Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.buh] | تابوه

Definisi : tabuh 1. gendang raya, beduk, geduk (di surau, masjid, istana, dll); ~ larangan tabuh di istana raja yg hanya dipalu apabila ada hal-hal yg penting; 2. alat utk memalu bunyi-bunyian (gong dll): ~ beduk; 3. bunyi beduk (gendang) sbg isyarat: terdengar ~ panjang tentu ada orang yg meninggal; akan dijadikan ~ singkat, akan dijadikan genderang berlebih = utk ~ singkat, utk gendreng panjang prb sesuatu yg tidak dapat digunakan utk sebarang maksud; lulus ~ perhatian prb berasa lapang atau senang hati kerana terlepas drpd tugas yg berat dll; masuk meliang penjahit, keluar meliang ~ prb besar belanja drpd hasil pendapatan; mulut ~ dapat disumbat, mulut orang bagai­­mana menyumbatnya prb jika sesuatu rahsia diketahui orang nescaya tersiarlah khabarnya; menabuh 1. memalu (memukul) tabuh dll: mereka ~ gendang raya pd tiap-tiap petang Jumaat; 2. Pl, bk membuat sesuatu dgn kasar (makan dgn rakus dll); tabuhan, tabuh-tabuhan segala alat bunyi-bunyian yg dipalu; penabuh 1. orang yg memalu (memukul) tabuh dll, pemalu; 2. Kd perbuatan memukul seseorang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.buh] | تابوه

Definisi : 1 gendang besar yg dipalu utk tujuan tertentu; gendang raya; beduk. 2 bunyi beduk utk memberi isyarat: ~ panjang itu memberitahukan khabar bahawa ada orang yg meninggal. menabuh memalu atau memukul tabuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tabuh (kata nama)
Bersinonim dengan gendang raya, nobat, lengkara, nekara, beduk, geduk;,
Kata Terbitan : menabuh, penabuh,

Puisi
 

Tabuh bunyi hari Jumaat,
     Itu bernama gendang raya;
Bagai nabi kasih umat,
     Begitu juga kasih saya.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Mulut tabuh dapat disumbat,
     mulut orang bagaimana menyumbatnya.

Bermaksud :

Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke mana-mana. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mulut buyung dapat dipendam, mulut manusia siapa dapat menutup, b. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tabuhtabuh 1. gendang raya, beduk, geduk (di surau, masjid, istana, dll); ~ larangan tabuh di istana raja yg hanya dipalu apabila ada hal-hal yg penting; 2. alat utk memalu bunyi-bunyian (gong dll): ~ beduk; 3. bunyi beduk (gendang) sbg isyarat: terdengar ~ panjang tentu ada orang yg meninggal; akan dijadikan ~ singkat, akan dijadikan genderang berlebih = utk ~ singkat, utk gendreng panjang prb sesuatu yg tidak dapat digunakan utk sebarang maksud; lulus ~ perhatian prb berasa lapang atau senang hati kerana terlepas drpd tugas yg berat dll; masuk meliang penjahit, keluar meliang ~ prb besar belanja drpd hasil pendapatan; mulut ~ dapat disumbat, mulut orang bagai­­mana menyumbatnya prb jika sesuatu rahsia diketahui orang nescaya tersiarlah khabarnya; menabuh 1. memalu (memukul) tabuh dll: mereka ~ gendang raya pd tiap-tiap petang Jumaat; 2. Pl, bk membuat sesuatu dgn kasar (makan dgn rakus dll); tabuhan, tabuh-tabuhan segala alat bunyi-bunyian yg dipalu; penabuh 1. orang yg memalu (memukul) tabuh dll, pemalu; 2. Kd perbuatan memukul seseorang.Kamus Dewan Edisi Keempat
tabuh larangantabuh di istana raja yg hanya dipalu apabila ada hal-hal yg penting;Kamus Dewan Edisi Keempat
tabuh-tabuhansegala alat bunyi-bunyian yg dipaluKamus Dewan Edisi Keempat
tabuh 2 bunyi beduk utk memberi isyarat: ~ panjang itu memberitahukan khabar bahawa ada orang yg meninggal.Kamus Pelajar
tabuh 1 gendang besar yg dipalu utk tujuan tertentu; gendang raya; beduk.Kamus Pelajar
tabuh menabuh memalu atau memukul tabuh.Kamus Pelajar
tabuh1 gendang besar yg dipalu utk tujuan tertentu; gendang raya; beduk. 2 bunyi beduk utk memberi isyarat: ~ panjang itu memberitahukan khabar bahawa ada orang yg meninggal. menabuh memalu atau memukul tabuh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tabalbeduk atau tabuh yg dipalu ketika merasmikan penobatan raja; nobat: memalu ~. bertabal, = naik ~ menaiki takhta kerajaan. menabalkan merasmikan menjadi raja; menobatkan: Dlm tahun 1865, Raja Ali telah ditabalkan menjadi Sultan Perak. pertabalan perbuatan atau hal bertabal. penabalan perbuatan menabalkan; penobatan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengguarmemukul, membunyikan: tabuh sudah diguar orang.Kamus Dewan Edisi Keempat
gedukTr beduk, tabuh.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas