bentil | = ~ susu puting susu, hujung susu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
susu I | 1. buah dada, tetek, kopek; hujung ~ = mata ~ = pentil ~ = puting ~ bahagian hujung susu; ruang ~ ruang di antara dua buah dada; 2. = air ~ air berwarna putih yg keluar dr buah dada; binatang ~ binatang yg dipelihara utk mendapat susu; kepala ~ lemak yg kental pd air susu; kilang ~ a) kilang tempat memproses susu; b) bahagian badan yg menghasilkan susu; lapar ~ mahu susu (anak kecil); 3. cairan yg menyerupai air susu yg diperoleh dr tumbuhan (pokok getah, tuba, dll): selepas pokok getah berumur 30 tahun ~nya akan berkurang; ~ badan susu ibu; ~ (ber)formula susu tepung yg disediakan mengikut formula khusus utk golongan tertentu spt bayi, ibu mengandung dsb; ~ bundar buah dada (perempuan) yg bulat dan cekang; ~ berlemak susu asli yg tidak diproses (masih mengandungi lemak aslinya); ~ bubuk susu tepung; ~ cair sj susu yg agak kental yg dibuat dgn jalan pengewapan dgn tekanan dan suhu tinggi; ~ ibu susu dr buah dada; ~ kaleng = ~ kalengan Id susu yg telah diproses dan diisikan dlm tin; ~ kopek = ~ lanjut buah dada yg labuh; ~ macan bp sj minuman drpd air susu yg dicampur dgn minuman keras; ~ pekat susu yg dipekatkan dan dibubuh gula; ~ tanpa lemak susu yg lemaknya telah dikeluarkan; ~ tepung sj susu yg diproses menjadi tepung; ~ tin susu dlm tin; ~ di dada tak dapat dielakkan prb nasib seseorang itu tidak boleh ditolak (baik atau jahat); air ~ dibalas dgn air tuba prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; spt ~ dgn sakar prb a) dua hal yg bersetujuan benar; b) aturan yg masih tetap berlaku dan dipakai; menyusu menghisap susu: budak itu sudah tidak mahu ~; gajah ~ (binaan) atap atau sengkuap yg bersambung dgn rumah; menyusui memberi minum susu kpd: binatang mamalia ~ anaknya yg masih kecil; menyusukan 1. menyusui: mereka menyerahkan kanak-kanak yg baru lahir kpd perempuan lain utk disusukan; 2. membiarkan menghisap susu (menyusu); susuan 1. yg diberi susu, yg disusui; anak ~ a) anak yg masih menyusu; b) anak orang yg disusui; saudara ~ saudara kerana menyusu dr perempuan yg sama; 2. puting susu yg dibuat drpd getah (sbg ganti susu ibu): yg seorang masih lekat ~ dimulutnya; penyusuan perihal (perbuatan) menyusui: pemendekan tempoh ~ bayi boleh membahayakan kesihatannya; penyusu orang yg menyusui, pengasuh, inang: Muhammad besar di bawah peliharaan ~nya itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bentil susu | puting susu, hujung susu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rum I | IB lemak kentalan air susu, kepala susu; ~ gula campuran susu (mentega) dgn gula. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
susu | 1 buah dada; tetek. 2 = air ~ air berwarna putih yg keluar dr buah dada. 3 air berwarna putih yg keluar dr tetek haiwan (spt lembu, kambing) yg dijadikan makanan. 4 benda cair spt air susu yg diperoleh dr beberapa jenis pokok (spt getah, tuba). ~ badan susu ibu. ~ cair susu yg tidak dicampur gula dan diperoleh dgn cara penyejatan. ~ formula susu tepung yg disediakan mengikut formula khusus utk golongan tertentu, spt bayi, ibu mengandung, orang tua. ~ ibu susu dr buah dada yg dihisap bayi sbg makanannya. ~ julung susu yg keluar buat kali pertama dr lembu dsb yg baru melahirkan anak. ~ kering (tepung) susu yg diproses dlm bentuk serbuk. ~ pekat susu yg telah disejat dan dicampur dgn gula. ~ siring susu yg telah diambil kepalanya. ~ tin susu yg dijual dlm tin. bersusu mempunyai susu. menyusu meng-hisap air susu dr buah dada dsb: Adli baru berumur satu tahun setengah tetapi sudah berhenti ~. menyusui memberikan susu (tetek) supaya dihisap; memberi minum air susu: Rosminah sedang ~ anaknya. penyusuan hal (perbuatan dsb) menyusu atau menyusui. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tenusu | 1 bangunan tempat menyimpan susu dan tempat membuat bahan makanan drpd susu. 2 perusahaan menyimpan susu dan membuat bahan makanan drpd susu. 3 ladang tempat berternak binatang utk mendapatkan susu. pentenusu orang atau pekerja yg menjalankan perusahaan tenusu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lancang III | sj tumbuhan (herba), ara tanah, gelang susu, keremak susu, Euphorbia hirta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemerah | 1. alat atau mesin utk memerah (jus dsb): ~ oren; ~ tebu; 2. orang yg memerah (susu dsb): ~ susu lembu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
getah I | 1. cairan pekat yg keluar dr bermacammacam pokok: ~ jelutung; ~ rambung; 2. = susu ~ = ~ susu cairan yg keluar dr pokok para (atau pokok getah) terutamanya apabila ditoreh kulitnya; 3. bahan kenyal atau memberi yg dibuat drpd susu getah dll; ~ pemadam = ~ penggosok; kasut ~; tikar ~; 4. pokok para, Hevea spp.: ladang ~; menanam ~; 5. Id zat cair dr kelenjar tubuh: ~ bening; ~ lambung; ~ asap kepingan getah yg sudah diasap; ~ asli = ~ alam getah yg berasal drpd pokok para; ~ bening Id zat cair drpd darah yg mengandungi zat makanan; ~ buku = ~ sekerap = ~ tanah sisa susu getah yg sudah keras; ~ gebu getah yg berupa span (bunga kerang); ~ kahwin pokok getah yg diperoleh dgn jalan mengahwinkan pokok-pokok getah yg berlainan jenis; ~ keping getah yg berupa kepingan; ~ kerip getah keping yg menggerutu; ~ kilangan getah yg telah diproses di kilang; ~ lambung Id zat cair dlm perut utk pencernaan makanan; ~ serbuk getah yg berupa serbuk; ~ span = ~ busa getah yg dimasukkan gelembung-gelembung udara, biasanya digunakan utk membuat tilam dan kusyen; ~ taban = ~ perca getah drpd pokok dlm famili Sapotaceae, terutama drpd taban merah, Palaquium gutta, dan digunakan utk membuat bahan penebat kabel; ~ tiruan = ~ sintetik getah yg dibuat drpd campuran bahan kimia yg cirinya (spt kekenyalan dll) menyerupai ciri getah asli, dan digunakan utk membuat paip, tayar, dll; ~-~ dibawa ke lalang prb orang yg pandai itu mudah sekali menipu barang siapa yg bergaul dengannnya; ~-~ dibawa ke semak prb perkara yg semakin kusut; ~ meleleh ke pangkal, daun melayang jauh = daun dapat dilayangkan, ~ jatuh ke perdu juga prb anak sendiri lebih dikasihi drpd anak saudara; ~ terbangkit, kuaran tiba prb salah langkah (utk mencari keuntungan); berseleleran bagai ~ di lalang prb percakapan yg tidak berkesudahan dan tidak beraturan; ditakik ~ di daun prb hidup melarat; tak sama ~ daun dgn ~ batang prb kasih kpd anak kandung tidak sama dgn kasih kpd anak saudara; tak sungguh ~ daun, yg sebenarnya ~ batang prb sejahat-jahat saudara kandung, lebih baikjuga drpd kerabat yg lain; bergetah 1. mempunyai (mengandungi) getah: pokok itu ~; 2. lekat, melekat: badannya ~ kerana berpeluh; 3. mencari getah (di hutan); 4. ki menarik dan menggiurkan (bkn bentuk badan wanita), seksi: dia kelihatan berkepit dgn wanita baru yg ~ itu; ~ bibir ki sangat pandai memikat hati (membujuk dll); menggetah 1. mencari getah: kawan-kawannya ~ ke hutan; 2. menangkap (burung dll) dgn getah: ~ punai; 3. menjadi spt getah;~ bawang ki perkataan dll yg menyakitkan hati; niat hati nak getah bayan, sudah tergetah burung serindit prb lain yg dihajati, lain yg diperoleh; tergetah terkena getah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tin I | 1. kepingan drpd logam (biasanya berlapis timah): baldi dibuat drpd plastik atau ~; 2. bekas yg dibuat drpd logam yg berlapis timah: ~ minyak tanah; ~ rokok; ~ susu; buah ~ buah dlm tin; susu ~ susu dlm tin; bertin-tin beberapa banyak tin: ~ susu tepung juga telah dihantar sbg bantuan kecemasan kpd mangsa banjir itu; mengetin membubuh atau menaruh ke dlm tin: kerja-kerja ~ dilakukan oleh mesin; mengetinkan menyimpan (makanan, buah-buahan) dlm tin yg dipateri supaya tahan lama: ~ makanan; ~ nanas; pengetinan kerja (proses dsb) mengetin atau mengetinkan: ~ buah-buahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |