spontan | berlaku (bergerak, terjadi dll) serta-merta menurut gerak hati sendiri dan tidak dgn paksaan atau dgn desakan orang lain: Orang ramai secara ~ telah memberikan bantuan kpd mangsa-mangsa banjir itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
spontan | berlaku (bergerak, terjadi dll) serta-merta menurut gerak hati sendiri dan tidak dgn paksaan atau dgn desakan orang lain: Orang ramai secara ~ telah memberikan bantuan kpd mangsa-mangsa banjir itu. | Kamus Pelajar |
spontan | tidak dgn paksaan, dgn desakan atau gerak hati sendiri sahaja, berlaku atau tercetus dgn sendiri (tidak dgn dipaksa-paksa atau setelah dirancang-rancang): kita ingin melihat penyair-penyair secara ~ menyuarakan sesuatu yg berfaedah utk insan sejagat; penerimaan dan pengertian masyarakat terhadap sesuatu yg baru tidak selalunya ~; kespontanan keadaan spontan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
improvisasi | 1. perihal (perbuatan) melaksanakan atau membuat sesuatu tanpa persediaan awal, secara spontan, atau dgn menggunakan bahan-bahan yg ada sahaja: bangsawan dipersembahkan secara ~, memusatkan kebijaksanaan seseorang pelakon, dan pelakonlah sendiri yg mengatur aksi dan dialognya; 2. sesuatu yg dihasilkan tanpa persediaan awal, secara spontan, atau dgn menggunakan bahan-bahan yg ada sahaja; mengimprovisasi 1. membuat improvisasi: beliau menubuhkan kumpulannya dgn meminjam atau menyewa boneka drpd kumpulan lain dan ~ alat-alatnya drpd tin dan tong sbg gendang; 2. menggubah lagu, gurindam dsb ketika sedang bermain, membaca dsb, menggubah tanpa persediaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kespontanan | keadaan spontan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ekopraksia | (ékopraksia) (Psi) kecenderungan meniru gerak-geri seseorang secara spontan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tukang karut | orang yg paling penting dlm persembahan dikir barat, yg menyampaikan lagu dan pantun secara spontan dan agak rancak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tukang karut | orang yg paling penting dlm persembahan dikir barat yg menyampaikan lagu dan pantun secara spontan dan agak rancak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ekolalia | (ékolalia) 1. (Psi) kecenderungan seseorang mengulangi atau meniru kata-kata yg baru sahaja dituturkan oleh orang lain secara spontan disebabkan faktor spt kerosakan otak dan penyakit mental; 2. perbuatan meniru kata-kata orang lain oleh kanak-kanak yg ba | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpantang | 1. mempunyai pantang (tidak boleh makan dll sesuatu, tidak mahu atau tidak suka, tidak dapat atau tidak boleh): ~ ayam dan daging; 2. ada larangannya, tidak bebas: maka Hang Tuah pun keluar masuk tiada ~ lagi; jenaka Amerika timbulnya secara meluap-luap dan spontan, berbanding dgn jenaka Inggeris yg berpantang-pantang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |