memorandum | (mémorandum) 1. dokumen yg merakamkan syarat-syarat perjanjian, pembentukan syarikat, dsb; ~ persefahaman suatu bentuk perjanjian bertulis antara dua pihak (organisasi, institusi, negara dsb) utk melaksanakan sesuatu projek (penyelidikan dsb) usaha sama yg tidak melibatkan implikasi undang-undang; 2. nota ringkas tentang sesuatu perkara edaran dalaman (mis dlm pejabat). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengikrarkan | 1. melafazkan janji, pengakuan dsb: berjuta-juta rakyat negeri ini ~ kesediaan mereka utk membela ibu pertiwi; 2. mengakui, menetapkan sah, membenarkan: ~ syarat-syarat perjanjian itu; 3. menetapkan niat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kontrak | 1. perjanjian formal dgn syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih: menandatangani ~ perdagangan antara syarikat; buruh ~ buruh yg terikat oleh perjanjian bekerja dgn majikan; mendapat ~ mendapat hak dgn berdasarkan perjanjian utk mengurus (menjual dll), mendapat hak (mengurus dll sesuatu) dgn ikatan perjanjian; mengikat ~ mengikat perjanjian berdasarkan kontrak; 2. dokumen yg mengandungi syarat-syarat perjanjian ini: ~ hadapan; ~ niagaan ke depan; 3. cabang undang-undang yg berkaitan dgn kontrak; ~ hadapan (Eko) perjanjian urus niaga antara pembeli dgn penjual yg bersetuju berjual beli komoditi atau mata wang pd masa akan datang; ~ niagaan ke depan (Eko) kontrak pembelian atau penjualan komoditi, mata wang, indeks, dan instrumen kewangan yg dibuat utk dipenuhi pd tarikh tertentu masa akan datang; ~ sosial a) persetujuan yg telah dicapai antara pihak-pihak yg berkepentingan utk membentuk sebuah masyarakat yg padu dan sejahtera dgn setiap pihak bersedia bertolak ansur serta mengetepikan kepentingan peribadi tertentu; b) (Udg) persetujuan rakyat utk menyerahkan kebebasan individu sbg balasan kpd perlindungan yg diberikan oleh pemerintah dan pemerintah mesti memerintah selaras dgn hasrat rakyat; berkontrak berkaitan dgn, terkandung dlm atau berdasarkan kontrak: tuntutan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ikrar | Ar 1. lafaz janji, pengakuan dsb; 2. janji yg sungguh-sungguh, biasanya disertai dgn sumpah, pengakuan: kami membuat ~ akan tetap setia antara satu sama lain; membaca ~; 3. ark piagam: ~ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; berikrar berjanji dgn sungguh-sungguh hati secara lisan: orang kampung itu telah ~ akan bersatu padu utk menentang musuh; mengikrarkan 1. melafazkan janji, pengakuan dsb: berjuta-juta rakyat negeri ini ~ kesediaan mereka utk membela ibu pertiwi; 2. mengakui, menetapkan sah, membenarkan: ~ syarat-syarat perjanjian itu; 3. menetapkan niat; pengikraran perbuatan mengikrarkan; pengikrar orang (kumpulan orang dsb) yg berikrar atau mengikrarkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
polisi insurans | dokumen perjanjian yg mengandungi syarat-syarat perlindungan insurans. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
polisi II | dokumen yg mengandungi kontrak insurans; ~ insurans dokumen perjanjian yg mengandungi syarat-syarat perlindungan insurans. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terbatal | dibatalkan: perjanjian itu dianggap tidak sah atau ~ jika syarat-syarat yg ditetapkan tidak dipatuhi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
indentur | (indéntur) (Eko) perjanjian antara penerbit bon dgn pemegang bon, yg mencatatkan syarat-syarat sesuatu terbitan bon. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
polisi insurans | dokumen atau surat perjanjian antara syarikat insurans dgn pengambil insurans, yg mengandungi syarat-syarat perlindungan insurans. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
polisi | 1, = ~ insurans dokumen atau surat perjanjian antara syarikat insurans dgn pengambil insurans, yg mengandungi syarat-syarat perlindungan insurans. 2 rancangan tindakan yg disetujui, yg menjadi dasar sesebuah pergerakan, pertubuhan dll dlm melaksanakan sesuatu keputusan: ~ kerajaan; ~ parti politik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |