genit | suka bergaya-gaya; banyak tingkahnya; keletah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
genit | suka bergaya-gaya; banyak tingkahnya; keletah. | Kamus Pelajar |
genit | 1. Id suka bergaya, banyak tingkah, keletah: gadis manis tetapi ~; 2. kecil dan lincah lagi menarik (bkn gadis); kegenitan perihal genit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
umang-umang | 1. sj ketam laut yg kecil (umum-nya bersarang di kulit siput); 2. ki orang yg suka bergaya atau berlagak dgn pakaian orang lain; bagai ~ prb orang yg berlagak dgn pakaian yg dipinjam; laksana bintang ~, di mana sarang udang, di situ tempat menumpang prb perihal kemiskinan seseorang yg ber-gantung hidup pd orang lain; sarang unam dimasuki ketam menjadi ~ prb a) orang yg menyamar kerana sesuatu muslihat; b) barang yg sama jika berlainan keadaannya maka berlainanlah pula namanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keletah | (kelétah) gerak-geri atau pertuturannya dibuat-buat, suka bergaya, genit: gadis ~; berkeletah berlagak atau berkata-kata dgn gaya yg dibuat-buat, bergaya: Si Bunga Pekan sedang ~ dgn perkataan-perkataan yg pelat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keletah | /kelétah/ gerak-geri yg dibuat-buat; pertuturan yg dibuat-buat; suka bergaya (bkn gadis); genit. berkeletah berlagak dgn gaya yg dibuat-buat; bergaya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keletah | /kelétah/ gerak-geri yg dibuat-buat; pertuturan yg dibuat-buat; suka bergaya (bkn gadis); genit. berkeletah berlagak dgn gaya yg dibuat-buat; bergaya. | Kamus Pelajar |
laram | bergaya (kerana memakai); segak; kacak. melaram menunjukkan gaya atau lagak. pelaram orang yg suka melaram. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
laram | bergaya (kerana memakai): segak; kacak. melaram menunjukkan gaya atau lagak. pelaram orang yg suka melaram. | Kamus Pelajar |
laram | bergaya, lagak, segak; melaram berhias diri dgn memakai pakaian yg cantik dsb (utk menunjuk-nunjuk); pelaram orang yg suka melaram. | Kamus Dewan Edisi Keempat |