patgulipat | 1. sj permainan kanak-kanak, main sorok-sorok (sembunyi-sembunyi); 2. bp main curang, tidak jujur; mempatgulipatkan; ~ wang menggelapkan wang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sorok I | ; sorok-sorokan, bersorok-sorokan bermain sembunyi, bermain cari-carian; menyorok 1. masuk ke dlm sesuatu dgn merangkak (membongkok), menyusup atau menyelodok dgn membongkok; 2. ki menyembunyikan diri, bersembunyi; ~ di balik lumbung prb menyembunyikan sesuatu hal yg mudah atau sudah diketahui orang; ~ hilang-hilang, memakan habis-habis prb jika mengerjakan sesuatu pekerjaan rahsia hendaklah pandai-pandai benar menyimpannya; sementara ~, ekor habis prb perihal seseorang yg malang nasibnya; menyoroki menyusup (menyelodok) ke, menyorok ke; menyorokkan 1. memasukkan ke bawah (ke dlm, ke belakang) sesuatu, menyusupkan (menyelodokkan): ia masih lagi ~ mukanya di bawah bantal; 2. ki menyimpan (menutup dll) supaya tidak kelihatan, menyembunyikan: tak usahlah engkau ~ perkara yg seharusnya ibu tahu itu; tersorok 1. tersembunyi: buku itu kuletakkan di atas rak kopiah ~ ke sebelah dalam; 2. ki jauh dr yg lain, terpencil: tentera Jepun dan Siam selalu sahaja sampai ke kampung yg ~ spt Kampung Sulung itu; sorokan 1. sesuatu yg disembunyikan atau disorokkan; 2. tempat bersembunyi (menyembunyikan), persembunyian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sorok | ; menyorok 1 masuk dgn merangkak atau dgn membongkok; menyusup: Ketika berburu, kami ~ dlm semak dan belukar. 2 menyembunyikan diri; bersembunyi: Pijat-pijat biasanya ~ di celah-celah tilam atau di celah-celah katil. menyorokkan 1 memasukkan di bawah atau di balik sesuatu; menyusupkan: Dia telah ~ kepalanya di bawah bantal. 2 menyimpan atau menaruh sesuatu supaya tidak kelihatan; menyembunyikan: Siapa yg ~ kasut saya? tersorok 1 tidak dpt dilihat atau tidak dpt diketahui; tersembunyi. 2 jauh dr yg lain; terpencil: Kampung itu ~ di hujung tanjung. penyorokan perbuatan (hal dsb) menyorok atau menyorokkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sorok III | ; menyorok Kd bersarapan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sorok II | ark; pintu ~ pintu sorong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sorok-sorokan | bermain sembunyi, bermain cari-carian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sorok; menyorok | penyorokan perbuatan (hal dsb) menyorok atau menyorokkan sesuatu. | Kamus Pelajar |
sorok; menyorok | 2 jauh dr yg lain; terpencil: <i> Kampung itu ~ di hujung tanjungi>. | Kamus Pelajar |
sorok; menyorok | 1 tidak dpt dilihat atau tidak dpt diketahui; tersembunyi. | Kamus Pelajar |
sorok; menyorok | tersorok | Kamus Pelajar |