demam | 1. penyakit yg menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa; 2. kenaikan suhu tubuh yg melebihi suhu biasa: semalam saya ~, saya tidak pergi kerja; 3. ki keghairahan utk sementara waktu: ~ pop enam puluhan; ~ berselang (berlat, berganti hari) demam yg tidak terus-menerus; ~ cupak Kl demam tubuh tetapi pesakit masih berselera utk makan; ~ denggi demam akibat virus yg disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes; ~ denggi berdarah demam denggi yg berbahaya (boleh membawa maut); ~ dingin (gigil, ketar, sejuk) demam kerana penyakit malaria (menyebabkan badan terasa sejuk dan menggigil); ~ kepialu demam kerana sj penyakit yg disebabkan oleh kuman dlm makanan atau air yg kotor; ~ ketulangan demam yg disertai oleh rasa sengal-sengal tulang; ~ kuning sj penyakit berjangkit yg menyebabkan warna badan penghidapnya menjadi kekuning-kuningan (kerana sakit pd hempedu); ~ merah sj penyakit berjangkit yg disebabkan bakteria Streptococcus pyogenes yg dicirikan dgn demam, sakit kerongkong, sakit kepala dan bintik-bintik merah pd kulit; ~ panas demam dgn suhu badan yg tinggi; ~ puyuh demam pura-pura (bukan sebenarnya demam); ~ reumatik penyakit yg menyebabkan demam serta bengkak dan rasa sakit pd sendi; ~ selesema (sesa-sesa) demam yg menyerang saluran-saluran pd paru-paru dan menyebabkan pesakit berasa kesejukan dan selalu mengeluarkan hingus, influenza; ~ skarlet demam merah; mendemamkan menyebabkan (menjadikan) demam, membuat (seseorang) demam: esoknya Jamilah bertandak-tandak pula sambil memomokkan mukanya herot-merot, ~ budak-budak yg memandang; terdemam, terdemam-demam menjadi (kena) demam: kanak-kanak itu ~ selepas menonton filem cerita hantu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
termometer | (termométer) alat penyukat suhu, jangka suhu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
termometer | /termométer/ ist alat utk menyukat suhu; jangka suhu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
suhu bilik | suhu normal dlm sesebuah bilik, biasanya pd sekitar 20oC. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
suhu bilik | suhu normal dlm sesebuah bilik, biasanya pd sekitar 20C. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buli-buli jangka suhu | bahagian jangka suhu yg menggelembung dan biasanya berisi raksa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
suhu sekitar(ambient temperature) | Suhu di sekeliling sistem komputer. Biasanya suhu persekitaran yang sesuai bagi komputer dinyatakan oleh pembuat komputer. | Kamus Komputer |
termometri | (termométri) kajian tentang pengukuran suhu dan penetapan ukuran suhu piawai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
termometri | /termométri/ ist kajian ttg pengukuran suhu dan penetapan ukuran suhu piawai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
binatang berdarah sejuk | (Bio) binatang yg suhu badannya berbeza drpd suhu persekitarannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |