Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perasaan hati (utk membezakan antara baik dgn buruk); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
suara (kata nama)
1. Bersinonim dengan bunyi: nada, sora,

2. Bersinonim dengan ucapan: perkataan, percakapan, kalimah, tutur,

Kata Terbitan : bersuara, menyuarakan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
suara hatiperasaan hati (utk membezakan antara baik dgn buruk);Kamus Dewan Edisi Keempat
melunakkan1 menjadikan lunak; mengempukkan (makanan dll). 2 melembutkan suara (hati dll).Kamus Pelajar Edisi Kedua
lunak1 lembut; empuk: Buah pauh ini ~ isinya. binatang ~ binatang yg tidak bertulang belakang lagi lembik badannya dan selalunya berkulit keras (spt siput, tiram). 2 lembut dan merdu (bkn suara atau bunyi): Penyanyi itu sangat ~ suaranya. 3 tidak lekas marah; sabar. melunakkan 1 menjadikan lunak; mengempukkan (makanan dll). 2 melembutkan suara (hati dll). kelunakan keadaan lunak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
melunakkanmengempukkan (makanan dll), melembutkan (hati, suara, dll): Sidik dgnsengaja ~ suaranya;Kamus Dewan Edisi Keempat
bisikan hatiki suara dr hati kecil; kata hati.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bisikan1. sesuatu yg dibisikkan. 2. apa-apa yg menggerakkan hati; ilham. ~ hati ki suara dr hati kecil; kata hati.Kamus Pelajar
rendah I1. tidak jauh jaraknya dr bawah, tidak tinggi (lwn tinggi): bangunan yg ~; pokok yg ~; ~ rembunai sedang (saja) rendahnya (badan orang); 2. tidak nyaring, lembut, perlahan (suara dll): suara yg ~; 3. = ~ hati suka merendahkan diri, tidak angkuh (som­bong, bongkak), baik hatinya: dia orang kaya yg ~ hatinya; 4. tidak mulia (budi hati), hina, aib, nista: ~ budi; ~ akhlak; 5. tidak mahal (harga), murah: harga getah terlalu ~ sekarang; 6. tidak banyak, kecil, sedikit (pendapatan dll): golongan yg ber­pen­dapatan ~; 7. (taraf) permulaan; sekolah (pendidikan) ~ sekolah (pendidikan) per­mulaan; mahkamah ~ mahkamah permulaan; 8. tidak tinggi atau tidak penting (kedudukan, pangkat, dll), tidak istimewa, kecil: bagi remaja yg sentiasa dipandang ~ dan di­anggap tidak berguna, mereka tidak nampak sebarang kebaikan dlm diri mereka sendiri; pegawai ~ pegawai kecil (tidak penting, tidak tinggi); ~ pangkatnya (darjatnya, mutunya) tidak tinggi pangkatnya (darjatnya, mutu­nya); orang ~ orang biasa yg tidak ber­pangkat; berpangkat ~ berpangkat kecil; 9. kurang baik (mutu dll): barang-barang yg bermutu ~; 10. tidak maju lagi: keadaan hidup (ekonomi) yg masih ~ di negara itu; ~ di anjung tinggi, kecil di ombak besar prb perihal sifat raja di Minangkabau yg diangkat dan ditinggikan oleh rakyat dgn kata muafakat; merendah 1. menjadi rendah, menurun: bulan separuh sudah ~ di kaki langit; ayahnya sedang tidur, dengkurnya ~; suara yg ~; ~ benar rezeki Marah sangat meng­untungkan (dr segala yg dikerjakan); 2. rendah hati, tidak angkuh (sombong, bongkak): sifatnya yg selalu ~ itu mendatangkan kawan yg banyak kepadanya; merendahkan 1. menjadikan rendah, me­nurunkan: badannya direndahkan supaya tidak dilihat orang; ~ suara menurunkan (melembutkan) suara; 2. memandang atau menganggap rendah (hina, tidak penting, dll), mengecil-ngecilkan: ia tidak suka ~ orang lain; ia berasa tidak senang dgn perkataan-perkataan yg ~ Malaysia; ~ diri a) membongkok supaya rendah; b) = ~ hati memandang (menganggap) diri sendiri rendah, tidak menyombongkan diri; ~ mutu mengurangkan mutu (nilai); ~ rezeki me­nurunkan (memberi) rezeki; merendah-rendahkan memandang atau meng­­­­­anggap rendah (hina, tidak penting, tidak bernilai, tidak berkemampuan, tidak ber­­­kualiti dsb) terhadap seseorang atau sesuatu, mengecil-ngecilkan: menangkis sikap suka ~ kemampuan wanita; rendahan yg rendah (tidak penting) pangkat­nya atau kedudukannya, bawahan: dia pegawai ~ di jabatan itu; kerendahan 1. rendah letaknya (duduknya): tanah yg ~; 2. perihal rendah; ~ budi ke­hina­­an, kenistaan; ~ hati sifat rendah hati (tidak sombong); 3. direndahkan oleh: dia pantang ~; perendahan perihal (perbuatan dsb) me­rendahkan, perihal (proses dsb) merendah.Kamus Dewan Edisi Keempat
halus1 tidak kesat; lembut; licin (apabila dipegang): Kulitnya hitam tetapi ~. Papan itu diketam sehingga ~. 2 tidak kasar, kecil-kecil; lumat (bkn pasir dll): benang yg ~; pasir yg ~. 3 dibuat dgn teliti (cermat, hati-hati): Barang-barang rotan itu begitu cantik dan ~ buatannya. 4 tidak garau; tinggi (suara): Suaranya ~. 5 berbudi pekerti yg baik; bersopan; beradab: Dia mengeluarkan kata-kata­nya dgn lemah lembut lagi ~. 6 tidak dpt dilihat atau dirasa: orang ~ orang bunian. berhalus melakukan sesuatu dgn sopan santun, tertib dll; berbudi bahasa: Mereka sentiasa ~ apabila berbicara. menghalusi menyelidik atau memeriksa dgn teliti: Sebelum membuat sebarang kesimpulan, kita perlu ~ perkara itu dahulu. meng­haluskan menjadikan halus: Dia ~ mata penselnya. memperhalus menjadikan lebih halus: Dia ~ mata pensel yg telah diraut oleh adiknya. kehalusan keadaan atau sifat halus.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rawan I= ~ hati pilu, gundah-gulana, rindu bercampur sedih, sayu, terharu: beberapa hari ini dia sangat ~ bercampur sedih; dengarkan lagu itu, betapa sayu, pilu, ~ , dan menghiris sumsum kita; sayu ~ sayu dan rawan; berawan = ~ hati berasa rawan; merawan, merawani berasa rawan terhadap (kpd); merawankan = ~ hati menimbulkan (mem­bangkitkan, mendatangkan) rasa rawan: suara yg sangat sedih dan ~ hati; kerawanan = ~ hati perihal (keadaan) rawan hati, keadaan gundah gulana, kesayuan, ke­haruan: ~ hati seseorang anak muda mudah terusik oleh persekitaran yg dilihat dan di­rasainya terlalu pincang; perawan yg merawankan hati: ~ hati.Kamus Dewan Edisi Keempat
gelak1 suara yg dikeluarkan ketika berasa geli hati: Kedengaran ~ terkekeh-kekeh di kalangan para penonton. 2 mengeluarkan suara serta menggerakkan badan kerana berasa geli hati; tertawa: Semua orang ~ melihat tingkah lucu kanak-kanak itu. ~ manis (nabi, senyum) tertawa seraya tersenyum dan tidak mengeluarkan suara. ~ setan gelak dgn kuat. ~ sumbing gelak yg dibuat-buat. gelak-gelak nyaring (ttg ketawa); lantang: Apabila mendengar cerita Abu Nawas itu, baginda tertawa ~. menggelakkan menyebabkan gelak; mentertawakan; mengetawakan: Apa yg ~ mereka itu? tergelak tertawa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas