subversif | bertujuan utk menjatuhkan atau utk merosakkan kerajaan dll dgn cara menghasut dsb: Gerakan ~ komunis itu telah dpt dihancurkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
subversif | bertujuan utk melemahkan atau memusnahkan sesuatu sistem politik, kerajaan, agama, dll, dgn menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu secara sulit: kita hendaklah sentiasa berjaga-jaga mencegah gerakan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
subversif | bertujuan utk menjatuhkan atau utk merosakkan kerajaan dll dgn cara menghasut dsb: Gerakan ~ komunis itu telah dpt dihancurkan. | Kamus Pelajar |
subversifisme | fahaman subversif: memperjuangkan Islam sbg fundamentalisme juga dikelirukan dan ditonjolkan bersama ciriciri militerisme dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengganasan | perbuatan mengganas: anasir-anasir subversif melakukan ~ di sempadan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencegah | menghalang (menegah, menolak, dll), mengikhtiarkan supaya jangan berlaku (kena dll): sentiasa berjaga-jaga ~ gerakan subversif; tidak berjaya ~ peperangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cegah | tegah, halang; mencegah menghalang (menegah, menolak, dll), mengikhtiarkan supaya jangan berlaku (kena dll): sentiasa berjaga-jaga ~ gerakan subversif; tidak berjaya ~ peperangan; tercegah terkawal (terlarang, terhalang, dll); cegahan larangan (tegahan dll): ibunya tidak mendengar ~nya; pakatan yg ada berjaya menjalankan fungsi ~; pencegahan perihal (perbuatan dsb) mencegah, penegahan, penolakan, pengawalan (pengawasan): ~ dgn cara kimia; pencegah 1. alat utk mencegah; 2. orang (badan dsb) yg mencegah: pasukan ~ rusuhan; pasukan kastam bahagian ~ penyeludupan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ganas | 1. liar dan suka menyerang, mengamuk, membunuh dsb (bkn binatang), buas: harimau (buaya) yg ~; 2. cenderung merosakkan harta benda, mencederakan orang dsb (bkn orang): orang gila itu semakin hari semakin ~;mengganas 1. berlaku ganas (menyerang, mengamuk, dll): samseng-samseng makin ~ di bandar-bandar ini; 2. menjadi semakin hebat, menjadi-jadi: wabak taun ~;mengganasi berlaku ganas terhadap, melakukan perbuatan ganas terhadap (seseorang): wanita sepatutnya dihormati sbg seorang insan, spt lelaki, dgn itu kaum lelaki tidak akan ~ wanita;keganasan perihal ganas, kebuasan, kegarangan; ~ antarabangsa penggunaan kuasa secara sewenang-wenang tanpa menghiraukan undang-undang yang ada oleh seseorang atau kumpulan manusia secara terancang terhadap manusia atau harta benda dgn tujuan utk menakut-nakutkan atau memaksa sesuatu kaum atau negara demi memperjuangkan idologi atau kuasa politik masing-masing; pengganasan perbuatan mengganas: anasir-anasir subversif melakukan ~ di sempadan;pengganas orang yg mengganas: ~-~ komunis masih berkeliaran di kawasan sempadan Semenanjung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |