SSM II | kep Sistem Saraan Malaysia, iaitu sistem perkhidmatan awam bagi kakitangan kerajaan, yg menggantikan Sistem Saraan Baru mulai 1 November 2002, yg berteraskan kompetensi dlm pengurusan sumber manusia, penilaian tahap kecekapan, serta menggalakkan pembelajaran secara berterusan di kalangan staf. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alam nasut | alam manusia, seluruh manusia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nasut | Ar kemanusiaan; alam ~ alam manusia, seluruh manusia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
umat manusia | sekalian manusia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
umat | 1 pengikut Nabi; penganut sesuatu agama: ~ Islam; ~ Muhammad SAW. 2 seluruh rakyat; orang ramai. 3 = ~ manusia sekalian manusia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
manusia | makhluk Allah yg berjasad dan berakal fikiran; insan. kemanusiaan hal-hal yg berkaitan dgn manusia: peri~ perasaan atau perangai yg layak bagi manusia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
peri yg layak bagi manusia | perbuatan yg layak bagi manusia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
segelintir | sekumpulan kecil (manusia): mereka berusaha utk mempersalahkan seluruh kaum kerana dosa ~ manusia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Suhakam | akronim bagi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (badan bebas yg memperjuangkan hak asasi manusia). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelintir | 1. Jw butir, biji; 2. orang (sbg penjodoh bilangan); segelintir sekumpulan kecil (manusia): mereka berusaha utk mempersalahkan seluruh kaum kerana dosa ~ manusia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |