Definisi : ; bersurai berpisah-pisah, bercerai-cerai: setelah mayatnya ditimbus, semua yg hadir pun ~lah pulang ke tempat masingmasing; menyurai, menyuraikan menjadikan bersurai, membubarkan (perkumpulan dll), memisah-misahkan, mencerai-ceraikan: polis terpaksa melepaskan tembakan gas pemedih mata utk menyuraikan perkumpulan haram itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : ; bersurai berpisah-pisah menuju haluan masing-masing; bercerai-cerai: Hingga larut malam, barulah mereka ~. menyuraikan menjadikan bersurai; memisahkan; menceraikan: Polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata utk ~ perarakan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)