syarak | hukum yg bersandarkan ajaran agama Islam; hukum Islam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
syarak | Ar hukum yg bersandarkan ajaran agama Islam, hukum Islam: pakaian yg bersih dan suci sebagaimana yg dikehendaki ~; berbuatlah ia suatu pekerjaan yg tidak patut pd ~ dan pd adat iaitu bermain muda. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
syarak | hukum yg bersandarkan ajaran agama Islam; hukum Islam. | Kamus Pelajar |
adat | 1. peraturan yg sudah diamalkan turun-temurun (sejak dahulukala) di dlm sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan peraturan yg harus dipatuhi), lembaga: ~ Minangkabau; ~ Perpatih; ~ Rembau; 2. cara yg sudah menjadi kebiasaan, sifat, kebiasaan: ~ air cair, ~ api panas; kurang ~ tidak sopan, kurang ajar; membawa ~ haid (datang bulan); mengisi ~ menjalankan adat kebiasaan, memenuhi kewajiban; tahu ~ sopan; tak tahu ~ tidak sopan, kurang ajar; ~ dunia sifat dunia, kebiasaan di dunia; ~ gelanggang = ~ menyabung peraturan menyabung (ayam); ~ istiadat berbagai-bagai adat (peraturan) yg dituruti; ~ menyerambi adat menjamu bakal menantu laki-laki; ~ resam adat kebiasaan; ~ bersendi syarak, syarak bersendi ~ prb segala perbuatan hendaklah jangan bertentangan dgn adat dan agama; ~ diisi, lembaga dituang prb Mn mengerjakan sesuatu menurut adat kebiasaan; ~ gajah terdorong prb orang yg berkuasa biasanya menyalahgunakan kekuasaannya; ~ lama pusaka usang prb Mn adat yg tidak berubah-ubah sejak dahulu; ~ periuk berkerak, ~ lesung berdedak prb jika berkehendakkan keuntungan, haruslah susah; ~ sepanjang jalan, cupak sepanjang betung prb tiap-tiap perbuatan ada peraturannya, tiap-tiap negeri mempunyai kebiasaannya; hidup dikandung ~ mati dikandung tanah prb setiap orang harus mentaati adat selama hidup dan jangan pula melupakan bahawa dia akan mati; hilang ~ tegal muafakat prb adat lama itu boleh diubah asal dgn muafakat; beradat 1. mempunyai adat, tahu sopan santun; 2. melakukan sesuatu secara adat; mengadatkan menjadikan sesuatu adat, menjadikan sesuatu kebiasaan; adat yg diadatkan adat yg ditetapkan; teradat sudah menjadi adat atau kebiasaan; adat yg ~ adat yg terjadi kerana kebiasaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
halal | 1 dibolehkan (melakukan sesuatu) oleh undang-undang Islam; tidak ditegah oleh syarak; tidak haram: Daging lembu ~ dimakan oleh orang-orang Islam. 2 diperoleh atau dibuat dgn jalan yg sah atau jujur: harta ~ harta yg diperoleh secara jujur; anak ~ anak yg sah. 3 direlakan (diberikan dgn suka hati); telah jelas atau lunas (hutang dll): Segala pemberiannya kpd mangsa-mangsa itu adalah ~. Saya harap hutang itu ~lah dunia akhirat. menghalalkan membolehkan (membenarkan) sesuatu mengikut undang-undang Islam; dibenarkan oleh syarak: Allah ~ jual beli dan mengharamkan riba. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
halal | 1. dibolehkan (melakukan sesuatu) oleh undang-undang Islam; tidak ditegah oleh syarak; tidak haram: Daging lembu ~ dimakan oleh orang-orang Islam. 2. diperoleh atau dibuat dgn jalan yg sah atau jujur: harta ~ harta yg diperoleh secara jujur; anak ~ anak yg sah. 3. direlakan (diberikan dgn suka hati); telah jelas atau lunas (hutang dll): Segala pemberiannya kpd mangsa-mangsa itu adalah ~. Saya harap hutang itu ~lah dunia akhirat. menghalalkan membolehkan (membenarkan) sesuatu mengikut undang-undang Islam; dibenarkan oleh syarak: Allah ~ jual beli dan mengharamkan riba. | Kamus Pelajar |
hukum syarak | hukum yg didasarkan pd al-Quran, hadis, ijmak dan qias. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rukun syarak | asas dan hukum agama Islam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hukum syarak (syariah) | peraturan (ketentuan) mengenai kehidupan menurut Islam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hukum Islam | = ~ syarak (syariah) peraturan (ketentuan) mengenai kehidupan menurut Islam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |