pelawan | orang yg (suka) melawan; penentang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pelawan | (orang yg) suka melawan atau menentang, orang dll yg dijadikan lawan, penentang, pembantah, penyangkal: diperoleh ayam akan ~ ayam Raja Chulan itu; anak ~ anak derhaka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelawan | orang yg (suka) melawan; penentang. | Kamus Pelajar |
bermulut keras | berkeras kepala (suka melawan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
agresif | /agrésif/ bersifat suka melawan atau suka menentang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
agresif | /agrésif/ bersifat suka melawan atau suka menentang. | Kamus Pelajar |
keren | (kerén) Jk tampak berani serta tangkas, garang dan suka melawan, lekas marah, lekas berlari dgn pantas (bkn kuda dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemberontak | 1. orang atau kumpulan yg memberontak, penentang kerajaan, dll: ia bekas ~ yg telah dibebaskan; 2. suka melawan (menentang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bermulut | 1. mempunyai mulut, berlubang spt mulut; 2. bk bertutur, bercakap; ~ besar banyak cakap, angkuh, sombong; ~ keras berkeras kepala (suka melawan); ~ manis bercakap-cakap dgn lemah lembut; ~ di mulut orang prb selalu menurut kata orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
galak | mempunyai tabiat suka melawan serta menyerang (bkn binatang); buas dan ganas; garang: ~ benar anjing engkau ini. menggalak menjadi galak atau suka berlawan; menjadi garang: Anjing itu ~ apabila melihat orang yg tidak dikenali menghampiri rumah tuannya. menggalakkan 1 menjadikan galak; membangkitkan kemarahan: ~ ayam sabungan berlaga. 2 memberi semangat atau dorongan supaya terus maju dll: Ibunya ~ dia melanjutkan pelajarannya hingga ke universiti. galakan semangat atau dorongan yg diberikan supaya terus maju dll; sokongan dr segi moral: Salah satu sebabnya anak-anak bangsa kita lemah dlm pelajaran adalah kurang mendapat ~ drpd ibu bapa mereka. penggalak 1 orang yg menggalakkan (memberi semangat atau dorongan); pendorong: Kakaknyalah yg menjadi ~ baginya utk mencapai cita-citanya. 2 bahan kimia, ubat dll yg dpt meninggikan hasil, mempercepat percambahan dll: Mereka menggunakan bahan ~ utk menambah pengeluaran susu getah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |