penurut | 1 suka mengikut atau suka menurut; tidak membantah atau tidak melawan; patuh. 2 orang yg menurut; pengikut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pelaga | 1 suka berlaga atau suka berkelahi. 2 (sesuatu) yg diperlagakan: ayam ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mahu | 1. suka akan, suka hendak, bersedia akan: dia ~ supaya jawatan itu dipegang oleh se-orang anak negeri; ~ tak ~ a) segan-segan; b) terpaksa, harus; 2. hendak, akan: ~ ke mana budak itu; 3. bp maksud, keinginan, tujuan: apa ~ engkau di sini? semahunya, semahu-mahu, semahu-mahu-nya sekehendak (sesuka) hati, sewenangwenang: keadaan spt itu tentu tidak akan dapat dibiarkan berjalan ~ sahaja; mahupun meskipun, walaupun; memahu-mahu, memahukan 1. memaksa-maksa supaya mahu; 2. menghendakkan, mahu kpd; memahui, mengemahui menghendaki, menuntut (supaya); kemahuan kehendak, keinginan: macam-macam kehendak dan ~ mereka; berkemahuan mempunyai kemahuan: tabiat berfikir dan ~ secara bebas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gapil | suka campur (dlm hal orang lain), suka mengganggu; ~ tangan suka campur tangan, suka mengusik; ~ mulut = mulut ~ cerewet atau suka menyampuk dll;menggapil 1. mengambil (memegang) dgn tidak sengaja; 2. mencampuri (hal orang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pencarut | 1. suka mencarut; 2. orang yg suka mencarut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyukai | 1 suka akan; menggemari; meminati: Kanak-kanak sangat ~ filem kartun. 2 menaruh kasih kpd; suka kpd; menyayangi: Banyak gadis yg ~nya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
garang | 1 suka menyerang serta dgn buasnya: Di rumahnya, ada seekor anjing yg sangat ~. 2 suka marah-marah dgn bengisnya: Emak Si Ali itu sangat ~ orangnya. 3 terang serta bercahaya (ttg warna): Bunga-bunga yg ~ warnanya ini menarik perhatian burung yg berterbangan di angkasa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berlazat | 1. berseronok, bersedap-sedap; 2. bersetubuh; suka ~ suka bersetubuh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sadis | 1. suka atau bersifat menyakiti atau menyeksa orang dr segi fizikal atau mental utk mendapat keseronokan atau kepuasan: memang ada lelaki ~ yg mendapat kepuasan seks dgn mendera pasangannya; jenaka itu begitu ~ bagi Zura; 2. tidak mengenal belas kasihan, kejam: kelihatan penuh ~, burung hering itu menyiat-nyiat mangsanya; 3. orang yg suka menyakiti atau menyeksa orang utk mendapat keseronokan atau kepuasan, orang yg melakukan sadisme. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
open | (opén) Jk 1. suka memerhatikan segala-galanya, cermat, hemat; 2. suka memungut barang-barang yg terlantar; mengopeni 1. memerhatikan, mengendahkan; 2. memungut (mengutip) apa-apa yg terlantar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |