Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Puisi
 

Minumlah kopi tidak bergula,
     Pahit-pahit diminum juga;
Jikalau sudah hati gila,
     Jahat dan baik kutolong juga.


Lihat selanjutnya...(90)
Peribahasa

Asal berisi tembolok senang hati.

Bermaksud :

Sudah cukup makan dan pakai maka senanglah hati.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
merajai1. menjadi raja di (atas), memerin­tah: Sultan Muzaffar Shah mula-mula sekali ~ negeri Perak; 2. ki menguasai, mempenga­ruhi: hati akan ~ seluruh jiwa; ia terlalu banyak dirajai oleh perasaan; apabila cinta sudah ~ hati, segala-galanya adalah indah belaka; ~ diri menguasai diri;Kamus Dewan Edisi Keempat
hati II; hati-hati berhati-hati; berhati-hati memberi perhatian (pertim­bang­an dsb) yg teliti (sewaktu melakukan sesuatu), berawas-awas, beringat-ingat, hemat, waspada: haruslah ~ memilih suami; dia sentiasa cermat dan ~; memperhatikan memerhatikan; perhatian perihal menumpukan pandangan (fikiran dsb) pd sesuatu, minat (dan reaksi atau layanan): mereka memberikan sepenuh ~ pd pelajaran; semenjak diterbitkan, buku ini mendapat ~ ahli-ahli bahasa; menarik ~ menimbulkan minat (dan reaksi); mengambil ~ mempedulikan; ~! ~! (seruan) minta supaya diberi perhatian pd apa yg akan dicakapkan (diumumkan dsb); pemerhatian perihal memerhatikan, usaha, dsb memerhatikan atau mengamati sesuatu: setelah diperbuat ~ dan percubaan di­ke­tahuilah asal usul penyakit itu; ~ jenis (Tani) pengamatan, dll yg dilakukan utk menentukan hasil baja (yg terbaik dll); pd ~ saya berdasarkan apa yg sudah saya perhatikan atau amati;pemerhati 1. orang yg mengikuti per­kembangan sesuatu: ~ politik yg objektif akan menyetujui Perdana Menteri; 2. orang yg menghadiri persidangan dsb tetapi tidak mengambil bahagian dlm perbincangan dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
duka(perasaan) susah hati; sedih hati: Suka dan ~ itu sudah menjadi kebiasaan. berduka, = ~ hati bersusah hati; bersedih (hati): Sejak anaknya meninggal dunia, ia ~ saja. mendukakan menyebabkan (menimbulkan) rasa duka; menyedihkan hati; menyusahkan hati: Yg ~ hatinya ialah anak sulungnya tidak pernah menziarahinya. kedukaan keadaan duka (susah hati): Dia dpt mengatasi ~nya dgn melupakan peristiwa pahit itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
awas1 hati-hati; hemat: ~! Kanak-kanak sekolah melintas di sini. 2 dpt melihat dgn terang; tajam penglihatannya: Walaupun sudah tua, matanya masih ~. berawas (-awas) melihat-lihat dgn penuh perhatian atau dgn hati-hati; berjaga-jaga; berwaspada: Kita hendaklah sentiasa ~ supaya selamat. mengawasi 1 memperhatikan tingkah laku seseorang dll: Pihak polis telah ~ gerak-geri mereka sejak beberapa waktu yg lalu. 2 memeriksa dan menjaga supaya teratur; mengamat-amati: Seorang pegawai telah dilantik utk ~ perjalanan yayasan itu. pengawasan perbuatan atau hal mengawasi; penjagaan: Asrama tsb telah diletakkan di bawah ~ seorang guru. pengawas orang yg mengawasi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
awas1. hati-hati; hemat: ~! Kanak-kanak sekolah melintas di sini. 2. dpt melihat dgn terang; tajam penglihatannya: Walaupun sudah tua, matanya masih ~. berawas(-awas) melihat-lihat dgn penuh perhatian atau dgn hati-hati; berjaga-jaga; berwaspada:Kita hendaklah sentiasa ~ supaya selamat. mengawasi 1. memperhatikan tingkah laku seseorang dll: Pihak polis telah ~ gerak-geri mereka sejak beberapa waktu yg lalu. 2. memeriksa dan menjaga supaya teratur; mengamat-amati: Seorang pegawai telah dilantik utk ~ perjalanan yayasan itu. pengawasan perbuatan atau hal mengawasi; penjagaan: Asrama tsb telah diletakkan di bawah ~ seorang guru. pengawas orang yg mengawasi.Kamus Pelajar
rusuh II= ~ hati sentiasa gelisah (khuatir, sedih, susah), tidak tenang hatinya: semalam-malaman itu ia sudah ~, sudah gelisah sangat, tidak tidur sepicing jua; berusuh; ~ hati bersusah hati, berdukacita, gelisah: banyak juga orang yg ~ hati dgn keberhentian pegawai tinggi itu; merusuh menjadi rusuh (gelisah, khuatir, sedih): ia mulai tenang, lebih dikuasainya hati yg ~ itu; merusuhkan 1. = memperusuh membuat (menjadikan atau menimbulkan) rusuh hati, menggelisahkan, menyusahkan: tingkah laku anaknya yg seorang itulah yg ~ hatinya; banyak perkara yg ~ fikirannya sekarang; 2. khuatir akan sesuatu, selalu memikirkan, membimbangkan: selalu sahaja ada perkara yg dirusuhkan; kerusuhan; ~ hati perihal rusuh hati (ke­gelisahan).Kamus Dewan Edisi Keempat
dukaperasaan susah hati; sedih hati: Suka dan ~ itu sudah menjadi kebiasaan. berduka, = ~ hati bersusah hati; bersedih (hati): Sejak anaknya meninggal dunia, ia ~ saja. mendukakan menyebabkan (menimbulkan) rasa duka; menyedihkan hati; menyusahkan hati: Yg ~ hatinya ialah anak sulungnya tidak pernah menziarahinya. kedukaan keadaan duka (susah hati): Dia dpt mengatasi ~ nya dgn melupakan peristiwa pahit itu.Kamus Pelajar
didik1. pelihara, jaga (dgn hati-hati), ajar; ayam ~ ayam yg tidak beribu (dipelihara drpd kecil); 2. sl, bd anak-anak yg baru remaja: harta yg Duli Tuanku kurniakan dahulu, sekarang sudah dihabiskan oleh ~ itu utk bersuka ria; mendidik menjaga (memelihara dsb) dan melatih (mengajar dll) baik-baik: ~ kanak-kanak bukan satu perkara yg boleh di­pandang ringan; terdidik mendapat latihan (pengajaran dll), terlatih: sebelum perang dahulu banyak mahasiswa kita yg ~ di tanah Inggeris; didikan 1. kaedah mendidik: salah ~ boleh merosakkan anak-anak apabila mereka besar kelak; 2. yg dididik (diajar, dilatih, dll): masa depan bagi kanak-kanak ~ sekolah Melayu kini terjamin; 3. = pendidikan; pendidikan 1. perihal mendidik: ~ kanak-kanak cacat belum diperluas lagi di negara kita; 2. = ilmu ~, ilmu didik, ilmu mendidik pengetahuan mendidik: ia mahu mendalami lagi pelajarannya dlm hal ~ kanak-kanak; 3. didikan, latihan, ajaran: merosotnya moral pemuda-pemudi kita ialah kerana kurang mendapat ~ rohani ketika di bangku sekolah; berpendidikan mendapat pendidikan (la­tihan): kaum intelek Melayu yg ~ Barat masih ragu-ragu akan kemungkinan bahasa Me­layu dijadikan bahasa rasmi; pendidik orang yg mendidik, guru: sekarang Ali bertugas sbg ~ di sebuah sekolah di Kelantan; kependidikan hal (sifat dsb) yg berkaitan dgn pendidik.Kamus Dewan Edisi Keempat
teliti1. cermat (melakukan sesuatu), hemat, saksama: kumpulan buku yg ada, hendaklah diselidiki dgn ~; 2. dgn sungguh-sungguh, hati-hati, waspada: gadis yg manis itu turut me­mer­hati dgn amat ~ benar; meneliti 1. memeriksa (mengkaji, menye­lidik) dgn cermat: mereka ~ pendidikan dan pengalaman kerja yg sudah kulalui; 2. me­mer­hati dgn sungguh-sungguh, memandang tepat-tepat; ketelitian perihal teliti, kecermatan, kesak­samaan: dia sedar tentang ~nya menjalan­kan tugas sbg seorang ketua parti; penelitian perihal (kerja dsb) meneliti, peng-kajian, penyelidikan, pemeriksaan; peneliti orang yg meneliti, penyelidik, peng­kaji, pemeriksa.Kamus Dewan Edisi Keempat
rusuh hatisentiasa gelisah (khuatir, sedih, susah), tidak tenang hatinya: semalam-malaman itu ia sudah ~, sudah gelisah sangat, tidak tidur sepicing jua;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas