anak-beranak | 1. sekeluarga (ibu bapa dan anak-anak mereka): dialah yg membantu kami ~; 2. suami atau isteri serta anak-anak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anak | 1 baka yg diturunkan oleh ibu dan bapa; keturunan yg kedua: ~nya belum bersekolah lagi. 2 manusia yg masih kecil. 3 binatang atau pokok yg masih kecil. 4 orang yg berasal dr sesebuah negeri atau daerah: ~ Pahang; ~ Perak. 5 sesuatu yg lebih kecil drpd yg lain: ~ bukit; ~ jari. ~ Adam manusia. ~ angkat anak yg diambil dan dianggap sbg anak sendiri. ~ ayat ayat kecil yg ada subjeknya serta predikatnya tetapi menjadi sebahagian drpd ayat yg lebih besar; klausa. ~ baju baju dalam. ~ bini (isteri) anak dan isteri. ~ buah a. orang-orang yg termasuk dlm sesuatu keluarga. b. pekerja dlm kapal dll. ~ dacing batu penimbang pd dacing. ~ damak peluru sumpitan. ~ dapat anak yg diambil atau dipungut dr tepi jalan dan dijaga spt anak sendiri. ~ dara (gadis) anak perempuan yg sudah akil baligh tetapi belum berkahwin; perawan. ~ didik seseorang yg dididik, dibimbing atau dilatih supaya cekap dlm mengendalikan sesuatu atau mahir dlm sesuatu bidang. ~ haram (gampang) anak yg dilahirkan luar nikah. ~ jati seseorang yg dilahirkan dan biasanya dibesarkan di sesuatu tempat, kampung, negeri dsb. ~ kandung anak sendiri. ~ kapal pekerja dlm kapal. ~ kunci alat utk membuka kunci. ~ lidah (tekak) daging yg terjuntai pd pangkal kerongkong. ~ luar nikah anak yg dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan yg sah antara ibu dan bapanya; anak haram. ~ mata bahagian yg kecil dan bulat di tengah-tengah bola mata. ~ muda orang yg masih muda; pemuda atau pemudi. ~ murid orang yg masih belajar di sekolah dsb. ~ pagar tiang pagar. ~ panah peluru panah. ~ patung barang permainan kanak-kanak yg berupa orang; boneka. ~ saudara anak kpd saudara. ~ serigala pasukan pengakap bagi kanak-kanak yg berumur bawah 12 tahun. ~ sulung anak yg tertua. ~ sumbang anak hasil drpd perbuatan sumbang antara orang-orang yg haram berkahwin. ~ sungai sungai yg kecil. ~ tangga bahagian tangga yg dipijak. ~ telinga bahagian telinga luar yg terletak di hadapan daun telinga di sebelah pelipis. ~ teruna pemuda. ~ timbangan batu (besi) dgn berat tertentu sbg pengukur berat barang yg ditimbang. ~ tunggal satu-satunya anak kpd sepasang suami isteri. ~ yatim anak yg bapanya sudah meninggal. anak-anak 1 orang yg masih kecil; anak kecil; kanak-kanak: Dia belum mengerti, masih ~ lagi. 2 = anak-anakan barang permainan kanak-kanak yg berupa orang; anak patung; boneka. beranak 1 melahirkan anak: Isterinya baru saja ~ di hospital. 2 mempunyai anak: Ia sudah ~ empat, tetapi rupanya masih muda. 3 dgn anak: Dia tiga ~ tinggal di pondok itu. memperanakkan melahirkan (anak): Dia diperanakkan di negeri Kedah. keanak-anakan spt anak-anak (ttg kelakuan): Kelakuannya masih ~ walaupun usianya sudah lanjut. peranakan 1 pundi-pundi tempat anak dikandung dlm perut; rahim. 2 keturunan drpd anak negeri yg berkahwin dgn orang asing: ~ India; ~ Cina. 3 orang asing yg dilahirkan di negara kita: Cina ~ Cina yg dilahirkan di negara kita. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
anak | 1. baka yg diturunkan oleh ibu dan bapa; keturunan yg kedua: ~nya belum bersekolah lagi. 2. manusia yg masih kecil. 3. binatang atau pokok yg masih kecil. 4. orang yg berasal dr sesebuah negeri atau daerah: ~ Pahang; ~ Perak. 5. sesuatu yg lebih kecil drpd yg lain: ~ bukit; ~ jari. ~ Adam manusia. ~ angkat anak yg diambil dan dianggap sbg anak sendiri. ~ ayat ayat kecil yg ada subjeknya serta predikatnya tetapi menjadi sebahagian drpd ayat yg lebih besar; klausa. ~ baju baju dalam. ~ bini (isteri) anak dan isteri. ~ buah a. orang-orang yg termasuk dlm sesuatu keluarga. b. pekerja dlm kapal dll. ~ dacing batu penimbang pd dacing. ~ damak peluru sumpitan. ~ dapat anak yg diambil atau dipungut dr tepi jalan dan dijaga spt anak sendiri. ~ dara (gadis) anak perempuan yg sudah akil baligh tetapi belum berkahwin; perawan. ~ haram (gampang) anak yg dilahirkan di luar nikah. ~ kandung anak sendiri. ~ kapal pekerja dlm kapal. ~ kunci alat utk membuka kunci. ~ lidah (tekak) daging yg terjuntai pd pangkal kerongkong. ~ mas (emas) a. anak hamba yg diangkat sbg anak oleh tuannya. b. orang yg dikasihi oleh ibu bapanya atau majikannya. ~ mata bahagian yg kecil dan bulat di tengah-tengah bola mata. ~ muda orang yg masih muda; pemuda atau pemudi. ~ murid orang yg masih belajar di sekolah dsb. ~ pagar tiang pagar. ~ panah peluru panah. ~ patung barang permainan kanak-kanak yg berupa orang; boneka. ~ saudara anak kpd saudara. ~ serigala pasukan pengakap bagi kanak-kanak yg berumur di bawah 12 tahun. ~ sulung anak yg tertua. ~ sumbang anak hasil drpd perbuatan sumbang antara orang-orang yg haram berkahwin. ~ sungai sungai yg kecil. ~ tangga bahagian tangga yg dipijak. ~ telinga bahagian telinga luar yg terletak di hadapan daun telinga di sebelah pelipis. ~ teruna pemuda. ~ tiri anak kpd isteri atau suami sendiri dengan suami atau isterinya yg dahulu. ~ tunggal satu-satunya anak kpd sepasang suami isteri. ~ yatim anak yg bapanya sudah meninggal. anak-anak 1. orang yg masih kecil; anak kecil; kanak-kanak: Dia belum mengerti, masih ~ lagi. 2 = anak-anakan barang permainan kanak-kanak yg berupa orang; anak patung; boneka. beranak 1. melahirkan anak: Isterinya baru saja ~ di hospital. 2. mempunyai anak: Ia sudah ~ empat, tetapi rupanya masih muda. 3. dgn anak: Dia tiga ~ tinggal di pondok itu. memperanakkan melahirkan (anak): Dia diperanakkan di negeri Kedah. keanak-anakan spt anak-anak (ttg kelakuan): Kelakuannya masih ~ walaupun usianya sudah lanjut. peranakan 1. pundi-pundi tempat anak dikandung dlm perut; rahim. 2. keturunan drpd anak negeri yg berkahwin dgn orang asing: ~ India; ~ Cina. 3. orang asing yg dilahirkan di negeri kita: Cina ~ Cina yg dilahirkan di negeri kita. | Kamus Pelajar |
mak I | 1. singkatan bagi emak; sudah boleh jadi ~ budak sudah cukup besar dan dewasa utk menjadi seorang ibu; 2. panggilan atau sebutan utk orang perempuan yg lebih tua (yg ada hubungan kekeluargaan atau yg kerana umurnya patut dipanggil ibu): ~ andam a) perempuan yg mengandam (memepat serta mencukur rambut di dahi) pengantin perempuan; b) perempuan yg kerjanya menghias pengantin perempuan; ~ ang-kat = ~ pungut Id perempuan yg mengambil serta memelihara anak orang spt memelihara anaknya sendiri, ibu angkat; ~ bonda perempuan tua yg berlagak spt orang muda; ~ bongsu (cu, su, usu) adik perempuan kpd ibu atau kpd bapa yg bongsu; ~ buyung a) perempuan yg suka bercerita (terutama kpd kanak-kanak); b) sebutan kpd perempuan hamil; c) barua, muncikari, jaruman, pinang muda; ~ cik (kecil) a) mak muda, bibi; b) panggilan kpd perempuan (yg bukan berkeluarga dgn kita) yg sudah separuh umur; ~ kopek (tetek) inang pengasuh; ~ labu perempuan yg sedang mengandung; ~ long emak saudara yg sulung; ~ mek Kd isteri; ~ mentua ibu kpd isteri atau suami; ~ muda (da, uda) a) adik perempuan ibu atau bapa, mak kecil; b) isteri yg muda; ~ nam singkatan dr sebutan mak andam; ~ ngah (tengah) saudara perempuan ibu atau bapa yg tengah; ~ nyah bp panggilan kpd golongan pondan; ~ saudara saudara perempuan ibu atau bapa; ~ tiri ibu tiri; ~ tua (wa) a) saudara perempuan ibu atau bapa yg lebih tua; b) isteri bapa yg tua; emak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tumbuk I | 1. = penumbuk alat utk memukul sesuatu supaya hancur atau lumat (alu, anak gobek, dll); 2. sesuatu yg dikuliti dll dgn antan atau alu: beras ~; kacang ~; ~ bedil satu cara meninju (dlm pencak); ~ kasau papan yg dipasang selari dgn kasau jantan (utk menutup bahagian tepi tebar layar); ~ lada sj senjata tajam Melayu (spt pisau atau badik); ~ rusuk (perbuatan) rasuah; ~ tanak segala pekerjaan rumah tangga; setumbuk ki sepadan, sesuai benar; orang ~ bagai gelang ki orang yg sama padan (suami isteri dll); bertumbuk 1. saling meninju (antara dua orang yg berkelahi dll), bergocoh, bertinju: mereka berpandangan spt ingin ~; 2. yg ditumbuk (tidak digiling atau dikisar): raja China tiada makan beras ~ sampai sekarang; 3. berlanggar atau berlaga (dgn), bertubrukan (dgn): hampir ~ hidungnya dgn Leman; 4. terlanggar atau terbentur (pd): lututnya ~ dgn kaki meja; 5. bertemu (dgn), terjumpa (dgn): suatu hari nanti dia akan ~ dgn beberapa kesulitan yg akan menyusahkan dirinya; 6. bertembung (dgn), bertaut (dgn), bersambung (dgn): tiba-tiba ~lah pandangannya dgn pandangan Tuan Direktor yg telah berdiri di pintu; 7. berbetulan dgn (waktunya), bertepatan dgn, bersamaan dgn; menumbuk 1. memukul dgn alu dll supaya hancur (terkelupas dll): ia sedang ~ padi; beras yg aku makan itu hendaklah dikupas olehmu, jangan lagi ditumbuk; 2. memukul dgn buku tangan, meninju, menggocoh: dia sangat marah lalu ~ muka orang itu; 3. melanggar akan, membentur kpd, menubruk: dia telah mendapat luka-luka apabila kereta yg dipandunya ~ seekor kerbau yg sedang melintas jalan; 4. Mn ark berjalan kaki, menapak; ~ dlm lesung, bertanam di periuk prb mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya; bagai ~ padi hampa prb hal seseorang yg terbilang kekayaannya tetapi yg sebenarnya dia miskin; menumbuk-numbuk menumbuk beberapa kali atau berulang kali: dia pun meratap serta ~ dan menampar-nampar dadanya; menumbukkan 1. menumbuk sesuatu utk, menyuruh tumbuk pd: ia ~ ibu sirih; 2. melanggarkan sesuatu pd, melandakan, membenturkan, menubrukkan; 3. memukulkan buku tangan pd, menggocohkan, meninjukan, 4. menikamkan atau menusukkan pd: jika tiada lembing ini ditumbukkan di dada bukannya hamba anak laki-laki; tertumbuk 1. terlanggar (terbentur, tertubruk); 2. sudah ditumbuk (dikupas, dilumatkan, dll); 3. terpukul (dgn buku tangan), ter-tinju; 4. telah sampai ke hadnya, sampai (pd), terbentur, tersuntuk; ~ akal (fikiran) sudah suntuk akal (tidak tahu apa yg harus dibuat dll); 5. boleh atau dapat diketemui, terjumpa (dgn, pd); 6. tertumpu pd (pandangan dll): pandangannya ~ pd serumpun pohon mawar yg tumbuh di sela-sela rumput; ~ bermuka-muka bertemu muka, bersemuka; ~ biduk dikelokkan, ~ kata difikiri prb kalau tersilap mengerjakan sesuatu pekerjaan atau tidak dapat diteruskan hendaklah dicari jalan lain; tumbukan 1. sesuatu yg ditumbuk; 2. perihal menumbuk, pelanggaran, tubrukan; 3. perbuatan memukul dgn buku tangan: dgn meng-gunakan kecergasan dan ~ tangan kirinya yg berbahaya ia telah mengalahkan Zora Folley; bertumbukan ki bertentangan dgn, berlawanan: mereka menceburkan diri ke dlm pergerakan politik, ~ dgn ‘Secret Service’ penjajahan dunia; penumbukan perihal menumbuk, perbuatan menumbuk; penumbuk 1. orang yg menumbuk (padi dll); 2. alat utk menumbuk (padi dll): lesung ~ padi; 3. kepalan tangan (utk menumbuk orang dll), buku tangan: dia meronta drpd pegangan Dolah, sebelah tangannya mengepal ~; Muhammad Ali tetap menyukarkan lawannya utk melepaskan sesuatu ~ kepadanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ibu | 1 orang yg melahirkan kita; emak: ~ mana yg tak sayang akan anaknya. 2 panggilan yg lebih hormat utk wanita (terutamanya yg sudah bersuami atau yg telah berumur). 3 bahagian yg terbesar atau terpenting pd sesuatu; pusat: ~ pejabat; rumah ~. ~ ayam perempuan yg memperdagangkan pelacur. ~ bapa orang tua (yakni emak dan ayah). ~ jari, = ~ tangan jari tangan yg terbesar dan pendek. ~ kaki jari kaki yg terbesar. ~ kandung emak benar. ~ kota (negara, negeri) kota yg menjadi pusat pemerintahan sesebuah negara. ~ mentua ibu kpd isteri atau suami. ~ Mithali a. gelaran utk ibu yg dpt mendidik anak-anaknya sehingga berjaya (dr segi akademik, moral, agama dsb). b. wanita yg menerima gelaran Ibu Mithali. ~ pertiwi tanah tempat tumpah darah; negeri sendiri. ~ roti ragi yg digunakan utk menaikkan adunan roti. ~ saudara adik perempuan atau kakak kpd ibu (bapa) kita. ~ sawat (telekom) pusat suis yg merangkaikan atau menghubungkan talian-talian telefon. ~ susu ibu yg menyusui kanak-kanak yg bukan anaknya. ~ tiri isteri bapa yg bukan ibu sendiri. ~ tunggal wanita bergelar ibu yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran suami kerana perceraian, kematian dsb. beribu ada ibunya; menganggap sbg ibu: Hasan sudah tidak ~ lagi. beribukan mempunyai sbg ibu: Anak ayam itu ~ itik. keibuan sifat-sifat sejati seorang ibu (lemah lembut, pengasih dsb): Sifatnya yg ~ itu telah menambat hati anak muridnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ibu I | 1. orang yg melahirkan kita, emak: tiap-tiap bulan, dia mengirim wang kpd ~nya di kampung; 2. panggilan hormat terhadap wanita yg telah berumur atau wanita yg bersuami: kaum ~ dipersilakan duduk di hadapan; 3. bahagian yg besar (induk, utama, pusat, dll) drpd sesuatu (spt pejabat dll); rumah ~ bahagian yg besar atau bahagian tengah sesebuah rumah; 4. ki inti: surah al-Fatihah sbg ~ kpd al-Quran; ~ afrit ketua dlm satu kumpulan budak-budak nakal; ~ ayam perempuan yg memperdagangkan pelacur; ~ haruan orang yg suka mengusik atau menyakat orang lain (biasanya kanak-kanak); ~ jari = ~ tangan jari yg besar antara jari-jari tangan; ~ kaki jari yg besar antara jari-jari kaki; ~ kandung ibu yg sebenar; ~ keladi orang tua yg masih berkelakuan spt orang muda-muda; ~ kelung gajah betina yg digunakan utk memikat gajah liar; ~ kota = ~ negara = ~ negeri bandar yg menjadi pusat pemerintahan sesebuah negeri; ~ kuih ragi (benda yg dibubuh dlm adunan supaya kuih naik); ~ mentua ibu kpd isteri (suami); ~ mutiara bahan yg keras, licin dan berkilat yg menjadi lapisan atau selaput kulit tiram terutamanya digunakan utk membuat butang, barang perhiasan, dll; ~ panah busar; ~ pasir pasir yg kasar-kasar; ~ pejabat pejabat besar; ~ pemalas orang yg sangat malas; ~ pembohong orang yg selalu bercakap bohong; ~ pertiwi negeri tempat tumpah darah (negeri sendiri); ~ roti sj yis yg menjadikan doh roti naik, kembang dan gebu; ~ saraf pusat urat saraf; ~ saudara adik perempuan atau kakak kepada ibu (bapa) kita; ~ sawat (telekom) pusat suis atau pensuisan yg merangkaikan atau menghubungkan talian-talian telefon: kegunaan telefon tanpa dail memerlukan sambungan oleh operator di ~ sawat telekom; ~ sungai sungai besar yg mempunyai beberapa buah anak sungai; ~ suri bonda raja; ~ susu perempuan yg menyusui seseorang kanak-kanak yg bukan anaknya sendiri; ~ tangga kayu (buluh) tempat anak tangga dipakukan atau diikat; ~ tunggal wanita bergelar ibu yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran suami kerana perceraian, kematian dsb; spt anak ayam kehilangan ~ prb rakyat yg berpecah-belah atau hilang akal kerana kehilangan pemimpin (kesusahan kerana bercerai dgn sahabat karib); beribu 1. mempunyai ibu; 2. menganggap sbg ibu; beribukan mempunyai sbg ibu: isteri yg ~ orang berharta; keibuan sifat-sifat ibu, kewanitaan: perasaan ~ memang cepat tumbuh di kalangan anak-anak perempuan; peribuan perindukan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rumah I | 1. binaan utk tempat tinggal; ahli (orang) ~ a) isteri; b) ahli keluarga yg tinggal di rumah; anjung ~ bahagian depan rumah yg menganjur; elaun ~ elaun sewa rumah utk pegawai; nyonya ~ Id isteri; perkakas ~ a) bahan utk membuat rumah; b) perabot; tuan ~ pemilik rumah; 2. (biasanya dipakai apabila memberi nama kpd sesuatu bangunan dgn erti) bangunan, gedung: R~ Persekutuan; 3. ki pasukan atau kumpulan dlm olahraga (di sekolah dll): sebuah sekolah selalunya dibahagikan kpd empat ~ dan ~-~ itu diberi nama warna misalnya ~ merah, ~ biru, dll; 4. = ~ angka bahagian dlm susunan angka, ruang, kolum: ~ se; ~ puluh; ~ ratus; ~ adat balairung; ~ Allah a) bangunan khas tempat umat Islam mengerjakan solat dan ibadat-ibadat lain, iaitu masjid dan surau; b) Kaabah; ~ api menara api (mercu suar); ~ asap bangunan atau tempat khas utk mengeringkan atau mengawet sesuatu (spt getah, tembakau, ikan dsb) dgn mengasapinya; ~ bandar a) rumah bertingkat yg sama bentuknya dan dibina bercantum dlm satu deretan, biasanya setiap tingkat merupakan satu unit rumah; b) rumah teres satu atau dua setengah tingkat yg kelihatan tinggi dan agak sempit, terletak di kawasan bandar atau pinggir bandar, bereka bentuk moden, biasanya mempunyai anjung kereta di tingkat bawah serta ruang tamu di tingkat satu; ~ batu rumah yg berdinding batu-bata; ~ berhala kuil (tempat memuja berhala); ~ besar a) rumah yg besar; b) rumah yg pokok (sbg ibu atau induk); ~ bicara Id bangunan tempat bermesyuarat; ~ bola Id rumah tempat bermain biliard, rumah kelab; ~ butang (kancing) lubang tempat memasukkan butang (buah kancing) baju; ~ dansa Id rumah tempat berdansa (menari), kabaret; ~ dapur bahagian rumah yg di belakang (tempat memasak); ~ gadai (pajak) rumah tempat menggadaikan barang-barang; ~ gedang Mn rumah ibu (induk) sbg tempat tinggal kaum keluarga; ~ gila rumah tempat merawat orang gila; ~ hantu tempat pertemuan ahli persatuan Freemason; ~ haram rumah yg didirikan tanpa kebenaran pihak yg berkuasa (tuan punya tanah dll); ~ hijau rumah kaca; ~ ibadat (ibadah) rumah tempat beribadat (masjid, gereja, kuil); ~ ibu bahagian yg utama rumah Melayu, rumah induk, rumah gedang; ~ instansi Id rumah utk pegawai kerajaan; ~ jaga pondok tempat berkawal (tempat pengawal berteduh), gardu; ~ judi tempat berjudi, petopan; ~ kaca bangunan khas yg bumbung dan dindingnya drpd kaca, digunakan utk melindungi tanaman tertentu dlm keadaan yg terkawal; ~ kampung bp (biasanya) rumah yg diperbuat drpd kayu yg berlantai tinggi dan beratapkan rumbia (nipah dll); ~ kedai rumah dan kedai sekali (biasanya rumah deret di bandar), bangunan utk kedai; ~ kembar rumah yg dua serangkai (sebandung); ~ kilat bp rumah haram yg didirikan dgn cepat (biasanya pd waktu malam); ~ kit tempat menghisap candu; ~ komedi Id panggung sandiwara; ~ kutai sj rumah tradisional Melayu Perak; ~ ladang tempat kediaman yg didirikan di kawasan ladang yg mengusahakan tanaman atau ternakan, biasanya secara komersial; ~ lelang Id rumah tempat melelong barang-barang; ~ liar bp rumah haram; ~ limas = ~ bumbung lima rumah yg mempunyai lima tulang bumbung (satu ruang atau bilik menganjung ke hadapan); ~ loteng (berloteng) rumah yg bertingkat; ~ makan kedai tempat makan; ~ minum kedai tempat minum (menjual minuman); ~ miskin rumah tempat merawat orang miskin; ~ monyet rumah jaga (gardu kecil); ~ murah rumah yg murah harganya (dibangunkan oleh kerajaan utk dijual kpd orang ramai yg berpendapatan rendah); ~ panggung rumah yg tinggi lantainya; ~ pangsa rumah yg bertingkat-tingkat dan berpetak-petak (tempat kediaman banyak keluarga); ~ panjang a) rumah kediaman orang Iban, Bidayuh dsb di Borneo; b) rumah pelacuran; ~ pasang siap rumah yg dibina dgn beberapa bahagiannya telah tersedia utk dipasang dan disiapkan di tapak binaan; ~ pasung a) balai polis; b) rumah tempat menahan orang salah; ~ pelacuran rumah tempat sundal; ~ penginapan (pemalaman ark) rumah tempat bermalam (hotel, motel, dll); ~ penjelasan (Eko) a) pusat pertukaran cek antara bank utk tujuan menjelaskan cek; b) pusat yg menguruskan penjelasan bagi urus niaga yg dijalankan di pasaran sekuriti atau komoditi; ~ perdeo (perai) Id, bp penjara; ~ perhentian rumah tempat berhenti (berehat, bermalam, biasanya kepunyaan kerajaan); ~ pesanggarahan Id = ~ persinggahan rumah perhentian; ~ petak rumah deret; ~ piatu rumah yg menempatkan anak-anak yatim piatu; ~ potong = ~ sembelih tempat menyembelih (lembu, kerbau, dll), pembantaian, pejagalan; R~ Putih nama bangunan tempat kediaman Presiden Amerika Syarikat; ~ rehat bangunan (yg disediakan oleh kerajaan) yg memberi kemudahan penginapan (spt hotel) terutamanya utk kakitangan kerajaan; ~ sakit tempat merawat orang sakit, hospital; ~ setinggan rumah yg didirikan di atas tanah kerajaan (orang lain) secara haram atau tanpa kebenaran, biasanya di kawasan bandar dan tidak sempurna kemudahan asasnya; ~ sewa rumah utk disewakan; ~ siput kulit siput; ~ tanaman rumah kaca; ~ tengah bahagian rumah Melayu yg di tengah; ~ terbuka majlis makan dan ramah mesra di rumah seseorang yg terbuka kpd sahabat handai dsb (biasanya semasa musim perayaan, spt perayaan Aidilfitri); ~ teres rumah yg dibina yg satu di sisi yg lain (sehingga menjadi deretan yg terdiri drpd beberapa buah atau unit rumah); ~ tetamu rumah yg memberi penginapan; ~ tumpangan rumah tempat menumpang makan dan tidur, hotel kecil (lazimnya menyediakan penginapan pd kadar murah); ~ turutan rumah samping (bukan rumah induk); ~ ubat Id kedai tempat menjual ubat-ubatan; ~ urut a) rumah tempat berurut; b) rumah pelacuran; ~ buruk disapu cat prb orang tua yg suka bersolek; ~ gedang ketirisan prb perihal seorang perempuan yg kurang membawa bahagia kpd suami; ~ gedang bersendi perak prb orang bangsawan dan kaya pula; ~ sudah, tukul (pahat) berbunyi prb mengemukakan pendapat dll sesudah perkara diputuskan; dalam ~ membuat ~ prb mencari keuntungan utk diri sendiri ketika bekerja dgn orang lain; diseluduki bawah ~ orang berluluk kepala = masuk ke bawah ~ orang kotor kepala prb kalau tinggal di tempat orang tentu diisi adat lembaganya atau kalau beristeri ke sebuah rumah, tentu ditanggung susah senang dll di rumah itu; memperlihatkan ~ buruk kpd orang maling prb mempertontonkan rahsia sendiri kpd orang; tiada berorang di ~ prb perihal seorang perempuan yg belum pernah bersuami tetapi bukan gadis lagi; serumah 1. seisi rumah, seluruh rumah; 2. tinggal dlm satu rumah: kedua-dua perempuan itu hiduplah ~, seorang di atas loteng dan seorang di bawah; 3. sudah kahwin (beristeri atau bersuami); menyerumahkan meletakkan (menaruhkan) dlm satu rumah: apakah dia akan diserumahkan dgn madunya? rumah-rumah 1. banyak rumah; 2. = rumah-rumahan sesuatu yg menyerupai rumah atau boleh disamakan dgn rumah, tiruan drpd rumah; berumah 1. mempunyai (memiliki) rumah: seorang muda yg berkedudukan tinggi, berbudi bahasa, dan ~ besar; 2. = ~ tinggal diam (tinggal) di: ia lebih suka ~ di Ulu Langat; 3. = berumah tangga; bagai ~ di tepi tebing prb selalu tidak aman hatinya (selalu keluh-kesah dll); berumahkan menjadikan sbg rumah: orang Arab yg hidup ~ khemah yg dibuat drpd kulit unta; memperumahkan mengahwinkan (memperisterikan, mempersuamikan): lebih lekas anakanda diperumahkan lebih elok; perumahan 1. kumpulan rumah, rumah-rumah tempat tinggal: Petaling Jaya sebuah kota kecil ~ dan perusahaan; syarikat ~ syarikat yg mendirikan rumah-rumah (utk ahli-ahli atau utk dijual); 2. perihal pengurusan tempat tinggal (rumah): masalah ~ sedikit sebanyaknya sudah dapat diatasi dgn pembinaan rumah-rumah pangsa; pejabat ~ pejabat yg mengurus rumah pegawai kerajaan; 3. tanah kosong (tapak) utk mendirikan rumah: kawasan ~ baharu di Kampung Tunku; 4. = perumah kayu tempat mata ketam (serut); 5. Mn ark pendirian, maksud: ~mu sudah jelas kini; perumah (Bio) tumbuhan atau haiwan yg digunakan oleh parasit sbg tempat tinggalnya, serta sbg sumber makanan dan perlindungan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mati I | 1. tidak bernyawa lagi, tidak hidup lagi: biar kita ~ tidak bernisan jangan kita hidup tidak bersopan; timbunan kayu ~; 2. tidak pernah hidup (barang-barang spt batu dll): tidak bernyawa; 3. tidak terus atau tembus (jalan, lubang, dll): jalan itu ~; pintu itu tertutup ~; 4. tidak dapat diubah lagi (harga, simpulan, dll): 5. tidak mempunyai air lagi (perigi dll); 6. tidak menyala lagi (api, lampu dll); lampu sudah ~; matahari ~; 7. tidak bergerak atau berjalan lagi (mesin dll): jam itu ~; 8. tidak bergiat atau aktif lagi (pergerakan, pertubuhan dll): parti itu sudah lama ~; 9. tidak ramai lagi (bandar dll): negeri yg sudah ~; 10. tidak digunakan lagi (bahasa dll): bahasa Latin ialah bahasa ~; 11. tidak bertiup lagi (angin dll): angin sudah ~; 12. tidak dapat berasa lagi (kulit dll); kulit ~; 13. tidak dapat berfikir lagi, buntu (fikiran): fikirannya ~ sebentar; 14. terhenti (percakapan dll): percakapannya ~ di situ sahaja kerana seorang pengemis lain datang meng-ganggu; ~ air direbus (daging, ikan, dll) sehingga air rebusan hampir kering sebelum digulai: da-ging itu belum lagi digulai, baru ~ air saja; ~ akal buntu fikiran (tidak dapat menyelesaikan masalah yg dihadapi); ~ andar a) mati dgn tidak diketahui sebab (atau pembunuhnya); b) mati dgn tidak disembelih (binatang); ~ angin ki tidak mempunyai kuasa utk berbuat apa-apa (kerana lemah, tidak ada semangat, dll); ~ ayam bp mati dgn sia-sia; ~ balik hidup selamat setelah mengalami bahaya besar (atau penyakit yg teruk); ~ bebang = ~ terbebang = ~ kekebangan mati kerana anak yg hendak dilahirkan itu tidak dapat keluar; ~ beranak mati ketika bersalin; ~ berangan (berangai suri) kelihatannya mati sebenarnya tidak; ~ berdarah mati dgn menumpahkan darah (kerana ditikam, ditembak, dll); ~ berugam Kl mati tetapi tidak hancur mayat atau bangkainya; ~ bersebab mati dgn tidak sepatutnya; ~ katak mati spt katak dan tidak siapa yg mempedulikannya; ~ kera sudah dipotong tetapi belum kering lagi (kayu); ~ konyol (percuma) mati dgn sia-sia; ~ kumlah (hukumullah) mati dgn sepatutnya (spt terlalu tua dll); ~ kutu(nya) tidak dapat berbuat apa-apa lagi; ~ lemas mati kerana tidak dapat bernafas (spt tenggelam dlm air, kena gas, dll); ~ mampus (modar) bp mati dgn sertamerta; ~ mawai ark mati menggeletak; ~ pucuk a) mati pucuknya (tumbuh-tumbuhan); b) tidak ada lagi tenaga kelaki-lakian (lemah zakar); ~ raga menguatkan hati dgn mengetepikan segala keseronokan; ~ rasa tidak mempunyai perasaan lagi; ~ salai mati lemas (kerana asap, panas, dll); ~ seladang sehidup semati bkn suami isteri (tidak bermadu dll); ~ sesat (syirik) mati dgn cara yg tidak diredai Allah (kerana membunuh diri dll); ~ syahid mati kerana Allah (kerana membela agama dll); ~ anak berkalang bapak, ~ bapak berkalang anak prb anak dan bapa mestilah tolongmenolong pd masa kesusahan; ~ dicatuk katak prb orang yg berkuasa dikalahkan (dihina) oleh orang yg lemah; ~ gajah tiada dapat belalainya, ~ harimau tiada dapat belangnya prb tahu membuat pekerjaan yg jahat dan tahu menyembunyikan dan menghilangkannya; ~ ikan kerana umpan, ~ saya kerana budi prb manusia dapat dipujuk dgn mulut manis atau dgn budi baik; ~-~ ber-dakwat biar hitam prb tiap-tiap pekerjaan janganlah kepalang (janganlah dikerjakan separuh jalan); ~ tidak akan menyesal luka tidak akan menyiuk prb sudah bulat hati utk melakukan sesuatu dan tidak akan mengumpat atau menyesal kemudiannya; kita semua ~ tetapi kubur masing-masing prb lain orang lain fikirannya; spt orang ~, jikalau tiada orang mengangkat bilakan bergerak prb sese-orang yg daif jika tiada orang menolongnya akan susahlah ia; mati-matian 1. dgn bersungguh-sungguh, dgn segala daya upaya, dgn genap tenaga: mereka berjuang ~ mempertahankan negara; 2. tidak sebenarnya mati, pura-pura mati, mati olok-olok; bermati-mati, bermati-matian bersungguhsungguh (mengerjakan sesuatu), dgn segala daya upaya, dgn segenap tenaga: kakanda bekerja ~ siang dan malam, pergi ke sana ke mari dgn tidak mengendahkan penat dan lelah; rakyat sekarang ~ berjuang utk kemerdekaan; bermatikan; ~ diri pura-pura mati; mematikan 1. membunuh: ada kalanya gula juga akan ~ semut; 2. ki menjadikan mati (buntu, luput, tidak berubah, tidak bergerak, dll): pengemis itu ~ langkahnya; sete-lah ~ enjin skuternya, dia pun naik ke rumah; 3. (Mat) membahagi sebarang pengatas dan sebarang pembawah dgn angka yg sama; kematian 1. perihal mati: orang ke surau dia turut sama, orang ~ dia bersama-sama membuat apa-apa yg patut; angka ~ angka yg menunjukkan jumlah orang yg telah mati; surat ~ surat keterangan bkn orang yg telah meninggal dunia; 2. menderita (menanggung) kerana seseorang atau sesuatu yg mati: ja-nganlah tersangat risaukan ~ anak kita itu; ~ angin tidak ada angin lagi (orang dlm pelayaran); kemati-matian 1. kelihatan spt sudah mati: dia pengsan ~ lakunya; 2. sampai mati (mengerjakan sesuatu), mati-matian; pemati sesuatu yg digunakan utk mematikan (jahitan, simpulan, dll), pengukuh, pengetat (skru dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sama | 1. tidak berbeza atau berlainan (rupa, keadaan, dll), serupa: bajunya ~ dgn baju saya; dua kali dua ~ dgn empat; pangkatnya ~ tinggi dgn pangkat saya; 2. (turut) serta, bersaing (dgn orang lain) melakukan sesuatu: penjaga kedai turut ketawa ~ apabila men-dengar cerita itu; 3. yg setanding (setaraf dsb) dgn, setanding, seimbang, setara, setaraf: jikalau seorang raja tiada menaruh malu sopan akan ~nya raja, bukanlah dia itu raja namanya; 4. = sama-sama semua sekali, kesemuanya: mereka sama-sama ketawa; 5. = sama-sama kata yg menunjukkan per-buatan dsb yg berbalas-balasan, saling: memang laki bini itu ~ tidak suka; tahu ~ tahu sama-sama tahu; 6. bp akan, kepada: aku mulai sebal ~ perempuan itu; mengapa engkau mesti marah ~ dia? 7. bp dengan, berserta: Ahmad sekarang sudah jarang bermain ~ kami; 8. sl sambil, seraya: maka kata Raja Muhammad, “Cih! Jatuh destar kita oleh Tun Besar,” ~ ia memandang penjawat-nya; ~ ada apakah, ataukah; ~ ada ... atau baik ... mahupun; ~ bina mempunyai nilai (kadar, keadaan, dll) yg sama; ~ dengan serupa dengan; ~ kita antara kita sahaja; ~ nilai (mempunyai) sama nilaian (ukuran dll); ~ sahaja tidak berbeza (berubah); ~ sahaja (juga halnya) dgn tidak ubahnya spt; ~ segi (mem-punyai) segi yg sama; ~ sekali seluruhnya, segenapnya; ~ sendap Kl berpadanan dan sesuai, cocok; ~ sendiri = satu ~ lain antara mereka itu sendiri; ~ tengah a) betul-betul di tengah; b) tidak memihak ke mana-mana, berkecuali; ~ ukur kesamaan dlm bentuk (saiz dll) antara dua bahagian; ~ unsur (unsur-unsur yg) sama sifat kimia nya tetapi berlainan berat atomnya, isotop; air ~ air, sampah ke tepi juga prb jangan ikut campur perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali kita akan tersisih juga; burung pipit ~ enggang prb jodoh yg tidak sepadan; tak ~ getah batang dgn getah daun prb kasih kpd anak sendiri itu tidak sama dgn kasih kpd anak saudara; telentang ~ menadah embun, tertiarap ~ memakan pasir = tertungkup ~ termakan tanah, tertelentang ~ terminum embun prb orang yg seia sekata dlm pergaulan; sesama antara (mereka itu) sendiri: mereka pun asyik berbicara ~ mereka; ~ manusia; sama-sama 1. semua sekali, kesemuanya (secara serentak atau sbg satu kumpulan); 2. serta, bertepatan (dgn); 3. turut serta, bersaing (melakukan sesuatu) dgn orang lain: saya mengajak saudara saudari ~ melihat bahasa dlm konteksnya; 4. ungkapan yg lazim di-gunakan utk membalas ucapan “terima kasih” drpd orang lain, terima kasih kembali; bersama 1. = bersama-sama berserta, bergandingan dgn, serentak dgn: esok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya; kami mudik bersama-sama; ~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit; 2. semuanya sekali, seluruhnya: tempat perun-dingan itu harus dipersetujui ~ oleh kedua-dua belah pihak; kedua-dua laki isteri itu pun duduk makan ~ dgn penuh selera; 3. utk sesamanya, utk sekaliannya: harta ~; kemakmuran ~; 4. bh melakukan hubungan jenis, bersetubuh: isteri diwajibkan melayani suami apabila dia mahu ~; bersamaan 1. bertepatan dgn, berbetulan dgn: hari Khamis ~ 20 September; ada dua orang ahli Tasawuf yg ~ waktunya di Acheh; 2. hampir sama, hampir serupa; 3. ber-bandingan (dgn), berimbangan (dgn): 30 sentimeter salji ~ dgn 2.5 sentimeter hujan; skalanya 2 sentimeter ~ 1 kilometer; 4. berpadanan, sesuai: ~ dgn teori tadi, kita buatlah suatu rumusan; 5. setara, sebanding, setingkat: profesor madya di Amerika Syarikat ~ dgn pensyarah kanan di sini; kebersamaan keadaan atau hal bersama: rasa ~ dgn anggota masyarakat; menyama-nyama membuat diri spt, berlaku spt: tidak usahlah kita hendak ~ orang kaya; menyamai sama dgn, setaraf dgn, setanding dgn: pd zaman itu sebuah negeri pun tiada ~ Melaka, melainkan Pasai dan Haru; kuasa Mahkamah Tertinggi Persekutuan sekarang ini tidaklah pula ~ kuasa Mahkamah Ter-tinggi di Amerika; menyamakan 1. menjadikan sama (serupa, selaras, dll): arnab dapat ~ warna dirinya dgn warna tanah; kerajaan Persekutuan boleh ~ undang-undang antara sebuah negeri dgn negeri yg lain; 2. menganggap (meman-dang) sama sahaja (dgn sesuatu), menganggap tidak berbeza drpd, menganggap serupa (setara, setanding, dll): pendekatan forma-listik sering disamakan dgn pendekatan struktur; gadis Melayu tidak boleh disama-kan dgn gadis Barat; 3. mengumpamakan, mengibaratkan, menganggap sama atau seolah-olah spt: manusia tidak boleh disamakan dgn jentera; perbuatan serupa itu dapat disama-kan dgn mengusik anjing tidur; mempersamakan menjadikan bersama-sama, memperikutkan, mengembarkan, menyerta-kan; mempersama-samakan melakukan sesuatu bersama-sama (dgn orang banyak): tidak pernah kerja berat dilakukan oleh seorang sahaja, melainkan sentiasa dipersama-samakan; kesamaan perihal (sifat, keadaan) sama: manusia sangat sukar utk memelihara ~ dan kesatuan dlm soal bahasa; ketidaksamaan perihal (sifat, keadaan) tidak sama: ~ antara gambaran dan hakikat; persamaan 1. perihal sama (sifat-sifatnya dll), persesuaian: yg membentuk bangsa ialah ~ bahasa, ~ sejarah, dan ~ kebudayaan; ada ~ antara orang asli di Filipina dgn orang asli di Semenanjung Tanah Melayu; 2. perbandingan, perumpamaan, ibarat: ~ yg diberikan dlm sajak-sajak itu banyak yg salah; 3. perbandingan dua ungkapan yg sama nilainya (dlm ilmu hisab, fizik, kimia, dll); ~ kimia perlambangan tindak balas kimia dgn menggunakan simbol unsur-unsur utk me-nandakan banyaknya bahan dan hasil tindak balas; penyamaan perbuatan menyamakan (menye-laraskan): perjanjian tentang ~ ejaan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia; penyama sesuatu (orang, perkakas, dll) yg menyamakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |