Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ngai] | سوڠاي

Definisi : tali air yg semula jadi, batang air, kali: S ~ Pahang; anak ~ cabang dr sungai yg besar, sungai kecil; hilir ~ bahagian sungai sebelah bawah, lwn udik (hulu); hulu ~ bahagian atas sungai, udik; kalau menyeberang ~ biarlah ditelan oleh buaya, tetapi jangan dipagut oleh ikan kecil­kecil prb jikalau kita membuat sesuatu kesalahan biarlah dihukum oleh orang yg berkuasa (ditegur oleh orang yg berilmu) tetapi jangan dianiaya oleh orang kecil-kecil; ke sungai bh (pergi) membuang air besar; ~ sambil mandi prb sekali membuat, dua tiga pekerjaan diselesaikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ngai] | سوڠاي

Definisi : aliran air semula jadi yg menyalurkan air ke laut (ke tasik atau ke sungai lain); batang air; kali: ~ Pahang; anak ~ cabang kpd sungai yg lebih besar. ke ~ bh buang air. ke ~ besar berak. ke ~ kecil kencing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sungai

Puisi
 

Sungai Tompok airnya dalam,
     Sungguh dalam bercampur pasir;
Orang Tompok banyak Islam,
     Sungguh Islam bercampur kafir.


Lihat selanjutnya...(72)
Peribahasa

Ke sungai sambil mandi.

Bermaksud :

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir).

 

Lihat selanjutnya...(18)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
batu sungaibatu yg terdapat di sungai-sungai;Kamus Dewan Edisi Keempat
berhulu1. terbit di, berasal dr (sungai): sungai itu ~ di pergunungan Titiwangsa; 2. mempunyai hulu, bertangkai;Kamus Dewan Edisi Keempat
batu kalibatu yg terdapat di sungai-sungai;Kamus Dewan Edisi Keempat
batu airbatu yg terdapat di sungai-sungai;Kamus Dewan Edisi Keempat
serokan/sérokan/ 1 teluk kecil yg terdapat di sungai-sungai atau di tepi laut. 2 parit yg mengalirkan air ke sawah; tali air.Kamus Pelajar Edisi Kedua
serokan(sérokan) 1. teluk kecil (yg terdapat di sungai-sungai atau di pantai laut); 2. aliran air (di sawah), parit; serok III.Kamus Dewan Edisi Keempat
jangkat I1. bahagian yg cetek (di sungai) tempat orang menyeberang (memandikan kerbau, dll); 2. cetek, dangkal: sungai-sungai ini sudah menjadi cetek atau ~ hingga setiap kali turun hujan lebat airnya melimpahi tebing.Kamus Dewan Edisi Keempat
peta bumipeta yg khas menunjukkan tanah (gunung, laut dan sungai-sungai).Kamus Pelajar Edisi Kedua
serokan /sérokan/1 teluk kecil yg terdapat di sungai-sungai atau di tepi laut.Kamus Pelajar
piranasj ikan kecil yg bergigi tajam dan me­makan daging, yg lazim terdapat dlm sungai­-sungai di Amerika Selatan, Serrasalmus spp.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas