terubah suai | (sudah) berubah sesuai dgn keperluan dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertukar hati | a) sudah berubah perasaan hati; b) lain di mulut lain di hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
adikuasa | kuasa utama, kuasa tertinggi: dunia memang sudah berubah sejak ~ Soviet Union hilang taring. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aspirasi | keinginan yg kuat (utk mencapai, mengadakan, dll sesuatu), cita-cita: spt yg ditegaskan oleh Esman, ~ berbagai-bagai kaum kini sudah berubah; mengaspirasikan mempunyai keinginan yg kuat terhadap sesuatu, mencita-citakan: terdapat jurang pemisah antara pemimpin yg berorientasikan Barat dgn umat yg rata-rata ~ cara hidup Islam di kebanyakan negara Islam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ubah suai | ; mengubah suai menjadikan sesuatu berubah dan sesuai dgn kehendak (keperluan dsb): ~ sistem penanaman padi. terubah suai (sudah) berubah sesuai dgn keperluan dsb. ubah suaian sesuatu yg telah diubah suai; hasil drpd mengubah suai. pengubahsuaian perbuatan atau hal mengubah suai. pengubah suai bahan atau alat utk mengubah suai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kepastian | perihal pasti, ketentuan: aku tercengang mendengar ~ yg tidak tertolak itu; Dato’ Ujang sudah berani membuat ~ bahawa perempuan itu sudah berubah sikapnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wajah | 1. air muka, muka paras, roman muka: ~ ibunya di rumah mula terbayang; ~nya sungguh-sungguh menyenangkan; 2. keadaan luaran (spt pemandangan dll), rupa atau keadaan (sesuatu) sebagaimana yg dapat dilihat: ~ kampung itu sudah berubah sekarang; sekiranya itu dapat memberikan nafas serta ~ baru, ia pasti menggembirakan; berwajah 1. mempunyai (menampakkan) wajah: ~ sedih (suka, lesu, dsb); 2. mempunyai atau menampakkan wajah (rupa atau keadaan sebagaimana yg dapat dilihat): sesuai dgn struktur pembinaannya, dekor banglo ~ antik ini turut melahirkan imej sebagaimana yg dikehendaki oleh tuannya; buku lama ~ baru; berwajahkan menggunakan atau mempunyai sesuatu sbg wajah: masyarakat gempar apabila menjumpai ikan yg ~ manusia; mewajahi memberikan keadaan atau rupa luaran kpd: begitulah sastera hipermodenisme yg akan ~ sastera dunia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sofistikated | 1. mempunyai cita rasa (perangai, tingkah laku, pandangan, dll) yg tinggi dan halus, bersifat kompleks dan halus (tidak bersahaja dan sederhana), canggih: keadaan kehidupan berubah dgn cepat dan pengalaman menjadi bertambah kaya, ~, dan menimbulkan cita-cita dan harapan baru; dia sudah berubah drpd seorang gadis yg sederhana kpd seorang gadis yg begitu ~ sekali; 2. mempunyai atau menunjukkan ciriciri dsb yg kompleks (moden, rumit, pelbagai, dsb), tidak ringkas atau sederhana, canggih: puisi Melayu moden mula mempunyai variasi dgn persoalan yg kompleks dan ~; muzik yg ~; mesin jahit model baru yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tukar | bp = bertukar; ~ barang bertukar barang dgn barang (dlm perdagangan); ~ cincin saling memberi cincin tanda (pd hari per-tunangan); ~ ganti memberi ganti (benda yg telah hilang dll); ~ tambah bertukar barang dgn memberi tambahan wang; bertukar 1. memberi dan menerima gantinya, saling memberi: kedua-dua lelaki berjabat tangan, sedang kedua-dua perempuan ~ sapa; 2. berubah kpd bentuk (rupa dll) yg lain: mukanya yg jernih tadi tiba-tiba ~ menjadi muram; ~ dr yg sudah-sudah berlainan (berubah) dr yg sudah-sudah; 3. berganti dgn yg lain, bersalin (pakaian dll), bersilih (kulit, bulu, dll): timbanya yg dibuat drpd upih itu empat hari sekali ~; 4. berpindah dr suatu tempat ke tempat yg lain (dr kereta ke kereta yg lain dll): dia sekarang sudah ~ ke Ipoh; ~ adat berubah adatnya (berlainan drpd yg biasa); ~ akal menjadi gila; ~ baju (pakaian) bersalin baju (pakaian); ~ bulu a) berganti dgn bulu yg baru (burung dll), bersilih bulu; b) ki berubah pegangan (pendapat, pendirian, dll); ~ fikiran a) berbincang, berbahas; b) berubah pendapat (pendirian dll); c) gila; ~ ganti berganti dgn yg baru; ~ haluan berubah arah (haluan dll); ~ hati a) sudah berubah perasaan hati; b) lain di mulut lain di hati; ~ kulit a) bersalin kulit (ulat dll); b) ki berubah pendapat dll; ~ lalu bertukar barang dgn tidak menambah wang; ~ sebut tidak sama atau berbeza pendapat (perkataan dll); ~ tangan berpindah kpd orang lain (pihak lawan dsb); ~ tempat a) yg satu berpindah ke tempat yg lain dan kebalikannya; b) berpindah tempat; seiring ~ jalan, seia ~ sebut prb orang yg setujuan maksud atau faham tetapi berlainan cara melaksanakannya; bertukar-tukar 1. selalu berganti, berganti-ganti; 2. saling mengambil hak orang lain (kerana tersalah atau tersilap); 3. saling memberi: mereka dibenarkan ~ hadiah yg kecil-kecil; kami sering berbincang dan ~ pendapat; bertukaran, bertukar-tukaran saling memberi sesuatu, beri-memberi: mata kami sentiasa bertukar-tukaran pandangan yg membawa makna; menukar 1. mengganti dgn yg lain: ~ pakaian; 2. merubah kpd keadaan yg lain: air boleh ditukar menjadi wap jika dipanaskan; kemudian ia ~ haluannya serta belayar menghala ke utara; 3. menghantar (meletakkan dll) ke tempat lain, memindahkan; 4. Mn membeli-belah, berbelanja; tukar-menukar saling memberi, beri-memberi: pd zaman dulu orang menjalankan per-niagaan dgn cara ~ barang; menukari memberi sesuatu sbg ganti, meng-ganti: ~ wang kertas dgn wang perak; menukarkan 1. menggantikan dgn yg lain: yg dibuat oleh baginda itu hanyalah ~ orang Portugis yg lemah dgn orang Belanda yg lebih kuat; 2. mengubahkan kpd sesuatu yg lain (menjadi sesuatu yg lain): ketiga-tiga itu pun mulalah bertapa dan bersetuju ~ nama mereka; 3. menghantarkan (memindahkan, meletakkan dll) ke tempat lain: aku akan ditukarkan ke Pahang bulan depan; mempertukarkan 1. menukarkan; 2. men-jadikan bertukar(-tukar); tukaran sesuatu yg ditukarkan, pengganti: jikalau tuan hendak melepaskan katak ini berilah ~nya; pertukaran perihal bertukar (mempertukarkan), pergantian, perubahan, perbuatan, dsb bertukar-tukar (pendapat dsb): sebagaimana mata pelajaran lain, pelajaran senaman juga menghendaki ~ dr satu jenis ke satu jenis yg lain; suasana pertemuan dan ~ pendapat antara para editor; ~ asing wang atau mata wang asing (yg digunakan dlm perniagaan antara negara); penukaran perihal menukarkan (mengubahkan, memindahkan, menggantikan, dll), pemindahan, penggantian, pengubahan: diada-kan ~ tandatangan sbg cenderamata; penukar orang atau alat yg menukar(kan); ~ wang orang yg menukar wang (wang dlm negara dgn wang luar negara). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertukar | 1. memberi dan menerima gantinya, saling memberi: kedua-dua lelaki berjabat tangan, sedang kedua-dua perempuan ~ sapa; 2. berubah kpd bentuk (rupa dll) yg lain: mukanya yg jernih tadi tiba-tiba ~ menjadi muram; ~ dr yg sudah-sudah berlainan (berubah) dr yg sudah-sudah; 3. berganti dgn yg lain, bersalin (pakaian dll), bersilih (kulit, bulu, dll): timbanya yg dibuat drpd upih itu empat hari sekali ~; 4. berpindah dr suatu tempat ke tempat yg lain (dr kereta ke kereta yg lain dll): dia sekarang sudah ~ ke Ipoh | Kamus Dewan Edisi Keempat |