Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sudah;

Puisi
 

Sudah kapas menjadi benang,
     Sudah benang menjadi kain;
Sudah lepas jangan dikenang,
     Sudah jadi orang lain.


Lihat selanjutnya...(496)
Peribahasa

Sudah terantuk baru tengadah.

Bermaksud :

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah jatuh ditimpa tangga, b. Sudah kalah baru berkubu, c. Sudah kecurian baru mengunci pintu, d. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, e. Sudah lulus maka hendak melantai).

 

Lihat selanjutnya...(357)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sediakala1 selalu spt yg sudah-sudah atau spt biasa; sentiasa: Baginda ~ menghadap Seri Betara. 2 yg sudah-sudah; yg semula: Ahmad telah bekerja lebih giat drpd ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
biasa1 tidak menyalahi adat; sbg sedia- kala atau sbg yg sudah-sudah; tidak pelik: Selepas dilanda banjir, keadaan bandar Kuala Lumpur sekarang pulih spt ~. 2 memang umum di mana-mana; tidak asing lagi: Ia menggunakan bahasa yg mudah dan ~ digunakan orang dlm karangannya. 3 selalu atau kerap kali melakukannya; menjadi kelaziman: Saya memang ~ makan nasi pagi-pagi. biasanya menurut yg lazim atau yg sudah-sudah; umumnya: Kursus itu ~ memakan masa setengah tahun. membiasakan 1 menjadikan biasa; melazimkan: Ahmad tidak dpt ~ dirinya dgn makanan orang-orang Eropah. 2 melatih menggunakan sesuatu supaya menjadi biasa: Orang asing itu ~ dirinya bertutur dlm bahasa Melayu. kebiasaan sesuatu yg sudah biasa; hal yg biasa dilakukan: Sudah menjadi ~ anak-anak itu pergi ke sekolah bersama-sama. pembiasaan perbuatan atau hal membiasakan; pelaziman.Kamus Pelajar Edisi Kedua
beruban1 sudah ada uban di kepala atau sudah mempunyai uban: Belum tua lagi, dia sudah ~. 2 sudah tua; sudah lama hidup: Aku ini sudah ~ tetapi belum juga berasa senang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ubanrambut yg sudah menjadi putih atau yg mula menjadi putih. beruban 1 sudah ada uban di kepala atau sudah mempunyai uban: Belum tua lagi, dia sudah ~. 2 sudah tua; sudah lama hidup: Aku ini sudah ~ tetapi belum juga berasa senang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengungkit-ungkitki menimbulkan perkara yg sudah-sudah; membangkit-bangkit: Jangan suka ~ perkara lama, nanti buruk akibatnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
biasanyamenurut yg lazim atau yg sudah-sudah; umumnya: Kursus itu ~ memakan masa setengah tahun.Kamus Pelajar Edisi Kedua
siap1 sudah disediakan dan tinggal menggunakan atau memakainya saja; sudah sedia: Makanan sudah ~, mari­lah kita makan. 2 sudah selesai dikerjakan dll: Sudah dua tahun dikerjakan, bangunan itu masih belum ~ lagi. 3 = ~ sedia sudah bersedia utk melakukan sesuatu dll: Mereka sudah ~ utk me­nentang musuh. ~ pakai (sudah) siap atau sedia utk dipakai (digunakan): baju ~ pakai. bersiap 1 bekerja utk mengemaskan atau utk mengatur sesuatu: Encik Ahmad ~ menghamparkan tikar lalu mempersilakan tetamu naik. 2 bersedia menghadapi sesuatu; berjaga-jaga; berwaspada: Masing-masing pun ~ menunggu serangan musuh. menyiapkan 1 mengurus se­suatu supaya siap teratur; menyediakan: Isterinya sedang ~ sarapan. 2 menyelesaikan sesuatu pekerjaan dll; menyudahkan: Kami terpaksa ~ sebuah rumah dlm masa enam bulan. mempersiapkan mengusahakan su­paya bersiap: Bala tentera dipersiapkan utk menghadapi musuh. persiapan perbuatan atau hal bersiap; persediaan: Mereka sedang menjalani latihan sbg ~ utk menyertai sukan Olimpik nanti. penyiapan perbuatan atau hal me­nyiapkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bertaubatmeminta ampun dan menyesal atas dosanya yg sudah-sudah dan berazam tidak akan melakukannya lagi: Selepas ~, barulah ia pergi ke Mekah menunaikan rukun Islam yg kelima.Kamus Pelajar Edisi Kedua
membangkit-bangkitmenyebut-nyebut perkara yg lama-lama; menceritakan hal yg sudah-sudah: Jangan suka ~ hal yg lama, nanti tidak kekal persahabatan kita.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tempelakankata-kata yg keras dan pedas serta membangkit-bangkit perkara yg sudah-sudah dll: Merah padam mukanya mendengar ~ kawan-kawannya itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas