[stan.dard] | ستندرد
Definisi : 1. Id panji-panji; 2. Id penopang yg berkaki (pd tiang bendera dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[stan.dard] | ستندرد
Definisi : 1. sesuatu yg diterima (diiktiraf) dan dijadikan dasar utk mengukur (menilai dsb) sesuatu yg lain (spt berat, isi padu, nilaian wang, mutu, dll), piawai: supaya tinggi mutu barangnya, tiap-tiap pengilang cuba menentukan supaya barang keluarannya itu memenuhi ~ yg tertentu; 2. taraf (kehidupan); 3. sesuatu yg dianggap tetap nilainya sehingga dapat digunakan sbg ukuran nilai (harga): ~ emas; 4. (bentuk bahasa, ejaan, dsb) yg betul (selaras) dan diterima oleh semua penuturnya, baku: bahasa (ejaan) ~; menstandardkan menjadikan standard (bahasa, ejaan, dsb), membakukan: usaha-usaha utk ~ bahasa Melayu telah lama dijalankan oleh DBP; penstandardan perihal menstandardkan, standardisasi, pembakuan: ~ tatabahasa bahasa Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[stan.dard] | ستندرد
Definisi : 1 bendera rasmi bagi seseorang raja atau ketua negara. 2 sesuatu yg dijadikan dasar utk sukatan (berat, panjang dll); piawai. 3 taraf atau darjah kebaikan sesuatu. 4 dpt diterima sbg yg rasmi atau yg sah (bkn ejaan dsb); baku: bahasa ~. menstandardkan menjadikan standard: ~ bahasa Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)