statut | undang-undang bertulis yg diluluskan oleh Parlimen atau badan lain yg berkuasa membuat undang-undang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
statutori | mengikut statut (undang-undang atau peraturan) tertentu yg telah ditetapkan, berkanun: terdapat peruntukan ~ khusus yg hanya terpakai kpd jurubank apabila mereka memungut dan membayar cek. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ordinan | perintah, peraturan, statut, dsb oleh sesuatu pihak berkuasa, undang-undang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkanun | ditubuhkan, dibenarkan dsb mengikut statut atau undang-undang tertentu: organisasi itu merupakan sebuah badan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
enakmen | (énakmen) undang-undang atau statut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kanun | undang-undang, hukum, peraturan; ~ adat hukum adat; ~ jenayah kanun keseksaan; ~ keseksaan undang-undang yg termaktub berhubung dgn perbuatan jenayah dan hukumannya; berkanun ditubuhkan, dibenarkan dsb mengikut statut atau undang-undang tertentu: organisasi itu merupakan sebuah badan ~; mengkanunkan menjadikan undang-undang, mewujudkan (mengiktiraf dsb) menerusi penggubalan undang-undang: Bahasa Melayu telah dikanunkan sbg bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yg tunggal; terkanun termaktub dlm undang-undang, telah dijadikan undang-undang; pengkanunan perihal (tindakan, proses, dsb) mengkanunkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |