Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.bung] | تابوڠ

Definisi : 1. bekas drpd ruas buluh dll (utk menyimpan sesuatu), bumbung: ~ air; 2. bekas yg berbentuk silinder: ~ gas oksigen; 3. peti atau kotak (utk surat dll); 4. tempat menyimpan wang (drpd buluh dll), celengan; 5. sesuatu yg berbentuk bulat torak (dlm enjin dll), silinder; 6. wang yg dikumpulkan (dgn mengutip derma dll) utk maksud tertentu, dana: T~ Pertahanan Negara; ~ damak tabung (drpd buluh) tempat me­nyimpan damak; ~ darah badan yg me­ngumpul dan menyimpan darah (di hospital dll); ~ didih sj tabung kaca yg berdinding tebal (digunakan dlm makmal utk men­didihkan bahan cecair); ~ empar sj tabung kaca berdinding tebal, kecil, dan digunakan sebagai bekas utk bahan campuran dlm alat pengempar; T~ Haji Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji; ~ kimia Id = ~ uji tabung (bekas berbentuk silinder) drpd kaca utk mengadakan percubaan atau ujian makmal; ~ madat sj paip utk menghisap madat; ~ pekak tabung wang yg biasanya dibuat drpd buluh; ~ pemilihan a) bekas tempat memasukkan lidi yg digunakan sbg ganti surat undi; b) kotak utk memasukkan surat undi; ~ seruas ki tidak dapat menyimpan rahsia; ~ surat peti surat; ~ tablet tabung pil; tinggal di ~ dituntungkan, tinggal di aweh dikiraikan prb telah diberikan atau diserahkan semuanya (pengajaran); menabung menyimpan wang (di bank, dlm tabung, dll): aku mulai ~ dan ~ terus dan ketika wangku terkumpul delapan rupiah, kubeli sepeda keluaran negeri Belanda; menabungkan memasukkan wang dll ke dlm tabung, menyimpan dlm tabung (bank dll): mereka ~ wang syiling atau ringgit lama dlm tin-tin susu yg ditebuk; tabungan 1. tempat menabungkan wang, celengan (drpd buluh dll); 2. = wang ~ wang yg disimpan, simpanan (wang); ~ masjid wang yg dikumpulkan utk keperluan masjid; ~ pos (akaun) simpanan wang di pejabat pos; penabungan perihal menabung wang, pe­nyimpanan wang; penabung orang yg menabung (wang), penyimpan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.bung] | تابوڠ

Definisi : ~ beruk sj tumbuhan (pokok renek), periuk kera, Nepenthes spp.; bunga ~ jarum sj tumbuhan (pokok renek), jarum-jarum, nyarum-nyarum, Ixora pendula. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.bung] | تابوڠ

Definisi : 1 bekas yg dibuat drpd ruas buluh sbg tempat menyimpan sesuatu: ~ nira. 2 tempat menyimpan wang yg dibuat drpd buluh dll. 3 sesuatu yg berbentuk bulat torak; silinder: ~ gas. 4 wang derma yg dikumpulkan utk sesuatu maksud: ~ pertahanan negara. ~ damak bekas tempat me­nyimpan damak. ~ darah badan yg mengumpulkan dan menyimpan darah (di hospital dll). ~ uji tabung kaca yg digunakan dlm makmal utk membuat percubaan kimia dll. menabung menyimpan wang dlm tabung dll: Kami ~ setiap bulan utk bekalan hari tua. menabungkan memasukkan wang dll ke dlm tabung; menyimpan dlm tabung: Mereka ~ wang yg di­kumpulkan itu. tabungan tempat me­na­bungkan wang. penabungan per­­buatan menabungkan (wang dll); pe­nyimpanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tabung (kata nama)
1. Bersinonim dengan bekas: celengan, bumbung tukil, tarkes, kupi, bacuk, pacuk, botol, balang, geleta, takar, kendi, buyung, gurih, sulang, silinder,

2. Bersinonim dengan dana: pura, rizab, simpanan, kumpulan wang,

Kata Terbitan : menabung, menabungkan, tabungan, penabungan,

Peribahasa

Seorang budi-budian,
     seorang tabung seruas.

Bermaksud :

Dua orang yang berlainan sifatnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tabung menabungkan memasukkan wang dll ke dlm tabung; menyimpan dlm tabung: Mereka ~ wang yg dikumpulkan itu.Kamus Pelajar
tabung tablettabung pilKamus Dewan Edisi Keempat
tabung pekaktabung wang yg biasanya dibuat drpd buluh;Kamus Dewan Edisi Keempat
tabung ujitabung (bekas berbentuk silinder) drpd kaca utk mengadakan percubaan atau ujian makmal;Kamus Dewan Edisi Keempat
tabung damaktabung (drpd buluh) tempat me­nyimpan damakKamus Dewan Edisi Keempat
tabung emparsj tabung kaca berdinding tebal, kecil, dan digunakan sebagai bekas utk bahan campuran dlm alat pengemparKamus Dewan Edisi Keempat
tabung didihsj tabung kaca yg berdinding tebal (digunakan dlm makmal utk men­didihkan bahan cecair);Kamus Dewan Edisi Keempat
menabungkanmemasukkan wang dll ke dlm tabung; menyimpan dlm tabung: Mereka ~ wang yg di­kumpulkan itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menabungkanmemasukkan wang dll ke dlm tabung, menyimpan dlm tabung (bank dll): mereka ~ wang syiling atau ringgit lama dlm tin-tin susu yg ditebuk;Kamus Dewan Edisi Keempat
menabungkanmemasukkan wang dll ke dlm tabung; menyimpan dlm tabung: Mereka ~ wang yg dikumpulkan itu.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas