Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
suka
1. Bersinonim dengan gembira
( girang, suka ria, senang hati, riang, sukacita, )
(adjektif:)
Berantonim dengan duka

2. Bersinonim dengan mudah
( kerap, kerap kali, sering, sering kali, acap-acap, acapkali, nyalar, sentiasa, selalu, )
(adverba:)
Berantonim dengan jarang

3. Bersinonim dengan gemar
( mahu, ingin, berminat, rela, sudi, berkenan, sualak, kasdu, gegek, solak, amuh, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan benci

4. Bersinonim dengan sayang akan
( cinta akan, berminat, kama, hubah, semara, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : bersuka-suka, bersuka-sukaan, menyukai, menyukakan, sukaan, kesukaan, sukacita, bersukacita, menyukacitakan,

Peribahasa

Jerih menentang boleh,
     rugi menentang laba.

Bermaksud :

Suka menolong kerana ingin mendapat pertolongan pula; berani bersusah payah tentu akan mendapat keuntungan. (Peribahasa lain yang sama makna: Rugi menentang laba, jerih menentang boleh).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bersudikanberkenan akan, suka akan;Kamus Dewan Edisi Keempat
sudi I1. tidak keberatan (utk melakukan sesuatu), bersedia, rela: jikalau cendawan ~ tumbuh masakan bumi tidak terima; 2. suka (akan), berkenan, mahu: kalau tiap-tiap kali pelawaan orang ditolak, boleh jadi di­katanya tidak ~; bersudikan berkenan akan, suka akan; menyudikan, mempersudikan 1. menja­dikan sudi (mahu, suka), memahukan; 2. meminta supaya sudi (melakukan sesuatu), mengajak supaya mahu, mempersilakan: tamu-tamu dipersudikan masuk; sudikanlah masuk ke rumah saya; 3. menarik (meman­cing) supaya mahu dll (melakukan sesuatu); kesudian perihal sudi, kemahuan, kerelaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyenangiberasa senang (gembira) akan, suka akan, menyukai: dlm memilih jalan tengah, kami tahu kami tidak akan disenangi oleh pihak kiri dan pihak kanan; saya lebih ~ teater; tidak ada suatu pun yg kusenangi;Kamus Dewan Edisi Keempat
cenderung1 ada minat pd sesuatu; suka akan: Ia ~ membaca. 2 tidak tegak; condong; senget. kecenderungan 1 apa-apa yg diminati atau disukai; kesukaan; kemahuan: Kaedah mengajar di sekolah rendah ini disesuaikan dgn ~ kanak-kanak. 2 perasaan cenderung pd atau suka akan sesuatu: ~nya dlm bidang muzik telah mendorongnya mendalami bidang itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mahu1. suka akan, suka hendak, bersedia akan: dia ~ supaya jawatan itu dipegang oleh se-orang anak negeri; ~ tak ~ a) segan-segan; b) terpaksa, harus; 2. hendak, akan: ~ ke mana budak itu; 3. bp maksud, keinginan, tujuan: apa ~ engkau di sini? semahunya, semahu-mahu, semahu-mahu-nya sekehendak (sesuka) hati, sewenang­wenang: keadaan spt itu tentu tidak akan dapat dibiarkan berjalan ~ sahaja; mahupun meskipun, walaupun; memahu-mahu, memahukan 1. memak­sa-maksa supaya mahu; 2. menghendakkan, mahu kpd; memahui, mengemahui menghendaki, me­nuntut (supaya); kemahuan kehendak, keinginan: macam-macam kehendak dan ~ mereka; berkemahuan mempunyai kemahuan: tabiat berfikir dan ~ secara bebas.Kamus Dewan Edisi Keempat
cenderung1. ada minat pd sesuatu; suka akan: Ia ~ membaca. 2. tidak tegak; condong; senget. kecenderungan 1. apa-apa yg diminati atau disukai; kesukaan; kemahuan: Kaedah mengajar di sekolah rendah ini disesuaikan dgn ~ kanak-kanak. 2. perasaan cenderung pd atau suka akan sesuatu: ~nya dlm bidang muzik telah mendorongnya mendalami bidang itu.Kamus Pelajar
menyayangi1. berasa sayang akan, mengasihi, mencintai: isteri yg tua engkau kasihi tetapi yg muda engkau sayangi; dia sungguh-sungguh ~ kedua-dua anaknya; 2. berasa gemar akan, suka akan: sekarang dia terpaksa meninggalkan tempat yg sangat disayanginya; 3. berasa kesal, menyesali;Kamus Dewan Edisi Keempat
tidak jemunyasuka (akan sesuatu);Kamus Dewan Edisi Keempat
sayangkansuka akan, gemar akan; sayangkan anak tangan-tangankan, sayang-kan bini tinggal-tinggalkan prb anak yg dimanjakan dan isteri yg diuliti selalu itu akhirnya menjadi sombong; sayangkan kain, buang baju, sayangkan lain buangkan aku prb dikatakan kpd suami yg mencari kekasih lain; ~ di anak dilecuti, ~ di negeri ditinggal-kan prb sayangkan anak dimarahi, sayangkan negeri pergi merantau ke negeri lain;Kamus Dewan Edisi Keempat
demenJw rasa suka akan seseorang atau sesuatu spt muzik, memancing dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas