spektroskopi | /spéktroskopi/ ist kajian ttg spektrum, terutamanya aspek penghasilan, penyukatan, dan pentafsiran spektrum. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
spektroskopi | (spéktroskopi) kajian tentang spektrum, terutamanya aspek penghasilan, penyukatan, dan pentafsiran spektrum; ~ inframerah kaedah analisis yg mengukur julat panjang gelombang inframerah yg diserap oleh sesuatu bahan sampel utk membolehkan atom atau kumpulan atom dlm molekul sampel dikenal pasti; ~ jisim kaedah analisis utk menentukan jisim atom atau molekul dgn menggunakan spektroskop. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
spektroskopi jisim | kaedah analisis utk menentukan jisim atom atau molekul dgn menggunakan spektroskop. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
spektroskopi inframerah | kaedah analisis yg mengukur julat panjang gelombang inframerah yg diserap oleh sesuatu bahan sampel utk membolehkan atom atau kumpulan atom dlm molekul sampel dikenal pasti; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kimia analisis | cabang kimia yg berkaitan dgn pengenalpastian bahan (analisis kualitatif) dan penentuan peratus komposisi campuran atau juzuk sebatian tulen (analisis kuantitatif) dgn menggunakan kaedah spt volumetri, kolorimetri, kromatografi, spektroskopi, dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kimia | ilmu sains asas yg berkaitan dgn struktur, kelakuan, komposisi dan sifat tindak balas yg berlaku antara atom, ion, unsur, atau sebatian serta hukum-hukum yg menerangkan fenomena kimia; ~ analisis cabang kimia yg berkaitan dgn pengenalpastian bahan (analisis kualitatif) dan penentuan peratus komposisi campuran atau juzuk sebatian tulen (analisis kuantitatif) dgn menggunakan kaedah spt volumetri, kolorimetri, kromatografi, spektroskopi, dll; ~ fizik = ~ fizikal cabang kimia yg berkaitan dgn sifat dan perubahan fizik yg berlaku semasa tindak balas kimia; ~ gunaan cabang kimia yg berkaitan dgn penggunaan teknologi kimia utk memberi faedah secara langsung kpd industri atau utk kebajikan manusia; ~ haba cabang kimia yg menyelidiki banyaknya haba yg dikeluarkan atau diserap selama tindak balas kimia, termokimia; ~ hayat cabang kimia yg mengkaji proses dan bahan kimia yg ada kaitannya dgn kehidupan tumbuhan dan haiwan, biokimia; ~ nuklear cabang kimia yg berkaitan dgn perubahan di dlm nukleus atom; ~ organik cabang kimia yg mengkaji bahan yg mengandungi karbon (kecuali karbida logam, oksida karbon, dan sulfida karbon); ~ perindustrian cabang kimia yg berkaitan dgn penggunaan proses kimia dlm industri; ~ tak organik cabang kimia yg mengkaji bahan yg tidak mengandungi karbon; ahli ~ orang yg ahli dlm bidang kimia; baja ~ baja yg diperbuat dgn cara kimia; gabungan ~ percantuman bahan-bahan kimia menerusi proses kimia (perpaduan kimia); unsur ~ bahan yg tidak dapat dipecah-pecahkan menjadi bahan yg lebih ringkas (sederhana) dgn cara kimia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |