memugar | melakukan atau mengerjakan dgn sungguh-sungguh, menyungguh-nyungguh; ~ berjalan berjalan sungguh-sungguh (cepat-cepat); ~ minum minum sungguh-sungguh (banyak); pugak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pugar II | Mn; memugar melakukan atau mengerjakan dgn sungguh-sungguh, menyungguh-nyungguh; ~ berjalan berjalan sungguh-sungguh (cepat-cepat); ~ minum minum sungguh-sungguh (banyak); pugak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tekad | (tékad) kemahuan yg sungguh-sungguh (utk mencapai sesuatu), kepercayaan yg sungguh-sungguh, kebulatan hati: bulatlah sudah ~ nya utk ke luar negeri; memasang ~ Id bernazar, berkaul, berniat; membulatkan ~ menetapkan kemahuan (utk berbuat sesuatu); bertekad bermaksud, berazam, berniat; ketekadan kesungguhan (hati): ~ utk ber-satu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sungguh-sungguh | tidak main-main, dgn segenap hati, dgn tekun: kelemahan inilah yg harus diketahui, yg harus dicari sungguh-sungguh jika ia mahu berjaya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sambalewa | (sambaléwa) = menyambalewa tidak sungguh-sungguh (dlm melakukan sesuatu), sambil-sambilan, sambil lewa; menyambalewakan melakukan sesuatu tidak dgn sungguh-sungguh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ikrar | janji yg sungguh-sungguh; janji yg disertai sumpah; pengakuan: Mereka berhimpun di hadapan sekolah utk membaca ~. berikrar berjanji dgn sungguh-sungguh hati; berjanji akan mematuhi sesuatu: Mereka ~ utk mempertahankan bandar itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ikrar | janji yg sungguh-sungguh; janji yg disertai sumpah; pengakuan: Mereka berhimpun di hadapan sekolah utk membaca ~. berikrar berjanji dgn sungguh-sungguh hati; berjanji akan mematuhi sesuatu: Mereka ~ utk mempertahankan bandar itu. | Kamus Pelajar |
giat I | rajin serta sungguh-sungguh membuat sesuatu; tangkas dan kuat; aktif: Anak-anak hendaklah dididik supaya ~ belajar. bergiat berusaha dgn sungguh-sungguh:Setelah tamat pengajiannya, ia ~ pula dlm lapangan politik. menggiatkan membangkitkan semangat supaya giat: Tujuan syarikat itu ialah ~ orang-orang Melayu dlm lapangan perniagaan. mempergiat menjadikan lebih giat: Dia ~ usaha yg dijalankannya itu. kegiatan 1. hal atau keadaan giat; ketangkasan dan kekuatan (berusaha); keaktifan. 2. usaha atau kerja yg dilakukan; aktiviti: ~ luar sekolah. | Kamus Pelajar |
olok; olok-olok | tidak sungguh-sungguh (bkn sesuatu perbuatan atau percakapan); utk bermain-main saja: Saya harap saudara tidak marah, itu cuma ~ saja. bukan ~ sungguh-sungguh. berolok-olok bermain-main dgn perkataan atau dgn perbuatan (spt menyindir, mengejek, berkelakar): ~ boleh, tetapi hendaklah kena pd tempat dan masanya. mengolok-olokkan membuat sesuatu dgn olok-olok. memperolok-olokkan mempermainkan orang lain dgn perkataan atau dgn perbuatan; menjadikan sesuatu sbg bahan utk berolok-olok: Saya tidak suka saudara ~ saya begini. | Kamus Pelajar |
renung | ; merenung memandang dgn teliti atau dgn sungguh-sungguh; memperhatikan baik-baik: Dia ~ muka anaknya dan kemudian memanggil isterinya keluar. merenungkan memikirkan dalam-dalam; mempertimbangkan dgn sungguh-sungguh: Kita harus ~ nasihat ibu bapa kita. perenungan perbuatan, hal dsb merenung atau merenungkan. renungan (sesuatu) yg difikirkan dalam-dalam; buah fikiran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |