suli II | ®gandasuli. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suli I | (Sunda) sl cucu, anak cucu: ~ku nyawa nenenda. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyusulan | perbuatan (hal dsb) menyusul, menyusuli atau menyusulkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
susul | ; menyusul 1 mengikut di belakang; mengekor: Dia pergi dahulu, tidak lama kemudian, adiknya ~. 2 datang kemudian; muncul selepas beberapa ketika: Mula-mula kedengaran bunyi yg kuat, kemudian ~ kapal angkasa yg amat besar. Beberapa pengumuman awam ~ selepas siaran berita. menyusuli 1 mengejar atau mengikut seseorang yg terdahulu utk menyainginya atau utk mengekorinya: Ia hendak ~ ayahnya ke Kuantan. 2 mengikut sesuatu dr belakang; mengekori: Beberapa buah kereta telah ~ keretanya hingga ke tempat penginapannya. 3 mengikut jejak langkah; melakukan sesuatu spt yg telah dilakukan oleh orang yg terdahulu: Dia ~ jejak arwah ayahnya menjadi doktor. Pelancaran Sputnik disusuli oleh beberapa satelit buatan lain. 4 keluar menyambut kedatangan orang; menyongsong; mengalu-alukan: Asrul telah ~ datuknya yg baru masuk ke halaman rumahnya. 5 menyambung surat yg dahulu. menyusulkan 1 membawa menyusul. 2 menambahkan; menyertakan. susulan 1 apa-apa atau sesuatu yg menyusul atau yg disusulkan. 2 hasil drpd menyusul. penyusulan perbuatan (hal dsb) menyusul, menyusuli atau menyusulkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |