sumber perkakasan(hardware resource) | Sumber pada komputer yang berkaitan dengan perkakasan, seperti CPU, ruang storan utama, ruang storan sokongan, dan peranti input/output yang diperlukan untuk memproses data dengan cekap secara automatik. | Kamus Komputer |
penghalaman tuntut(demand paging) | Sistem pemindahan halaman dalam sistem ingatan maya yang memindahkan halaman dari storan luaran ke dalam storan utama apabila halaman tersebut diperlukan sewaktu perjalanan sistem. | Kamus Komputer |
storan massa | ist tempat simpanan data komputer dlm jumlah yg besar yg sedia dicapai oleh unit pemprosesan pusat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
storan data | ist tempat simpanan data dlm sesuatu sistem komputer. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
storan | 1. simpanan barang dsb (dlm sesuatu tempat utk digunakan apabila diperlukan); 2. (Komp) peranti ingatan yg digunakan utk menyimpan data komputer. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
storan | sesuatu yg distorkan (dibayarkan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
storan pembilang(counter storage) | 1. Tempat simpanan dalam ingatan yang dikhaskan untuk pembilang. 2. Penyimpanan nilai bilangan ke dalam ingatan. | Kamus Komputer |
storan meruap(volatile storage) | Lihat ingatan meruap. | Kamus Komputer |
storan luar talian(off-line storage) | Ingatan simpanan komputer yang tidak lagi berada di bawah kawalan langsung unit pemprosesan utama. | Kamus Komputer |
storan komputer(computer store) | Peranti ingatan yang digunakan untuk menyimpan data komputer. | Kamus Komputer |