah berlawan lebih prb kerana hendak memperlihatkan ketinggian diri, maka hidup dlm kesukaran; menyombong berlaku sombong, membesar­besarkan diri: drpd gayanya yg ~ itu, nampak benarlah dia bukan orang dr kampung itu; menyombongkan berasa sombong kerana sesuatu, memegahkan, membanggakan: ja­ngan suka ~ ijazahmu; ~ diri memegahkan (meninggi-ninggikan) diri; kesombongan perihal (sifat dsb) sombong, keangkuhan: cukuplah ~ dan keangkuhanmu pd hari ini; penyombong orang yg sombong (suka me­nyombong). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[som.bong] | سومبوڠ

Definisi : menghargai diri sendiri dgn berlebih-lebihan; tinggi hati; bong­kak: Jangan berkawan dgn orang yg ~. menyombong berkelakuan atau ber­laku sombong: Jangan hendak ~ kpd aku. menyombongkan me­nyombong ttg sesuatu; memegahkan: Janganlah engkau leka ~ kekayaanmu. ~ diri me­ninggi-ninggikan (memegahkan) diri. kesombongan sifat sombong; keangkuhan. penyombong orang yg sombong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Dagangan datang dari Melaka,
     Timbang mari dacing tembaga;
Cakap sombong saya tak suka,
     Lantai nibung makan kepala.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Lonjak sebagai labu dibenam.

Bermaksud :

Sombong, angkuh.

 

Lihat selanjutnya...(29)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pongah Isangat sombong, angkuh, bongkak, congkak: dgn ~ engkau membusungkan dada mengatakan engkau Tuan Pengarah; berpongah-pongah berlagak (berkelakuan dll) sombong, bercakap sombong; memongahkan menyombongkan, mempe­ragakan, memperlagakkan; kepongahan keangkuhan, kecongkakan, ke­sombongan.Kamus Dewan Edisi Keempat
berpongah-pongahberlagak (berkelakuan dll) sombong, bercakap sombong;Kamus Dewan Edisi Keempat
lantam IIbongkak, congkak, sombong; melantamkan berasa sombong (megah, bangga, dll); kelantaman perihal lantam.Kamus Dewan Edisi Keempat
congkak Isombong, bongkak, pongah; ~-bongkak = ~-bongkah terlalu congkak, ter­lalu sombong; kerana ~ badan binasa prb a) kerana sombong, tidak mahu mengadu hal, badan sendiri mendapat celaka; b) kerana suka berjoli, diri sendiri jadi celaka; kecongkakan kesombongan, kebongkakan, kepongahan.Kamus Dewan Edisi Keempat
sombongmenghargai diri sendiri dgn berlebih-lebihan; tinggi hati; bong­kak: Jangan berkawan dgn orang yg ~. menyombong berkelakuan atau ber­laku sombong: Jangan hendak ~ kpd aku. menyombongkan me­nyombong ttg sesuatu; memegahkan: Janganlah engkau leka ~ kekayaanmu. ~ diri me­ninggi-ninggikan (memegahkan) diri. kesombongan sifat sombong; keangkuhan. penyombong orang yg sombong.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sombongtinggi hati, angkuh, bongkak, cong­kak, pongah: hanya orang yg ~ dan bong­kak sahaja yg suka berkata begitu; hendak ~ berbini banyak, hendak megah berlawan lebih prb kerana hendak memperlihatkan ketinggian diri, maka hidup dlm kesukaran; menyombong berlaku sombong, membesar­besarkan diri: drpd gayanya yg ~ itu, nampak benarlah dia bukan orang dr kampung itu; menyombongkan berasa sombong kerana sesuatu, memegahkan, membanggakan: ja­ngan suka ~ ijazahmu; ~ diri memegahkan (meninggi-ninggikan) diri; kesombongan perihal (sifat dsb) sombong, keangkuhan: cukuplah ~ dan keangkuhanmu pd hari ini; penyombong orang yg sombong (suka me­nyombong).Kamus Dewan Edisi Keempat
sombong ~ diri meninggi-ninggikan (memegahkan) diri.Kamus Pelajar
sombongmenghargai diri sendiri dgn berlebih-lebihan; tinggi hati; bongkak: Jangan berkawan dgn orang yg ~.Kamus Pelajar
sombong kesombongan sifat sombong; keangkuhan.Kamus Pelajar
sombong menyombong berkelakuan atau berlaku sombong: Jangan hendak ~ kpd aku. menyombongkan menyombong ttg sesuatu; memegahkan: Janganlah engkau leka ~ kekKamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas