sosioekonomi | /sosioékonomi/ berkaitan dgn atau melibatkan faktor kemasyarakatan dan faktor ekonomi: kajian-kajian ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sosioekonomi | (sosioékonomi) berkaitan dgn, melibatkan unsur-unsur atau faktor-faktor kemasyarakatan dan ekonomi: kajian-kajian ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
SERU | akronim bagi Socioeonomic Research Unit (Unit Penyelidikan Sosioekonomi). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sosio- | awalan asing berkaitan dgn faktor sosial (kemasyarakatan), mis sosioekonomi dan sosiopolitik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendatang | 1. datang (timbul, berlaku, dll) dgn tiba-tiba: siapakah dapat menduga kalau hari esoknya hujan ~; jika ada aral ~; 2. (yg) datang dr tempat lain (tidak asli): penyesuaian sosioekonomi dicorakkan bukan sahaja oleh ciri-ciri yg didatangkan atau ~, tetapi oleh ciri-ciri yg sudah sedia ada; orang ~ orang yg datang atau berasal dr negeri lain (bukan bumiputera atau penduduk asli); 3. ark terbitan; kata-kata ~ kata-kata terbitan; 4. akan datang: kalaulah perjanjian pd masa ~ dapat mengurangkan pengeluaran senjata; pucuk dicita ulam ~ prb yg diperoleh lebih baik drpd yg dikehendaki; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
datang | 1. sampai, tiba (di sesuatu tempat): setelah ~ di balai, maka surat itu pun disuruh baca; hari telah jauh malam, tetapi Ali tidak ~ juga; 2. bergerak menghampiri seseorang atau sesuatu tempat: dia melambai-lambaikan tangan dan terus ~ ke tempat kami sedang duduk; 3. pergi (berjalan, bergerak, dsb) sehingga sampai di sesuatu tempat (atau utk menemui seseorang dsb): saya akan mencuba ~ dua kali seminggu; 4. berasal (dr): dia ~ dr Kedah; 5. hingga, sampai (bkn jangka masa dsb): adapun tempat Merah Silu beroleh gelang-gelang itu, Padang Gelang-Gelanglah namanya ~ sekarang; 6. muncul, timbul: tiba-tiba ~ suatu fikiran di kepalanya; ~ seleranya hendak makan; 7. ark = (yg) akan ~ yg akan tiba, hadapan, kemudian (bkn jangka masa dsb); masa ~ kelak, kemudian, kemudian nanti; minggu ~ minggu hadapan; ~ akal datang (mendapat) ilham; ~ bulan = ~ haid turun atau keluar darah haid (pd perempuan); ~ hati sampai hati, tergamak; ~ nampak (tampak) muka, pergi nampak (tampak) belakang (punggung) prb datang dgn baik pergi pun hendaklah dgn baik juga; ~ spt ribut, pergi spt semut prb sesuatu penyakit itu cepat datangnya tetapi lambat perginya; ~ tak berjemput, pulang tak berhantar prb tetamu yg tidak penting; datang-datang 1. setibanya, baru atau sebaik-baik sahaja datang: ~ dia ke mari hendak makan; 2. selalu (kerap) datang: ~ lah ke rumah apabila senang; berdatang; ~ sembah sl berkata-kata dgn raja (orang besar-besar) dgn bahasa halus: maka si penyadap pun masuklah mengadap Betara, maka ia ~ sembah, menuntut janjinya; berdatangan datang beramai-ramai, datang dr berbagai-bagai tempat; mendatang 1. datang (timbul, berlaku, dll) dgn tiba-tiba: siapakah dapat menduga kalau hari esoknya hujan ~; jika ada aral ~; 2. (yg) datang dr tempat lain (tidak asli): penyesuaian sosioekonomi dicorakkan bukan sahaja oleh ciri-ciri yg didatangkan atau ~, tetapi oleh ciri-ciri yg sudah sedia ada; orang ~ orang yg datang atau berasal dr negeri lain (bukan bumiputera atau penduduk asli); 3. ark terbitan; kata-kata ~ kata-kata terbitan; 4. akan datang: kalaulah perjanjian pd masa ~ dapat mengurangkan pengeluaran senjata; pucuk dicita ulam ~ prb yg diperoleh lebih baik drpd yg dikehendaki; mendatangi 1. datang ke, mengunjungi, melawati, menziarahi: sejak pukul sebelas sampailah petang tidak putus-putus rumah Bidin didatangi kawan-kawannya; rakyat negeri ini dibenarkan ~ negara-negara asing; 2. datang utk menyerang (memeriksa, menangkap, dll): Sultan Zainal Abidin sudah didatangi oleh orang Pasai pula; polis telah ~ rumah beliau malam tadi; 3. menimpa (bkn bala, penyakit, dsb); didatangi penyakit ditimpa (kena) penyakit; 4. Id ark menjadikan kata terbitan (dgn memberi awalan atau akhiran); datang-mendatangi saling berkunjung, ziarah-menziarahi, lawat-melawati; kedatangan 1. perihal datang (mendatang), tibanya, sampainya: ~ orang-orang Minangkabau itu disambut dgn mesra; 2. diserang (musuh dsb), ditimpa (kemalangan dll), didatangi: ~ gerombolan penjahat; ~ musuh; ~ bencana; ~ bulan datang bulan (haid); pendatangan perihal (perbuatan dsb) mendatangi atau mendatangkan; pendatang 1. orang mendatang, orang asing yg datang ke, atau memasuki sesebuah negeri lain; ~ haram bk pendatang tanpa izin; ~ tanpa izin orang asing yg memasuki sesebuah negara lain dgn tidak mendapat kebenaran drpd kerajaan negara tersebut; 2. tiang atau penyokong utk menguatkan (meneguhkan); 3. perasaan yg timbul dlm hati (terlebih dahulu), gerak, firasat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |