Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.lih] | سوليه

Definisi : Jw ganti, pengganti, wakil; menyulih, menyulihi mengganti, mewakili. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sulih


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sulihJw ganti, pengganti, wakil; menyulih, menyulihi mengganti, mewakili.Kamus Dewan Edisi Keempat
wakil1. orang yg diberi kuasa menggantikan atau bertindak bagi pihak orang lain, peng­ganti, sulih: ia dihantar sbg ~ ayahnya utk menyelesaikan hutang-piutang itu; 2. orang yg dilantik sbg utusan atau utk bertindak dsb bagi pihak (kerajaan, persatuan sekerja, rakyat, dll), utusan: beliau dihantar sbg ~ Malaysia ke persidangan BB; 3. orang (syarikat dll) yg menjalankan urusan perniagaan dsb utk orang atau pihak lain, ejen: syarikat itu telah dilantik sbg ~ General Motors di negeri ini; 4. Id jawatan yg kedua tingginya (di bawah jawatan yg disebutkan berikutnya), naib, penolong, timbalan: ~ kedua; ~ presiden; ~ dagang orang yg dilantik utk mengurus perdagangan; ~ mutlak wakil yg diberi kuasa (hak dll) yg penuh; ~ nikah orang yg menjadi wakil pengantin dlm pernikahan; ~ (pejabat) pos pejabat pos kecil (yg biasanya menjadi wakil urusan pos di kampung-kampung dan tidak mempunyai bangunan yg khas); ~ rakyat seseorang yg telah dipilih dlm pilihan raya utk menjadi wakil penduduk di kawasan pilihan rayanya (dlm parlimen dsb), ahli parlimen, ahli majlis undangan negeri; ~ tetap orang dll yg dilantik menjadi wakil utk waktu yg berpanjangan; ~ tunggal wakil perdagangan yg satu-satunya (tidak ada wakil yg lain); berwakil mempunyai (memakai) wakil, me­lantik (memberi kuasa dsb kpd) seseorang utk berlaku sbg wakil: masalahnya, dia sendiri tidak hadir dan tidak pula ~; berwakilkan menggunakan (melantik dll) sbg wakil: pelabur-pelabur yg ~ pejabat pos akan menerima surat akuan penerimaan dr Ibu Pejabat ASNB; mewakili menjadi wakil kpd, bertindak sbg wakil atau pengganti kpd atau bagi pihak (seseorang dll), menyulihi: peguam yg telah disahkan oleh mahkamah tertinggi boleh hadir di mana-mana mahkamah utk ~ orang; mewakilkan 1. memberi kuasa kpd sese-orang utk menjadi wakil, menunjuk (melantik) seseorang lain utk mewakili: semua ahli mesti hadir sendiri, tidak boleh ~ orang lain; 2. menyerahkan kpd orang yg dipercayai utk diurus dsb, mempercayakan (mengamanah­kan) kpd: perahu besar itu tinggal di pangkalan Saleh, diwakilkannya kpd orang di situ; perwakilan 1. segala sesuatu mengenai wakil, perihal wakil-mewakili: soal ~ pelajar utk duduk bersama dlm parlimen telah dibincangkan dlm mesyuarat itu; 2. beberapa orang utusan (pemerintah dll), perutusan: menteri itu telah mengetuai satu ~ seramai lima orang utk menghadiri persidangan Pembangunan Ekonomi Asia Tenggara; 3. para wakil, majlis wakil-wakil, tempat wakil­wakil: dewan (majlis) ~ rakyat; 4. wakil (pejabat yg mewakili) sesebuah negara sebelum ada duta: ia berhak mendapat perlindungan apabila berada di luar negeri menerusi dutaduta atau ~ negerinya di negeri itu; 5. wakil (pejabat yg mewakili) perdagangan: majalah ini dapat dibeli melalui ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas