stensilan | rakaman atau salinan yg dibuat dgn stensil. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
stensilan | rakaman yg dibuat dgn stensil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rakaman | sesuatu yg dirakamkan (cetakan, stensilan, sulaman, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
stensil | /sténsil/ alat utk merakamkan tulisan atau gambar. distensil disalin atau dirakamkan dgn menggunakan stensil. stensilan rakaman atau salinan yg dibuat dgn stensil. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
stensil | (sténsil) 1. helaian kertas atau kepingan nipis plastik, logam, dsb yg ditebuk utk menghasilkan huruf, reka bentuk, dsb apabila dakwat atau warna disapukan padanya; 2. helaian kertas berlilin yg digunakan pd mesin taip utk membuat stensil bagi mencetak huruf dsb; menstensil mencetak semula dgn stensil; stensilan rakaman yg dibuat dgn stensil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rakam | 1. hasil mengecap (bunga-bunga pd kain, huruf atau tanda yg dicetak, dll); 2. garis-garis berwarna pd kain tenun, suji atau sulam yg berwarna lain; 3. alur bunyi atau suara pd piring hitam atau pd pita (perakam pita); berakam dirakamkan: muzik yg sudah ~; merakam 1. mengecap, mencetak, mencorakkan (kain dll); 2. memberi garis-garis dgn warna lain (tenunan), menekat (dgn benang emas atau berwarna), menyuji, menyulam; 3. mengekalkan suara (bunyi, lagu, dll) pd piring hitam atau pita: jarum itu pun bergetar menurut bentuk alur-alur yg ada di piring itu dan getaran semendal itu mengeluarkan bunyi yg dirakam; ~ rompak merakam secara haram (tanpa membayar apa-apa kpd yg berhak); 4. Mn melekap, menempel, melekat (baju pd tubuh dll); merakamkan 1. mengecapkan, mencetakkan, menerakan, mencorakkan (kain dll); 2. menekatkan, menyulamkan, menyujikan; 3. mengambil bunyi (suara, nyanyian, dll) utk dicapkan (diterakan) pd piring hitam (pita rakam dll): ~ cerita-cerita pelipur lara; 4. me-lekatkan (menyematkan) dlm hati, menyimpan dlm hati; 5. melakukan dgn mencatatkan dll supaya (sesuatu itu) tersimpan utk ke-gunaan (rujukan dsb) pd suatu waktu kemudian kelak: sesiapa sahaja dapat ~ perkara-perkara yg berlaku dlm parlimen; novel ~ kehidupan masyarakat secara keseluruhan-nya; terakam 1. tercap, tercatat, tersurat (dlm perlembagaan, perjanjian, dll): hak-hak istimewa yg sudah ~ dlm perlembagaan; 2. tersirat dlm hati, terlekat dlm hati: kenangan-kenangan yg sedih itu sudah ~ dlm hatinya; 3. tercatat dan tersimpan (utk kegunaan, rujukan, dsb pd waktu kemudian); rakaman sesuatu yg dirakamkan (cetakan, stensilan, sulaman, dll); perakaman proses merakamkan sesuatu, perekodan: ~ data; perakam sesuatu yg merakamkan, alat merakam: akhbar dan majalah ialah media utama serta ~ penting peristiwa-peristiwa yg berlaku di negara kita; ~ pita alat merakam yg menggunakan pita. | Kamus Dewan Edisi Keempat |