Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tidak senang hati, sedih hati, dukacita: jangan ~, nanti ia akan kembali lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tidak senang hati; sedih; dukacita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susah (adjektif)
1. Bersinonim dengan sukar: payah, rumit, sulit,

2. Bersinonim dengan jarang ada: sukar terdapat

3. Bersinonim dengan miskin: papa, daif, melarat, serba kekurangan,

Kata Terbitan : bersusah-susah, menyusahkan, kesusahan,

Puisi
 

Kucing kurus menghembus api,
     Sudah hembus padam menyala;
Kurus kering kerana susah hati,
     Kerana telinga tak mendengar kata.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Apa boleh buat,
     nasi sedap menjadi tawar.

Bermaksud :

Susah hati dapat mengubah perangai seseorang.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
dukacita(perasaan) sedih (hati); susah hati; duka: Baginda sedang dilamun ~. berdukacita berasa sedih atau susah hati: Dia sangat ~ atas kematian adik kesayangannya itu. mendukacitakan menyebabkan (menimbulkan) rasa dukacita; menyedihkan; mendukakan: Dia tidak ingat akan peristiwa yg ~ itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dukacitaperasaan sedih (hati); susah hati; duka:Baginda sedang dilamun ~. berdukacita berasa sedih atau susah hati:Dia sangat ~ atas kematian adik kesayangannya itu. mendukacitakan menyebabkan (menimbulkan) rasa dukacita; menyedihkan; mendukakan: Dia tidak ingat akan peristiwa yg ~ itu.Kamus Pelajar
duka nestapasedih hati, susah hati, dukacita: air mata Arthur menitis dan aku tenggelam dlm ~ memikirkan nasib kawan-kawan di dasar laut;Kamus Dewan Edisi Keempat
sungkawaJw sedih hati, susah hati, gundah; bersungkawa bersedih hati, berdukacita, berkabung; ®belasungkawa.Kamus Dewan Edisi Keempat
runsing1 = ~ hati susah hati kerana tidak sampai maksud dll; sebal hati: Hatinya bertambah ~ setelah mendengar berita yg menyedihkan itu. 2 cepat marah. merunsingkan menimbulkan atau mendatangkan rasa runsing: Kegagalannya dlm peperiksaan itu ~ fikirannya. kerunsingan keadaan atau rasa runsing.Kamus Pelajar Edisi Kedua
nestapa= duka ~ sedih hati, susah hati, dukacita: air mata Arthur menitis dan aku tenggelam dlm ~ memikirkan nasib kawan-kawan di dasar laut; kenestapaan perihal nestapa, kesedihan, kesusahan hati.Kamus Dewan Edisi Keempat
sedih hatirasa pilu dlm hati; susah hati: ~ rasanya mengenang peristiwa-peristiwa yg lalu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
duka(perasaan) susah hati; sedih hati: Suka dan ~ itu sudah menjadi kebiasaan. berduka, = ~ hati bersusah hati; bersedih (hati): Sejak anaknya meninggal dunia, ia ~ saja. mendukakan menyebabkan (menimbulkan) rasa duka; menyedihkan hati; menyusahkan hati: Yg ~ hatinya ialah anak sulungnya tidak pernah menziarahinya. kedukaan keadaan duka (susah hati): Dia dpt mengatasi ~nya dgn melupakan peristiwa pahit itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sedih1 = ~ hati rasa pilu dlm hati; susah hati: ~ rasanya mengenang peristiwa-peristiwa yg lalu.Kamus Pelajar
sedih1 = ~ hati rasa pilu dlm hati; susah hati: ~ rasanya mengenang peristiwa-peristiwa yg lalu. 2 dpt menimbulkan rasa pilu (hiba): cerita-cerita ~. bersedih, = ~ hati berasa pilu (hiba); berdukacita. menyedihkan menyebabkan berasa sedih; menimbulkan rasa sedih: Apa yg ~ kamu?. Keadaan orang-orang Melayu di kawasan luar bandar amat ~. kesedihan perasaan atau keadaan sedih; kesusahan hati. penyedih orang yg mudah atau selalu berasa sedih.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas